klik atas

backlink

gambar laju

Showing posts with label Tranung Sohor. Show all posts
Showing posts with label Tranung Sohor. Show all posts

Wednesday, December 18, 2019

Tempat Menarik dan Pelancongan Di Terengganu Mengikut Kategori


SENARAI 8 PELANCONGAN TERENGGANU MENGIKUT KATEGORI.

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi percutian dan pelancongan yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau, alam semulajadi dan pantai. 



Mari kita lihat 8 destinasi pelancongan yang menjadi tarikan popular bagi pelancong yang datang ke Terengganu. 

Anda boleh terjah bersama keluarga, sahabat-sahabat , individu mahupun berkumpulan.

Kemaskini utk Visit Malaysia 2020.

Terengganu Darul Iman.

8 bukit
- bukit maras
- bukit jong
- bukit besar
- bukit keluang
- bukit bauk
- bukit harimau menangis
- bukit temiang
- bukit batu singa

Thursday, December 5, 2019

Kisah Leha Bicu Pink


Leha Bicu Pink saknim mari boyak ke ambe. Bleber bira tangga nok maroh rim basikal dia belok langgor jalan blubang.

Sambil-sambil duk ngepek, Semek Sendeng hok duk belakang umah arwah Stopa Daging mari nitah.

Macam mari buat sound check gaya nok konsert depan tangga umah ambe. Dua-dua macam murai batu nok kene kasi. Senapas dia gulung boyak pasal dia langgor lubang.

Isunya Leha boyak saknim dia kata jalan di Tranung nim kalu rosok kontrakter hok bulih projek dengan krajaan nim ejah beki, ejah tapung lubang, nipis bayang macam lepeng nyior.

Skali banjir rosok wak lari di air, skali hujan lebat punoh. Pah tapung, tapung. Pah tapung, tapung!

Semek Sendeng pun tamboh wak sedak. Dia kata aku tengah makang jagung laki aku langgor lubang lopok air barung nim alah nok gi beli ikan darat di Besut. Mujur dok terodok jagung masuk dalam tekok. Gegor kete, mujur dok sembur gigi plesu baru buat dengan Tokey Wee.

Leha tamboh lagi. Kene wak report doh. Jalan Tranung ni teruk berdooh. Kut-kut ada kontrakter seleweng tar pakai bahang muroh. Duk pun bajet berdooh lalu nok kaya cepat. Macam ada mainang jalan punoh sokmo dok berkualiti.

Ambe wak pekok  lagi. Malas nok tamboh. Takut koho larat duk sembang sebab lorat nok smayang asor pahtu nok kejor gi umah Pok Li tok bomoh ulurang. Kalu layang ke Leha ngan Semek, temu katub garib dok habis lagi.

P/S:Ambe tanya Leha ngan Semek saknim. Penoh sapa di Klang dok? Dia kata dok pernah sapa. Waser, kalu dia gi gohek basikal dan bowok kene dinum, balik jadi bisu sebab dok breti beretok bleber kes isu jalan saja.


Wednesday, November 6, 2019

Terengganu Drawbridge Tower Run 2019 / 2020

Terengganu Drawbridge Tower Run 2019 [ TDTR 2019 ] will be taking place on 31st December, 2019 and is open to runners aged 16 years old and above. The run is open to all public but limit to only 442 participant only. Runners will be running up the staircase of Terengganu Drawbridge, The Best New Tourism Icon 2019. The novice vs expert runners will be running 3km vs 8km and 442 steps to climb.



Organized by TI Properties Sdn. Bhd.

Event Management by Experience Terengganu

Special about the event :

Wednesday, October 9, 2019

Bahasa Terengganu Senang Boh

Bahasa Terengganu senang je boh ! cayye dok....

Meh kita tengok sekali imbah kut inggeris or omputih or English... kita v selalu bahasa melayu atau bahasa standard atau bahasa baku ke guana sek sek mung...

