klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, January 14, 2020

Kesan Beli Rumah Yang Telah Siap Di Bina daripada Pemaju


KESAN BELI RUMAH YANG TELAH SIAP DIBINA DARIPADA PEMAJU



Jika anda beli rumah baru yang telah siap dibina oleh pemaju dan CCC pun telah dikeluarkan, maka jual beli tersebut tidak lagi akan terikat dengan peruntukan-peruntukan jual beli di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966

Ertinya apa? Ertinya :


1. Perjanjian jual beli yang digunapakai bukan lagi menggunakan Jadual G atau H tetapi perjanjian jual beli rumah sub sale.

3. Terma-terma jual beli tertakluk kepada persetujuan bersama antara pemaju dan pembeli. Tiada lagi standard clauses yang perlu diikut.

3. Penjualan rumah atas dasar " as is where is basis" (keadaan semasa rumah tersebut)

4. Tiada tempoh liabiliti kecacatan diberikan kepada pembeli.

5. Tiada lagi isu kelewatan serahan milikan kosong yang membolehkan pembeli tuntut ganti rugi kelewatan terhadap pemaju.

6. Tempoh penyempurnaan urusan jual beli sama seperti jual beli rumah sub sale (3+1).

7. Pembayaran harga jual beli tidak lagi mengikut progres. Bayaran harga jual beli dibuat secara lump sum terus kepada pemaju.

8. Pembeli tidak berhak memfailkan tuntutan terhadap pemaju di Tribunal Pembeli Rumah.

9. Tiada lagi pembayaran baki 5% terakhir dibuat kepada peguam sebagai stakeholder. Sebaliknya semua bayaran dibayar terus kepada pemaju.

10. Faedah lewat bayar tidak lagi mengikut progress tetapi sebaliknya mengikut harga jual beli keseluruhan rumah tersebut.

11. Pembeli boleh terus mendiami rumah tersebut sebaik sahaja terima milikan kosong.

12. Kebiasaannya harga jual beli rumah yang telah siap dibina agak sedikit tinggi berbanding rumah yang dalam pembinaan.

13. Rumah akan tertakluk kepada valuation jika pembeli ingin membuat pembiayaan dengan bank.

Jadi, fahamilah hak anda sebagai pembeli sebelum membuat keputusan membeli rumah yang telah siap dibina daripada pemaju.

Perkongsian Oleh,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguam Hartanah Anda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online