APAKAH TINDAKAN YANG ANDA BOLEH AMBIL JIKA PEMAJU INGKAR
TERHADAP PERINTAH TRIBUNAL PEMBELI RUMAH
Anda dah failkan tindakan
terhadap pemaju di Tribunal Pembeli Rumah.
Dan Tribunal pun telah buat
keputusan berpihak kepada anda.
Tetapi masalahnya pemaju tak
patuh kepada perintah/ keputusan / Award yang telah dibuat oleh Tribunal.
Apakah tindakan yang patut
anda lakukan?
Ada 2 tindakan yang anda boleh
lakukan :
1. Prosiding Mahkamah
I. Failkan prosiding komital
terhadap pemaju. Jika mahkamah berpuas hati yang pemaju ingkar terhadap award
Tribunal, mahkamah akan memerintahkan agar lembaga pengarah, pengurusan
syarikat, dan sesiapa yang terlibat secara langsung dengan urusan jual beli
projek perumahan tersebut bagi pihak pemaju, ditangkap dan seterusnya
dipenjarakan sehinggalah mereka menjelaskan keseluruhan award Tribunal tersebut
kepada anda.
II. Failkan prosiding
penggulungan (winding up proceeding) terhadap pemaju. Jika mahkamah berpuas
hati, syarikat pemaju akan digulungkan. Dan seterusnya anda boleh failkan bukti
hutang (proof of debt) kepada Jabatan Insolvensi untuk menuntut segala
tunggakan award tersebut daripada aset pemaju.
2. Laporan kepada KPKT
I. KPKT boleh senarai hitamkan
syarikat pemaju tersebut dan ahli lembaga pengarahnya. Bukan itu sahaja, lesen
pemajuan perumahan syarikat pemaju tersebut akan dibatalkan dan digantung.
Lesen pemajuan perumahan untuk projek perumahan mereka yang akan datang pula
tidak akan diluluskan sehinggalah mereka menyelesaikan segala tunggakan award/
perintah tribunal tersebut.
II. KPKT boleh mendakwa
syarikat pemaju, ahli lembaga pengarah syarikat, pengurusan syarikat dan mereka
yang terlibat secara lansung dengan projek perumahan tersebut bagi pihak pemaju
atas kesalahan jenayah di bawah peruntukan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Perlesenan).
Jika sabit kesalahan, mereka
boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali.
Untuk membolehkan KPKT
mengambil tindakan jenayah terhadap pemaju seperti di atas, anda hendaklah
membuat laporan polis terlebih dahulu terhadap pemaju dan ahli lembaga pengarah
nya dan individu-individu yang terlibat secara lansung dengan projek perumahan
tersebut.
Cuma berdasarkan pengalaman
saya, memandangkan implikasi yang besar yang bakal dihadapi oleh pihak pemaju
sekiranya mereka gagal mematuhi perintah/ award yang dikeluarkan oleh Tribunal,
kebanyakan pemaju akan cuba sedaya upaya melaksanakan/ menjelaskan award yang
telah diperintahkan oleh Tribunal.
Dikongsi dari sumber FB
No comments:
Post a Comment