Inggeris : I don't know
BM : Saya tidak tahu
Terengganu : Au gok

Inggeris : I don't want it
BM : Saya tidak mahu
Terengganu : Tak Mboh

Inggeris : I don't care
BM : Saya tidak peduli
Terengganu : Carende

Inggeris : Lets go
BM : Jom
Terengganu : Jong

Inggeris : Yes, I understand what yo're talking about
BM : Ya, Saya faham
Terengganu : Hor

Inggeris : I don't know what to do
BM : Saya tidak tahu nak buat apa
Terengganu : Dok auuu

Inggeris : Can u repeet again?
BM : Boleh ulang sekali lagi
Terengganu : Hah?

Inggeris : You're very naughty
BM : Kamu ini nakal sangat
Terengganu : Gong

Inggeris : Party is over
BM : Sudah dah
Terengganu : Bereh

Inggeris : Where are you going?
BM : Nak ke mana?
Terengganu : Gi ane?

Inggeris : Up to you
BM : Terpulanglah pada awak
Terengganu : Kok anda

Inggeris : I dont know what are you talking about
BM : Saya tidak paham apa yang kamu cakap
Terengganu : Ndape?

Inggeris : Is that true ?
BM : Biar betul ?
Terengganu : Ngguh?

Inggeris : This thing is out of my mind
BM : Benda ni di luar pemikiran saya
Terengganu : Nebbeng

Inggeris : I think i did the right thing
BM : Saya rasa betul dah tu
Terengganu : Soheh

Inggeris : You're so handsome
BM : Menawan sekali kamu
Terengganu : Semak natang ning

Inggeris : How are u ?
BM : Bagaimana keadaan awak?
Terengganu : I fine tenkiu, how about u

Hanya orang Tranung sohor dan pasangannya orang Terengganu je pahang... think about it...... Fikir fikirkanlah dan selamat beramal......N

Sunday, May 26, 2019

Ikan Keli Golek Bangkit Selera Berbuka Puasa





KUALA TERENGGANU - Keharuman bau ikan keli yang dibakar dan keenakan rasa kuah percik yang dimakan bersama perahan limau kasturi membangkitkan selera penggemar menu ikan keli golek untuk dijadikan sebagai juadah ketika berbuka puasa.


Apa yang menjadikan menu itu lebih istimewa, ikan keli golek dan air katira yang dijual di Jalan Budiman, Kampung Batu Buruk, di sini, hanya boleh didapati hanya bulan Ramadan.

Naim Osman, 40, berkata, sejak beroperasi awal Ramadan lalu, gerainya itu tidak pernah lengang dengan kunjungan pelanggan malah ada waktu tertentu, keli golek yang dijualnya habis hanya dalam masa satu jam.


“Biasanya kita buka gerai lepas Asar atau pada jam 4.45 petang. Sebelum tu kita dah perap awal-awal ikan keli dan beberapa jenis ikan yang lain. Bila buka gerai, tinggal nak bakar sahaja,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/29610/EDISI/Terengganu/Ikan-keli-golek-bangkit-selera-berbuka-puasa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Monday, April 15, 2019

Adakah anda buat bisnes online ?

Adakah anda buat bisnes online ?

Jika YA, inilah peluang untuk anda belajar ilmu bisnes dan pemasaran online pada satu tempat! MURAH!!!


Apa yang akan belajar di sini boleh bantu anda mulakan bisnes online, tingkatkan jualan, automasikan pemasaran, kembangkan bisnes dan ubah hidup anda dari biasa-biasa kepada luar biasa.

Jika anda buat betul-betul tanpa putus asa... sesungguhnya rezeki dari-NYA.


WMA MASTERCLASS
WMA MASTERCLASS
WMA MASTERCLASS

WMA MASTERCLASS di bina bertujuan untuk bantu anda memiliki satu ONE STOP CENTER untuk belajar ilmu-ilmu penting perniagaan online yang diperlukan dalam bisnes anda!


Tutorial yang ada dalam WMA MASTERCLASS

  • Tutorial Membina Laman Web
  • Strategi Pemasaran Email
  • Strategi Pemasaran FB Ads
  • Strategi Pemasaran Messenger
  • Redesign Your Business
  • Teori Puzzle



Sunday, March 17, 2019

Jelajah Warisan Terengganu 2019 ( Dungun - Kemaman) Explorace Car

Korangg!!! 😱😱

Pernah join pertandingan EXPLORACE DENGAN KERETA takkk??

