Hudud adalah sebahagian dari *undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah.
[*Undang-undang Syariah ; terkandung didalamnya undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan islam dan banyak lagi undang-undang islam yang lain.]
Di bawah undang-undang jinayah / Kanun Jenayah Syariah inilah dibahagikan kepada 4 jenis hukuman iaitu HUDUD, QISAS, DIAT dan TAKZIR.
Apa makna Hudud ?
Batasan yang dibuat oleh Allah S.W.T dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun.
Apa itu Hukuman Hudud ?
Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah S.W.T. di dalam Quran/Hadith.
Apa yang nak ditakutkan dengan hudud... ?
Hudud dan Qisas.... Ini faktanya
Hanya melibatkan penganut beragama islam, orang yang bukan islam tidak terlibat, kecuali jika mereka memilih untuk terlibat.
Hanya orang islam yang telah dewasa dan sempurna akal fikiran yang terlibat. Kanak-kanak dan yang sakit mental tidak terlibat.
Apabila sabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah.
Kesalahan-kesalahan yang WAJIB dikenakan hukuman hudud hanya melibatkan beberapa perkara sahaja, iaitu ;
- MENCURI
- MEROMPAK / MENYAMUN
- BERZINA
- MENUDUH ORANG BERZINA
- MINUM ARAK
- MURTAD
- QISAS / BALASAN SETIMPAL (Bunuh/ cedera anggota)
Apa hukuman atas kesalahan mencuri ?
1. Dipotong tangan.
2. Memulangkan semula barang yang dicuri.
Apa hukuman atas kesalahan merompak / menyamun ?
1. Hukuman bunuh
2. Hukuman bunuh dan salib
3. Hukuman potong kaki dan tangan secara berselang seli atau sekaligus
4. Hukuman buang daerah
Apa hukuman atas kesalahan berzina ?
1. Hukuman rejam sampai mati (belum kahwin dah pernah berzina)
2. Sebatan 100 kali (belum kahwin)
3. Sebatan 50 kali (hamba)
4. Hukuman buang daerah
Apa hukuman atas kesalahan menuduh orang berzina ?
1. Sebatan 80 kali
2. Tidak diterima persaksianya dalam perkara-perkara lain.
3. Dicela sebagai orang yang fasiq.
Apa hukuman atas kesalahan minum arak ?
1. Sebatan 40 kali
Apa hukuman atas kesalahan murtad ?
1. Hakim tahan selama 3 hari supaya bertaubat.
2. Enggan bertaubat barulah dihukum bunuh.
Apa itu Hukuman Qisas ?
Hukuman qisas ialah hukuman yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (Nyawa dibalas dengan nyawa)
Melukakan dibalas dengan melukakan (cedera dibalas dengan cedera)
Hukuman Qisas hanya terjadi bila dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa sahaja.
Apa kesalahan yang dikenakan hukuman qisas ?
1. Membunuh orang dengan sengaja.
2. Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
3. Melukakan orang lain dengan sengaja.
Apa itu Hukuman Diat ?
Hukuman diat bermaksud pampasan atau ganti rugi.
Diat adalah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi.
Apa itu Hukuman Takzir ?
Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah tidak dikenakan hukuman seperti hudud dan qisas.
Ianya terserah kepada ulul amri/hakim. tetapi hukuman mestilah tidak menyamai hudud.
Apakah bertentangan hak asasi ?
Tujuan hudud dan Qisas adalah untuk menjaga 5 hak asasi manusia, iaitu ;
1. Menjaga Agama
2. Menjaga Nyawa
3. Menjaga Harta
4. Menjaga Akal Fikiran
5. Menjaga Keturunan/Maruah
Adakah ekonomi akan terjejas ?
Ekonomi akan bertambah baik kerana kes-kes rompakan dan kecurian akan turun dengan drastik.
Masyarakat akan berasa lebih aman dan selamat, seterusnya lebih rajin bekerja.
Kenapa mesti laksanakan Hudud ?
Kerana perintah Allah. Hudud sama juga seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Perintah Allah di dalam Al-Quran yang wajib dikerjakan oleh orang-orang islam.
Hukum melaksanakan Hukuman Jenayah Syariah Hudud dan Qisas adalah Fardhu (wajib)
Hukuman dan peraturan Allah boleh menjamin kehidupan manusia seluruhnya.
Allah jadikan manusia dan jadikan peraturan/hukum untuk menjamin kesejahteraan manusia dan mengelak dari gejala sosial. Hudud juga tidak akan menggangguorang bukan islam.
Dengan perlaksanaan hudud dan qisas, negara akan menadi aman dan makmur, rakyat akan hidup selesa, rezeki akan bertambah.
Orang bukan islam haruslah memahami dan menghormati konsep hukum islam.
Semoga Bermanfaat dan Allah Sayang Kepada Semua Umatnya.......
No comments:
Post a Comment