klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 23, 2012

Panduan Tukar Tayar Kereta

HUJUNG minggu ini, warga kota mula pulang ke kampung sempena Aidiladha.

Jika kenderaan belum diservis, lakukan segera bagi mengelak kesesakan di bengkel kenderaan.

Bagaimanapun, bukan bermakna kenderaan yang sudah diservis tidak akan rosak atau meragam.

Justeru, pemilik perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan terutama bagi perjalanan jauh.

Selain menyediakan peralatan membaiki, pemilik perlu menyediakan air, kain buruk, alat amaran pembalik cahaya, peralatan pertolongan cemas serta alat kelengkapan menukar tayar.

Kebanyakan pemilik kenderaan terutama wanita mungkin jarang atau tidak pernah langsung menukar tayar kenderaan. Bayangkan bagaimana jika terpaksa melakukannya apabila tayar kenderaan bocor.

Ruangan anime4nz kali ini, menyediakan sedikit panduan menukar tayar bocor dan anda tidak perlu panik sebaliknya hentikan kenderaan di bahu jalan supaya tidak menghalang lalu lintas.

Monday, October 22, 2012

10 Cara Menerapkan Nilai Aqidah Pada Anak

Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk mengajar anak-anak yang masih bayi pelbagai kemahiran sejak dari awal kelahiran. Kemahiran cepat membaca, mengeja, mengira, menghafaz. Juga pelbagai cara lagi untuk menstimulasi otak bayi dengan berbagai-bagai jenis permainan dan alat bantu mengajar.

Kesedaran kepentingan pendidikan awal di kalangan ibu bapa sejak anak-anak masih bayi telah menjadi fenomena baru. Namun, bagaimana pula tentang penerapan nilai akidah kepada anak kecil itu? Adakah ibu bapa hanya mementingkan anak mereka dipupuk nilai dan kemahiran dunia yang pelbagai tapi meninggalkan perkara pokok dan asas kehidupan sebagai seorang muslim??

Penerapan nilai akidah boleh dilakukan sejak bayi masih kecil, malah semenjak bayi lahir.
Bagaimana cara untuk melakukannya?

Di sini anime4nz kongsikan 10 cara yang boleh diamalkan bersama:

Manusia Supersonik - Felix Baumgartner

PADA lewat malam 15 Oktober lalu (waktu Malaysia), jutaan manusia di seluruh dunia tidak berkelip mata selama empat minit, menyaksikan satu bintik putih di angkasa gelap bergerak ke bawah dengan kelajuan mencecah 1,342 km/j dari ketinggian 39,000 meter atau 128,000 kaki.

Bintik putih itu sebenarnya adalah Felix Baumgartner, juruterbang helikopter yang menjalankan misi penerjunan paling tinggi dan paling laju dalam sejarah dunia.

Dalam proses penerjunan mengerikan itu, Baumgartner juga berjaya memecahkan kelajuan bunyi menggunakan badannya sendiri.

Dunia melihat dengan penuh debaran bagaimana lelaki warga Austria berumur 43 tahun itu melompat keluar dari kapsulnya selepas memberi tabik kepada planet bumi di bawahnya.

Perjalanan naik ke angkasa ketika misi itu mengambil masa dua setengah jam, lebih cepat daripada jangkaan awal.

Kapsul itu membawa Baumgartner ke pinggir angkasa selepas beberapa hari tertunda akibat cuaca buruk.

Kurang lima minit selepas terjunan itu, penonton di seluruh dunia yang menyaksikan penerjunan itu secara langsung menarik nafas lega apabila payung terjun Baumgartner akhirnya terbuka pada ketinggian 5,000 kaki (1,524 meter).

Risiko Sambung Bayar Ansuran Sewa Beli Kenderaan

Menolong orang dalam kesusahan sememangnya perbuatan yang sangat mulia, apatah lagi jika melibatkan soal kewangan.

Namun pertolongan yang dihulurkan bukanlah bermaksud membeli atau menempah risiko. Ia hanyalah sekadar pertolongan menyambung bayar kenderaan kenalan kerana niat ingin membantu dan sekaligus mendapat kenderaan dengan mudah tanpa melalui urusan dengan pihak berkuasa dan institusi kewangan.

Sebenarnya urus niaga seperti ini hendaklah dielakkan. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk membantu. Untuk pengetahuan, urus niaga menyambung bayar kenderaan tanpa penukaran hak milik banyak mengundang masalah, terutamanya dari segi penipuan, kemalangan, tuan kenderaan asal meninggal dunia dan juga kecurian.

Walau apapun surat perjanjian yang dilakukan, ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang penipuan. Ini kerana tuan punya kenderaan asal masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut dan boleh menuntut pada bila-bila masa. Semestinya hak penyambung bayar kenderaan akan terlucut dengan serta-merta.

Pelumba Negara gegar litar sepang, Malaysia (Zulfahmi Khairuddin & Hafizh Shahrin)

SEPANG, (D5) - Dua penunggang negara melakar sejarah tersendiri dalam sukan permotoran negara yang menyaksikan Zulfahmi Khairuddin menamatkan perlumbaan Moto3 ditempat kedua sementara Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan Moto2 ditempat keempat di Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hari ini.

Zulfahmi daripada pasukan AirAsia-SIC-Ajo meraih petak depan terus konsisten menampilkan tunggangan kemas dengan catatan 40 minit 54.115 saat.

Dia menyerah kedudukan di hadapan kepada Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo pada saat-saat akhir yang menyaksikan penunggang Jerman, Jonas Folger of Mapfre Aspar ditempat ketiga.
"Ia merupakan strategi pasukan kami untuk tidak mendahului perlumbaan sejak dari mula. Saya hanya mengekori Jonas (Folger) sehingga separuh perlumbaan. Apabila hujan mula turun, saya katakan kepada diri sendiri ini, ini detik saya untuk melakukannya dan merampas tempat sendiri.

"Ia merupakan cabaran sengit daripada Sandro pada beberapa pusingan terakhir. Ini perlumbaan yang hebat dan saya tidak percaya saya berjaya menaiki podium (untuk kali pertama)," katanya.

Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Philip Island, Australia minggu depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online