klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, January 15, 2020

Inisiatif E-Tunai Rakyat

Tuntut E-Tunai Rakyat mulai hari ini


Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaituTouch n Go, Grab dan Boost mulai 8 pagi hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan rm450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.




"Setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima wang e-Tunai itu," katanya pada sidang media mengenai e-Tunai Rakyat di kementeriannya di sini, semalam.

"Pengendali e-dompet menambah baik pemberian RM30 wang percuma dibiayai kerajaan dengan memberi insentif tersendiri".

"Ini bermakna rakyat Malaysia yang layak menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif itu," katanya sambil menambah jumlah tambahan itu diumumkan tiga pengendali berkenaan, hari ini.

Lim berkata, wang RM30 itu, boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan melalui platform pengendali terpilih.

Beliau berkata, inisiatif e-Tunai rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga terutama dalam sektor runcit.

Oleh itu, kerajaan menggalakkan semua peniaga berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet terbabit supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bernilai RM450 juta sebelum 14 mac 2020 berakhir.

Setakat ini, lebih 8 juta peniaga menggunakan perkhidmatan pembayaran e-dompet dan jumlah itu diharap meningkat selepas pengumuman inisiatif e-Tunai Rakyat.

Bagi memastikan inisiatif itu mempercepatkan proses digitalisasi, RM30 itu perlu dibelanjakan penerima bermula 15 Januari 2020 hingga 14 Mac 2020.

Baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac 2020.

Rakyat yang layak diberi tempoh memohon wang percuma itu sebelum 9 Mac 2020 untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh 5 hari bekerja.


 Jadi.. Tuntutlah ya sebelum 14 Mac 2020.. Jumlah RM30 sekali bayar. Luput selepas 14 Mac 2020

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online