Mungkin ramai yang tidak perasan mercu tanda terbaru Terengganu di belakang Kampung Cina merupakan sebuah Pulau yang dipisahkan dengan sebuah terusan kecil. Ianya adalah sebuah lagi usaha murni dari kerajaan Negeri Terengganu untuk terus menjadikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan ternama. Banyak struktur yang dibina mempamerkan gabungan senibina Melayu, Cina dan moden terutamanya binaan pintu gerbang dan motif flora yang menghiasinya. Nampak menarik di waktu siang, lebih indah pemandangannya di waktu malam.
Terusan 'venice' ini boleh ditelusuri dengan TTI Cruise, iaitu di Taman Tamadun Islam di Pangkalan Tokku Paloh. Dengan caj sebanyak RM10 dua hala, para penumpang dibawa menyusuri sungai Terengganu antaranya Muzium Negeri, Pulau Sekati, Bukit Datu, Pengkalan Baru, Seberang Tuan Chik, Pulau Haji Siah, Pembuatan Bot Seberang Bukit Tumbuh, Bazaar Warisan, Pasar Kedai Payang dan pelbagai lagi tempat yang dapat dilihat dari Sungai Terengganu.
Padang yang amat luas kini dihiasi dengan pokok pokok buatan berwarna warni.... Bagi kaki pancing tak terkecuali mencuba pengalaman / nasib mengail di situ.... Ikan besar besar dengarnya.... Aktiviti da banyak dilakukan di sini... Karnival besaran anjuran TV 9 pun dah sampai ... Terbaru Pesta Tanglung....
No comments:
Post a Comment