Tak pernah?? 😫😫
Haaa jom jom jommmm!

Masuk cabaran EXPLORACE BERKERETA bermula di Muzium Dungun !!!πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

πŸ“ŒSabtu
πŸ“Œ06.04.2019
πŸ“Œ2-6 Petang
πŸ“ŒYuran RM150/kereta
πŸ–‡4orang (4 baju)
πŸ“ŒKenderaan sendiri

Sempena Jelajah Warisan Terengganu 2019 peringkat Kemaman!!!πŸ“£πŸ“£πŸ“£

Hadiah Pertama WANG TUNAI RM 700 menanti!😍😍

*TEMPAT TERHAD❗
DAFTAR SEKARANG...
Berminat?
Cepat hubungi mereka ini:
πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
Naim: wa.me/60199823405

Dillah: wa.me/60195729322

#Explorace
#Perdasama
#Jk9EventManagement


Wednesday, November 28, 2018

Sistem Analilis Peperiksaan Sekolah (SAPS) (NKRA) (KPM) UJIAN - UPSR - SPM


Semua pelajar termasuk ibubapa melayari laman web Kementerian  Pendidikan Malaysia untuk mengetahui markah peperiksaan Ujian PenilaianSekolah Rendah (UPSR) mereka. Selamat maju jaya bagi semua calon-calon UPSR. Sila KLIK PAUTAN UPSR untuk ketahui keputusan anda sekarang.



SAPS dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman untuk setiap sekolah di seluruh Malaysia. Ini bermakna kesemua keputusan ujian / peperiksaan dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah ada di dalam data ini.

Ia membolehkan ibubapa menyemak prestasi dan memantau perkembangan pelajaran anak-anak mereka atas talian.

Caranya amat mudah... Ibubapa atau murid hanya perlu KLIK PAUTAN UPSR. anda akan dibawa ke laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Sistem Analilis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Semak Slip Peperiksaan Pelajar

Semak Analilis Peperiksaan Sekolah

Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini Pelajar

Semak Keputusan Ujian / Peperiksaan Anak Anda

Semakan Bagi Sekolah Rendah Sekolah Menengah


Sila Hubungi Pihak Sekolah untuk mengetahui tarikh semakan keputusan peperiksaan !

Anda akan diminta mengisi beberapa  maklumat anak / murid dan sila tekan bukan SEMAK.....

Keputusan anak anda adalah penentu usaha mereka dan kejayaan mereka atas usaha mereka. Raikanlah apa jua keputusan yang ada di depan mata.

Selamat Maju Jaya Anak Nusa Bangsa..... anime4Nz

Monday, November 26, 2018

Laman Web Carian Rumah / Hartanah Mudah Di Malaysia

Ada yang tengah survey rumah ke sekarang?

Barangkali nak beli rumah semakin mencabar dari tahun ke tahun. Nak tak nak, kita perlu buat homework yang lebih agar dapat mencari rumah idaman juga pada tahun ini.

Orang kata, salah satu caranya adalah dengan mencari rumah di bawah harga pasaran? Tapi bagaimana nak check harga rumah tanpa perlu pergi ke pejabat tanah?

Okey, jom kita tengok laman web carian rumah / hartanah berdasarkan capaian google terkini.

Friday, November 24, 2017

Tempat Kunjungan Bila Bercuti Di Terengganu

πŸ‘ž PANDUAN : TEMPAT MENARIK YANG PERLU DIKUNJUNGI APABILA BERCUTI DI TERENGGANU πŸ‘ž

Terengganu merupakan negeri yang kaya dengan khazanah hutan,pantai/pulau yang menarik,makanan yang sedap2 seperti nasi dagang, keropok lekor, sata, otak2, sate ikan dan ikan celup tepung..

Jom kita tengok senarai tempat2 menarik di DAERAH KUALA TERENGGANU Dan MARANG..

