klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, January 22, 2020

bahaya digigit pirah / piras / tempiras / sikenit / cengkenit / kutu khinzir / kutu babi / elpiras loy

Ari ni ambe nok crita pasal pirah atau nama glemernya Elpiras Loy. Pirah ni juga dikenali ngan nama sikenit, cengkenit dan ade panggil kutu khinzir. Diwartekang berade dalam keluarge araknida seperti labah-labah, natang kecik ni hidup menumpang atas mamalia, repltilia dan juge burung.


Musim2 berangin gini wahi la ye terbang ke sana ke mari sambil bernyanyi riang, dang ye hinggap, mule2 skali ye wak kuor kuku dan pegang kemah keming, baru yer ketik isak daroh. Kene ke budok2 dok larat nok glepor ar. Ye wahi duk celoh2 tempat lembab, ngayap dalang telinga dan bira telinga.



Petua nok buang kakah ni ialah dengan benda2 beralkohol atau mentol, seperti kapas swab, minyok cap kapok dan ubat yang bermenthol. Petua orang dulu2 pulok suruh titik dengan air tembakau atau sapu kapur makan sekeliling tempat ye pegang. Mung tepek kapur skoloh ye leper dok layang ah, yer siap tulis ABC pulok.


Jangan sesekali eret cabut terus, kemungkinan ye tinggal kuku dia dalam isi. Sebulang duk gata glebek lagi tepak tu.


Bam Sam mung baru je kene saknih di lipatang lutut. Tengoh2 mayang brase cam pedih mase duduk antara dua sujud. Ilang khusuk mayang.
Binawe sungguh Elpiras Loy ning.

Kredit gambor FB Sam Gruesome dan Google.


9 tips atau cara membunuh kutu babi / piras / tempiras / sikenit / cengkenit / elpiras loy

1. Tembakau
    Ambil sedikit tembakau dan lembabkan dengan sedikit air, kemudian tekapkan pada tempiras atau kutu tersebut lebih kurang 20 saat hingga piras tertanggal atau mati. Boleh juga rendam tembakau dan titiskan air tembakau pada piras.

2. Minyak cap kapak
   Letak sedikit minyak cap kapak pada kapas kemudian sapukan pada badan pirah tersebut dan apabila piras tersebut rasa panas dia akan keluar atau mati.

3. Minyak gamat.
   Letak sedikit minyak gamat pada kapas kemudian sapu pada badan sikenit tersebut.

4. Penyembur racun serangga
   Sembur racun serangga seperti Ridsect / Shiedtox pada putik kapas kemudian letakkan pada cengkenit tersebut.

5. Minyak tanah.
   Sapukan minyak tanah pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

6. Cuka makan.
   Sapukan cuka pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

7. Air garam.
   Rendam bahagian yang digigit tempiras dalam air garam sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

8. Kapur sireh.
   Sapukan kapur sireh di tempat bahagian yang digigit kutu babi dan tunggu sehingga ia jatuh.

9. Bawa ke klinik atau hospital.
   Ini adalah cara terakhir jika keadaan terlalu kritikal. Kebiasaannya pihak hospital akan merujuk kepada pakar telinga dalam masalah elpiras loy dalam telinga. Doktor akan sembur sejenis cecair ke dalam telinga dan menarik keluar tempiras tersebut.


Ibubapa yang ada anak-anak, kena berhati-hati sentiasa pantau keadaan anak-anak. Sekiranya ada gejala seperti anak mengadu tidak selesa di bahagian tertentu di badan, selalu asyik garu-garu, sakit bila sentuh. Silalah tengok-tengok kuk ada yang melekat.


Semoga bermanfaat.... ANIME4NZ

9 comments:

  1. Kalau ada dekat mata doktor buat macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabut jugak.... peralatan doc lebih canggih berbanding kita di kampung

      Delete
  2. Kalau dalam telinga mcm mana doktor

    ReplyDelete
  3. Ambe baru kena natang kenit ning.. Alhamdulillah ambe sapu minyok gamat..cabut sekor gitu dgn kuku sekali..gatal gelebek sblum tanggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... yang penting ye tanggal sendiri dan jangan paksa ye. kalu x kuku dia masih tertinggal dlm badan.. akan meninggalkan kesan gatal atau luka yg panjang

      Delete
  4. Allahurobb. Saya sekeluarga duk kene ketik pirah saje dalam 2minggu ni. Terkini malam tadi kol 12mlm anak ngadu macam gatal mata tp ada sakit sikit. Hotoh. Bakpe takdok ya... Gelepo meraung la malam tadi nok buleh ke buang.selorong kejiranan buleh dgr suara dia. Ye duk kat kelopak mata atas. Nok wak gane ye Doktor? Dok pernah kene byk gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada sedikit kegusaran dan kepayahan bila ianya bermain dimata. apapun cuba alternatif yg diberi... seeloknya guna minyak yg tak efek ke mata. spt gamat. semoga dijauhi dari gangguan si pirah mendatang.

      Delete
  5. Telinga anak masuk tempiras

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online