klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, September 11, 2011

Negara hijau, apakah pendirian kita?

BAYANGKAN untuk menjadikan rumah kita yang berkeluasan 24x70 kaki sebagai sebuah ‘rumah hijau’ yang mampu menjana, menyimpan dan mengurus tenaga dengan berkesan, kita hanya memerlukan RM100,000.

Kos ini termasuk penyelesaian bekalan tenaga yang menggunakan sistem solar terkini, penyimpanan bekalan tenaga menggunakan bateri litium ion dan peralatan jimat tenaga daripada Panasonic yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga berlebihan.

Mungkin bagi yang tidak memahami keperluan penjimatan tenaga akan merasakan jumlah ini terlalu tinggi, bahkan, merasakan ia satu pembaziran. Namun inilah hakikat masa kini untuk kita memasang peralatan dan menggunakan peralatan jimat tenaga.

Ia tidak datang dengan harga murah, malah dengan insentif yang diberikan kerajaan, kos kepada golongan berpendapatan sederhana masih tinggi. Jadi apakah hasrat kerajaan untuk mencapai status negara hijau akan terhasil dek kerana kos yang tinggi ini?

Jika sekarang, kerajaan sedang hebat mempromosikan insentif diskaun jika membeli peralatan jimat tenaga yang mempunyai rating 5 bintang, adakah ia mencukupi untuk memberi kesedaran mengenai penjimatan penggunaan tenaga kepada 28.7 juta rakyat negara ini?

Pada saya, mungkin tidak sampai 10 peratus akan sedar, manakala selebihnya hanya tunggu dan lihat atau tunggu tanpa mahu melihat.

Bukan apa, mereka yang selebih itu sudah disogok dengan kemudahan yang amat senang dalam kehidupan seharian. Petik suis, ada lampu, buka paip ada air. Jika panas, penghawa dingin boleh digunakan dengan kadar suhu paling minimum. Cukup bulan bayar saja bil.

Bagi mereka, kenapa perlu susahkan diri mencari wang menukar rumah sedia ada kepada rumah jimat tenaga. Ini semua disebabkan mereka berfikiran cetek dan mementingkan diri sendiri.

Cuba fikir dari mana sumber bekalan tenaga yang kita peroleh sekarang? Apakah puncanya? Dan jika puncanya habis apa akan terjadi? Antara sumber yang digunakan untuk menjana bekalan tenaga adalah arang batu dan minyak diesel.

Kedua-dua sumber ini amat terhad dan akan habis selain penjanaan menggunakan sumber ini akan membebaskan karbon dioksida (CO2) dengan kadar tinggi. Pembebasan CO2 memang diketahui sesuai untuk fotosintesis tumbuh-tumbuhan namun jika pelepasannya terlalu banyak, apa akan terjadi?

Laporan Pembangunan Manusia bagi 2007/2008 menyatakan bahawa Malaysia mempunyai syer 0.6% dalam jumlah pelepasan gas CO2 dunia pada 2004. Jumlah pelepasan CO2 pada 1990 adalah 55 juta tan, manakala pada 2004 pula 177 juta tan. Berlaku peningkatan 221% dalam tempoh tersebut.

Kajian Pusat Analisis Informasi Karbon Dioksida (http://cdiac.ornl.gov/trends/emis/mys.html) pula menyatakan Malaysia menduduki ranking ke-27 bagi negara-negara yang melepaskan CO2. Adakah ini satu kebanggaan?

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

(Jom sertai FB Konsortium Perumahan Rakyat di www.facebook.com/koperat)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online