πŸ‘ž.DAERAH KUALA TERENGGANU-merupakan ibu negeri bagi Negeri Terengganu

πŸ‘ž. PANTAI BATU BURUK
- sering menjadi tempat bersantai keluarga untuk bermain layang2,menunggang kuda,naik kereta kuda berhias,membawa anak2 bermain di taman permainan yang disediakan dan apa yang paling penting,dapat bermain di pasir yang memutih sambil bermain air.Di pantai ini jugak terdapat gerai2 yang menjual keropok lekor dan ikan celup tepung.

πŸ‘ž.PANTAI TELUK KETAPANG / PANTAI AIRPORT
- terletak di Kampung Seberang Takir, 20 minit dari Bandar Kuala Terengganu.Pantai ini bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud.Di sini pengunjung boleh menikmati ikan/sotong/udang celup tepung.Terdapat lebih deretan 20 buah kedai yang menjual makanan utama disini ini.

πŸ‘ž. MUZIUM NEGERI TERENGGANU
- terletak di Kampung Losong.Terkenal kerana memiliki reka bentuk yang unik melambangkan senibina rumah di Terengganu dan merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara.Tarikan utamanya adalah Batu Bersurat.

πŸ‘ž. PASAR KEDAI PAYANG
- bagi peminat kain sutera dan batik Terengganu,inilah tempat yang patut anda datang.Tempat ini boleh dikatakan tempat yang wajib dikunjungi jika ingin membeli belah di Terengganu.Di sini terdapat pelbagai barangan kering dan basah.Periuk belanga,toto,bantal kekabu,keropok keping,dodol,barangan kemas dan banyak lagi,semuanya ada di sini..

πŸ‘ž. TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI)
- terletaknya 21 monumen replika bangunan terkenal di dunia yang mempunyai senibina yang asli seperti bangunan asal.Antara monumen yang terdapat di sini adalah Taj Mahal,Masjidil Haram,Masjid Nabawi dan banyak lagi.Jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar2 kenangan anda berlatarbelakangkan monumen2 indah ini.

πŸ‘ž. MASJID KRISTAL
- terletak bersebelahan Taman Tamadun Islam.Masjid ini sentiasa menjadi tempat kunjungan orang ramai kerana keunikan senibinanya terutama pemandangan pada waktu malam yang bermandikan cahaya.Di sini juga terdapat jeti untuk pengunjung menaiki River Cruise bagi menikmati keindahan dan menyelusuri Sungai Terengganu.

πŸ‘ž. MASJID TERAPUNG / MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH
- antara masjid yang mesti dilawati selain Masjid Kristal.Istilah terapung adalah kerana binaannya seolah-olah berada di atas air.Berhampiran masjid ini juga,terdapat sebuah lagun iaitu LAGUN KUALA IBAI yang sentiasa menjadi pilihan ibubapa untuk membawa anak2 mereka beristerirehat/bersantai/lepak2 bersama.Disini juga para pengunjung boleh mandi mandi dengan selesa kerana sungainya yang cetek.Amat sesuai untuk anak2 kecil.

πŸ‘ž. PULAU WARISAN
( I-City Terengganu )
- Terletak di Kampung Cina.Sesuai dijadikan tempat santai2/lepak2 terutamanya pada waktu malam.Di sini juga terdapat bangunan2 lama dengan keunikannya tersendiri iaitu pada lorong2 bangunan yang telah dihias cantik dengan pelbagai tema dan imaginasi.Abadikan gambar kenangan anda di sini.Pasti berbaloi..

πŸ‘ . DAERAH MARANG
- terletaknya destinasi pelancongan yang popular iaitu PULAU KAPAS.Juga sentiasa menjadi lokasi wajib datang jika tibanya MUSIM MENCANDAT SOTONG.

πŸ‘ . PULAU KAPAS
- sentiasa menjadi pilihan untuk bercuti bersama keluarga atau pakej bulan madu.Pulau Kapas (selain Pulau Redang dan Pulau Perhentian) juga cukup popular bagi kaki snorkeling untuk melihat keindahan dan keunikan batu karang yang masih terjaga rapi di sekitar pulau ini.Tapi pastikan anda tidak merancang untuk datang bercuti ke pulau ini antara bulan November-Mac,kerana pulau ini ditutup disebabkan musim tengkujuh.

