klik atas

backlink

gambar laju

Monday, November 26, 2018

Laman Web Carian Rumah / Hartanah Mudah Di Malaysia

Ada yang tengah survey rumah ke sekarang?

Barangkali nak beli rumah semakin mencabar dari tahun ke tahun. Nak tak nak, kita perlu buat homework yang lebih agar dapat mencari rumah idaman juga pada tahun ini.

Orang kata, salah satu caranya adalah dengan mencari rumah di bawah harga pasaran? Tapi bagaimana nak check harga rumah tanpa perlu pergi ke pejabat tanah?

Okey, jom kita tengok laman web carian rumah / hartanah berdasarkan capaian google terkini.

1. Layari Laman Web Mudah. My

Layari laman web mudah.my untuk carian terkini rumah impian anda. Ia adalah merupakan laman web pasaran hartanah terunggul di Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari ada iklan baru dan carian mudah hanya perlu masukkan kategori rumah, area mana yang kita inginkan dan ianya akan memaparkan senarai terkini harga yang ditawarkan oleh penjual.

Jika kita nak menjual rumah pun boleh, tapi ianya memerlukan pendaftaran dan sedikit kos untuk 1 iklan


2. Layari Laman Web PropertyGuru

Samaada korang mahu membeli atau menyewa rumah / hartanah, bolehlah melayari Laman Web ini. Senarainya juga terkini dan ianya cukup panas bagi peminat-peminat di dalam dunia hartanah.


3. Layari Laman Web iProperty

Sama seperti PropertyGuru, jika anda mahu membeli atau menyewa rumah / hartanah, bolehlah melayari Laman Web ini. Senarainya juga terkini dan ianya cukup panas bagi peminat-peminat di dalam dunia hartanah.


4. Layari Laman Web Brickz

Walaupun berbayar untuk dapatkan info yang penuh, tapi memang berbaloi. Laman web ini menunjukkan beberapa unit rumah dengan detail sekali untuk korang tengok. Semua data terkini yang ada dalam laman web brickz ini berasal dari JPPH, jadi korang tak payah risau sebab semua data transaksi ini legit (sah)

Dengan laman web ini korang memang akan dapat detail yang terperinci dan boleh bantu korang rangka pelan untuk perancangan proses pembelian rumah korang.


5. Layari Laman Web HartaBumi

Layari laman web hartabumi untuk ketahui tawaran rumah dan hartanah bumiputera. Carian hartanah dalam senarai hartanah boleh menjadi rujukan buat kita yang sedang mencari harga rumah / hartanah.

Selain dari carian hartanah, korang boleh memajukan ilmu hartanah anda dan ketahui berita terkini serta dapatkan analisa hartanah semasa. Korang boleh juga dapatkan Buletin Cerita Harta Bumi di laman web HartaBumi.


6. Layari Laman Web AdaRumah

Laman web ringkas untuk ketahui kekosongan rumah / hartanah yang ada di Malaysia


7. Layari Laman Web Koperat

Layari laman web KOPERAT untuk carian rumah / hartanah terkini.


Jadi, siapa cakap susah nak cari? Yang penting korang kena rajin dan bertindak dengan rasional serta logik. Lepas tu, korang dah boleh hadam dan hafal proses pembelian macam mana dan boleh elakkan daripada ditipu orang yang tidak bertanggungjawab.

Penting ada ilmu sebelum korang mulakan langkah membeli sesebuah rumah. jadi, jangan berhenti mencari dan sentiasa belajar dengan semua orang

Anime4nz berharap semoga impian menduduki rumah anda bersama keluarga tersayang kan tercapai. aamiin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online