klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, September 28, 2011

Exora REEV dan Saga EV

Sabar menunggu Exora REEV, Saga EV

NAMPAKNYA inspirasi kerajaan untuk menuju negara hijau semakin tercapai. Bermula dengan pelbagai insentif untuk pembangunan kediaman dan projek hijau selain insentif bagi pembelian barang jimat tenaga, kini negara mengorak langkah menghasilkan kenderaan hijau pula.

Kemungkinan dua tahun dari sekarang, kita bakal menyaksikan jalan raya di Malaysia akan dipenuhi kenderaan hijau yang kurang menggunakan bahan api fosil, petrol atau diesel.

Ketika itu, Proton bakal mengeluarkan secara besar-besaran kenderaan Saga dan Exora yang menggunakan konsep dan teknologi hijau serta infrastruktur kenderaan elektrik.

Menariknya, pembangunan kenderaan elektrik Proton ini bukan bermula semalam atau minggu lepas, namun sebenarnya kenderaan elektrik Proton sudahpun terkenal di mata dunia.

Bagi yang tidak tahu, hujung tahun lepas, model Proton Exora Range Extender Electric Vehicle (REEV) berjaya mencipta sejarah selepas memenangi Cabaran Masa Depan Brighton ke London untuk kategori Kenderaan Elektrik Terbaik Jarak Tambahan.

Cabaran bagi kenderaan elektrik, hibrid dan enjin yang mengeluarkan kurang asap bagi pembakaran dalaman itu dianjurkan oleh Kelab Diraja Automobil United Kingdom.

Sebanyak 64 kenderaan dengan jenama kenderaan terkemuka dari seluruh dunia bersaing dan Proton Exora REEV muncul juara bagi kategori Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan.

Pada cabaran itu, Proton Exora REEV hanya menggunakan 2.2 liter petrol dengan perjalanan sejauh 91.2 kilometer dari Brighton ke London.

Kini, tiga unit Saga EV dan lima unit Exora REEV diserahkan kepada kerajaan untuk sesi ujian sebelum dikeluarkan secara besar-besaran. Projek ini merupakan hasil usaha sama Proton, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Apa yang pasti, selepas ini, setiap rumah, pusat membeli-belah dan juga bangunan kerajaan akan dilengkapi dengan sistem pengecas kenderaan.

Biarlah orang mengatakan kita terlambat dalam isu ini. Namun bagi saya, ia satu yang amat membanggakan kerana kita sendiri berjaya membangunkan sebuah kenderaan elektrik.

Teringat lagi ketika model Proton Saga pertama yang dikeluarkan pada September 1985 ramai yang skeptikal dan mentertawakan Malaysia sehingga mereka menggelarkan model itu kereta tin susu.

Namun hari ini cuba kita lihat, Proton berjaya duduk sebaris dengan jenama-jenama kereta popular dunia.

Apa pun, saya tidak sabar untuk memandu dan mengetahui prestasi sebenar Saga EV atau Exora REEV ini.

Jika betul bagai dikata, pengguna kenderaan tidak akan lagi bergantung dengan bahan api fosil.

Jika diberi peluang, saya ingin menguji kereta-kereta ini yang dikatakan lebih baik prestasinya berbanding kenderaan hibrid yang ada sekarang.

Selepas dikeluarkan secara besar-besaran kelak, diharap harganya tidaklah begitu tinggi walaupun kelengkapan peralatan pada kenderaan itu diketahui amat mahal.

Biarlah tujuan utama Proton ditubuhkan, iaitu memberi peluang rakyat Malaysia memilik kenderaan, diteruskan, walaupun ia merupakan kenderaan elektrik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online