πŸ‘ . PANTAI KELULUT
- pantai memanjang dan pasirnya yang memutih.Pasti menggamit anda untuk mandi manda dan bersantai bersama keluarga.Di pantai ini juga,terdapat deretan kedai dan medan selera yang menyajikan masakan panas dan pelbagai menu berasaskan makanan laut.Peminat2 makanan seafood pastikan pantai ini menjadi antara pilihan anda untuk menikmati makanan laut yang memang sedap..Terdapat juga ikan/sotong/udang celup tepung. Dan yang paling utama,di sepanjang laluan ke Pantai Kelulut,terdapat deretan kedai yang menjual keropok lekor,keropok keping,ikan kering,ikan masin dan pelbagai produk lain berasaskan makanan laut.

πŸ‘ . PULAU GEMIA
- terletak bersebelahan dengan Pulau Kapas dan sesuai dijadikan tempat percutian yang lebih privacy.

πŸ‘ . PANTAI PULAU KEKABU
- sesuai dijadikan tempat riadah dan juga tempat mandi mandi bersama keluarga.Pada kaki2 pancing,anda boleh tunjukkan bakat pancingan anda di sini,di benteng pemecah ombak Pantai Marang.




Saturday, August 27, 2016

This Too, Shall Pass

THIS TOO , SHALL PASS

Satu hari.. Mari sorang hok bijok..

Mitok tulong kpd sorang Tukang Emas hok Vetereng wak cicing Dan tulih sesuatu dalang cicing tu
Sang bijok tu berkata

" tulih r sesuatu hok buleh menerangkan seluruh pengalamang dang perjalanang hidup tokki ( tukang mah ni Tue doh ) supaya buleh jadi pelajaran dan panduan pade hidup ambe pulop...."

Wednesday, May 4, 2016

Kuliah Maghrib : Hukum gi Funfair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Titian Baru Kedai Buloh Trg.

Selasa | 3.5.2016

Kitab 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
m/s 77

Hadis ke 34

1. Peristiwa akhir zaman bukan nk kiamat cume ianya peristiwa yg berlaku pada hujung dunia. Kadang2 kita salah faham peristiwa akhir zaman dgn alamat kiamat lain lain tu. Jangan tertukar pulok. Tp keduanya ada kaitan. Tanda pertamanya bumi nak kiamat ialah lahirnya Nabi yg terakhir yakni Nabi Muhammad saw.

2. Hadis drpd Huzaifah Al Yaman yg tinggal di Yaman, Hufaizah ni sahabat nabi, Huzaifah kata Nabi kata " Islam ni akan 'dawah' akan luntur akan 'season' atau akan tua, dawah ni mu reti dok bahasa tranung?Dekpung sibuk nk ckp KL wak naik la budaya tranung,g KL xdok mslh tp biar r cakak tranung selagi mana org yg berurusan dgn kita tu paham kite cakak. Ke guana?

3. Maka islam pun akan dawah krn lama kelamaan islam itu sudah tidak diketahui olih penganut penganutnya, suatu masa nanti akan ada org dok reti bab smyg hinggakan ade dok smyg, raja pun ada dok reti smyg, org blajo tggi pun dok reti smyg, erti smyg pun dok tahu, mu tahu dok? mu hok paka serbang tahu dok erti smyg? dok tahu? tu paka serbang doh or, mari dgr sokmo duk depang skali dokleh jawab doh, hok duk blkg sohbeng kata ah hok depang kali dokleh jawak doh. Kalu dok mari dgr lagi ah dokleh jawab, sbb tu wajib mari dengor krn fardhu ain kalu tinggal berdosa. Banyoknye alasan xmbuh mri sejid bile mati baru sibuk nk mari myg mayat sejid.

Sunday, March 27, 2016

Sajok Khas Untuk Orang Perempuan dan Lelaki



SAJOK UNTUK ORANG PUANG.....
(Hebatnya Perempuan)
oleh : UAI

Ooooo orang puang.....
mung bangung pagi ,
mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh ,
mung jd makmung ,
mung masok ,
mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea ,
mung ato suami ke pitu pago ,
mung cium tangang ye.....
mung mitok maah.....
mung dok rehak.....
mung basoh baju pulok ,
mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok ,
mung beli laok maok ,
mung masok pulok ,
mung siang ikang ,
mung potong sayor ,
mung ggoreng.....
mung letih.....
mung dok rehak.....
tengohari ,
anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate ,
mung sabo ,
anok tu wak bising ,
mung redho ,
anok tu wak hhanya ,
mung senyum ,
anok tu nangih ,
mung tetak manih.....
mung taboh.....
mung dok rehak g.....
mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap ,
mung tukang basuh ,
mung tukang lap ,
mung tukang kemah.....
sapa petang.....
mung dok rehak.....
suami pulok balek ,
mung belari cium tangang ye ,
mung mitok maah ,
mung hidang ke dye minung petang,
mung bagi senyumang ke ye ,
mung hiborkang ati ye.....
mung letih.....
mung nyando tepi meseng nyo.....
garib tibe ,
mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami ,
mung sarong ppioh suami,
mung hiborkang lagi ,
lagi dan lagi.....
malang tibe ,
mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami ,
mung jd bidadari.....
dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge.....
Aaaaaamiin.....
*.....Hebak.....!!!!! mung orang ppuang.....*πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘


SAJOK UNTUK ORANG LLAKI LOK.....
(Mung laki dengor.....)

Ooooo pare tok llaki.....
mung gi kije.....
Naik kete sorang2.....
Bini gi kija.....
Usung ank pak 5 org ata moh ngasuh.....
Mu blik rumoh.....
Dok depang meje.....
Mesti mkang kene sedia,
Abih sndawe mung tgk tb plok.....
Bini blik kije..... ambil ank
Masok makanang
Basuh sidai kaing
Anok nangih.....
Bini mung hungga ccare.....
Lpas ngorik.....
Bini ajor ank mayang n ngaji.....
Mung kate ajor ah.....
Nok tgk brite?
Mung bli rokok.....
Harge naik dok ape
Bini nok bli lecu sputung mmikir lame.....
Pitih gaji bini pung.....
Mung hok ambil blke.....
Sbb gji mung dok cukup nok tanggung kluarge.....
Tu pung
Mung dok pernh cakap trime kasih.....!!!!!
Walaupung sekali..
Mung gi kije.....
Bini pung gi kije.....
Mung blik rumh n rehak.....
Bini mung blik n kije.....
Dari hal dunia anok2
Sapa hal akhirat....
Sokmo bini care
Agok2 mung dapat syurge dok....
?????
Usoh nok buak mikir2 arrrr.....
Bantu gak bini mung tu.....
Siang sikek ke dia.....
Baru dua2 buleh masuk syurge.....
πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Aaaaaamiin
Ya Allah....

Thursday, January 28, 2016

Penawar Demam Denggi



BAGAIMANA DENGGI DIJANGKITI

1.   NYAMUK AEDES BETINA MENGGIGIT DAN MENGHISAP DARAH YANG MENGANDUNGI VIRUS DENGGI DARIPADA SESEORANG YANG TELAH DIJANGKITI VIRUS TERSEBUT

2.   NYAMUK INI MEMBAWA VIRUS DENGGI DI DALAM TUBUHNYA

3.   DAN MEMINDAHKAN VIRUS TERSEBUT KEPADA ORANG YANG SIHAT APABILA IA MENGGIGIT



TANDA - TANDA DEMAM DENGGI
- DEMAM PANAS
- PENING KEPALA YANG TERUK
- RUAM DI KULIT
- SAKIT OTOT DAN SENDI
- LOYA
- MUNTAH - MUNTAH

P/S  JANGAN MELAPORKAN DIRI ANDA KE TEMPAT KERJA JIKA ANDA MENGALAMI TANDA -TANDA SEPERTI DI ATAS. JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA.


PANDUAN UNTUK MENCEGAH DENGGI

1.  TUKAR AIR DIDALAM BEKAS PENYIMPAN AIR SEMINGGU SEKALI

2.  TERBALIKKAN SEMUA BEKAS PENYIMPAN AIR

3.  PERIKSA DAN BUANGKAN AIR YANG BERTAKUNG DIATAS PENGALAS KANVAS YANG DIGUNAKAN UNTUK MENUTUPI BARANG - BARANG ANDA

4.   BUANGKAN BENDA - BENDA YANG TIDAK DIPERLUKAN

5.   PASTIKAN TEMPAT ANDA DIKEMAS DENGAN SEBAIK MUNGKIN.BERSIHKAN BILIK ANDA DAN PASTIKAN TIADA AIR YANG BERTAKUNG SETIAP MINGGU.







Petua ini bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.

Friday, November 6, 2015

Rumah Mampu Milik di Terengganu

Berita baik untuk warga Terengganu....

Berita baik untuk warga Terengganu...

Berita baik untuk warga Terengganu...

Cepat... Cepat,....Tarikh tutup 30hb November 2015

Sistem Pendaftaran Terbuka

Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu dibuka sekarang...... apa lagi... klik la....

Sunday, October 4, 2015

Jenis-jenis Seni Silat di Malaysia



Sehingga kini, telah direkod / dikenalpasti terdapat sebanyak 360 jenis silat yang diamalkan dan mempunyai pengikut terutamanya di Malaysia. Wow...Banyak betul tu Tapi tak semua jenis silat tu kita ketahui atau biasa dengar sebab ada yang terdapat di negeri2 dan kawasan tertentu dan tak ada kat tempat lain. Pengamal ilmu persilatan daripada mana-mana aliran pula sememangnya mempunyai kemahiran dan ada yang telah menguasai lebih daripada 1 jenis ilmu persilatan. Ini sama ada kerana minat atau ingin menimba lebih banyak pengalaman dan kemahiran oleh sebab setiap silat mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Dalam gerak jurusnya pula gerakan tubuh adalah bebas saja baik ke hadapan, ke belakang, ke kanan, ke kiri, dengan gerak lurus atau gerak sendeng atau rencong semua boleh dan bebas belaka mengikut situasi serta tempat bergelut serta keselesaan diri manusiawiyahnya. Kedudukan dan pergerakan tuboh juga bebas tidak terikat dengan satu-satu kaedah kedudukan persilatan sahaja, ia menggunakan gerak manusia sejatinya – boleh bertukar bila-bila masa saja asalkan dirinya selesa untuk membuat belaan, serangan atau LARI.

Kedudukan tubuh juga mengikut situasi tempur atau pergelutan dan situasi tempat bertempur samada di kawasan lapang, kawasan sempit, di darat, di air, di bukit, di lembah dan sabagainya dengan kedudukan dan gerakan sama ada baring terlentang, terlungkup, berbaring pada lambong kiri atau kanan, keadaan bersila, bersila panggong atau pun bertinggong, duduk berlutut, berdiri dalam keadaan berbongkok, berdiri berkekuda atau berdiri tegak lurus terpacak sahaja atau pun apa saja kedudukan biasa manusianya ia tetap boleh bergelut atau bertempur jika diserang oleh musoh ketika itu dengan menggunakan seluruh alam diri persilatannya. Wallahu`alam.

Wednesday, September 16, 2015

aktiviti budak zaman dahulu yang belum dirasai

BERIKUT INI 100++ AKTIVITI BUDAK BIJAK ZAMAN DAHULU YANG BAHAGIA DALAM HIDUP YANG BUDAK ZAMAN INI TAK DAPAT RASA.

Hidup dah berubah....atau zaman dah berubah.....  rasa-rasa ada tak lagi game yang korang pernah main zaman dahulu..... zaman sekarang dah kenal PS 2 3 4......  

harap kita tak hilangkan tradisi..... tak hilangkan game kita zaman kecil.... mana yang tak pernah dengar dan main tu... lepas ni bolehlah bermain......

Wednesday, July 1, 2015

Rumah Kedai 2 Tingkat di Pekan Jabi, Besut, Terengganu




Lot rumah kedai 2 tingkat untuk dijual. Keluasan 20' x 60'.
Tingkat atas siap dengan 1 bilik, ruang dapur, 1 tandas.

UPDATE !! (HABIS TERJUAL)

Jangka siap 2016. Bagus untuk melabur.
Sebagai aset masa depan, Pekan Jabi akan menjadi bandar baru masa depan.

Lokasi di sebelah kedai Satay Lanang. Tepi Jalan Utama, berhampiran Stesen Minyak dan sekolah.
Harga promosi : RM 364,000. Siapa cepat dia dapat.
5% potongan bumiputra
Proses urusan pinjaman perumahan, peguam dan runding cara disediakan.

Kami sedia ke tempat anda untuk urusan tempahan lot dan ambil dokumen.
Deposit : Rm1,000.00 shj
Nadia : +6014 811 4452
Suha : +6019 940 7028
Pej : +609 617 3405 / 6405

"Pemaju Hartanah Berdaftar" 

Layari Laman web kami untuk projek perumahan lain. Tk 



Wednesday, May 27, 2015

Rumah Berkembar Mampu Milik di Manir, Kuala Terengganu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
PELANCARAN
πŸŽ‰PROJEK TERKINI KOPERATπŸŽ‰
Taman KOPERAT Peradong,
Banggol Peradong, Manir,
Kuala Terengganu.
[Satu Projek Perumahan Berkonsep Rekabentuk Yang Moden]

╰☆╮Unit Terhad & Harga Berpatutan.
╰☆╮Rumah Semi-D 1 Lapis

√v^√v^√♥  Fasa 1D (28 unit)   √v^√v^√♥
╰☆╮Luas Tanah : 35' x 75' (2,625kp)
╰☆╮Luas Rumah : 26' x 45' (1,170kp)
╰☆╮4bilik tidur 2bilik air
Ruang Tamu yang luas, Ruang Makan yang selesa, siling kapur, tile seluruh rumah, dapur basah n kering

RM 295,000.00 RM 353,000.00
5% diskaun kepada bumiputera

Jangka mula : JUN 2015

Amat sesuai kepada yang berminat untuk dijadikan kediaman sendiri atau dijadikan aset, pelaburan dll.
Proses urusan pinjaman perumahan, peguam dan runding cara disediakan.
[Pinjaman 100% bagi yang layak]

Kami sedia ke tempat anda untuk urusan tempahan lot dan ambil dokumen.
ƸӜƷ  Deposit : Rm1,000.00 shj
Nadia : +6014 811 4452
Suha : +6019 940 7028
Pej : +609 617 3405 / 6405
Facebook/koperat
www.koperat.com.my
®Layari Laman web kami untuk projek perumahan lain. Tq





Tuesday, May 5, 2015

HUDUD : Persoalan dan Jawapan

Apa itu Hudud ?

Hudud adalah sebahagian dari *undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah.

[*Undang-undang Syariah ; terkandung didalamnya undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan islam dan banyak lagi undang-undang islam yang lain.]

Di bawah undang-undang jinayah / Kanun Jenayah Syariah inilah dibahagikan kepada 4 jenis hukuman iaitu HUDUD, QISAS, DIAT dan TAKZIR.

Apa makna Hudud ?

Batasan yang dibuat oleh Allah S.W.T dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun.

Apa itu Hukuman Hudud ?

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah S.W.T. di dalam Quran/Hadith.

Apa yang nak ditakutkan dengan hudud... ?

Hudud dan Qisas.... Ini faktanya

Hanya melibatkan penganut beragama islam, orang yang bukan islam tidak terlibat, kecuali jika mereka memilih untuk terlibat.

Hanya orang islam yang telah dewasa dan sempurna akal fikiran yang terlibat. Kanak-kanak dan yang sakit mental tidak terlibat.

Apabila sabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online