klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, July 13, 2011

Artis Sanggup Bangun jam 5.00 Pagi

MUNGKIN dulu jika tidak ada penggambaran atau aktiviti berkaitan dunia seni, mereka boleh bangun lewat untuk bersarapan dengan keluarga di rumah mahupun bersama rakan di kafe.

Kini suasana sudah berubah apabila mereka secara sukarela menyertai Rejimen 515 Askar Wataniah dan perlu menghabiskan sesi latihan selama 240 jam sebelum ditauliahkan sebagai askar.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo contohnya, sanggup mengurangkan masanya dengan keluarga dan pekerja di pejabat demi tanggungjawab terbaru itu.

Turut menyertai Askar Wataniah ialah artis di bawah naungan MIG seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Shamimi, Mon Ryanti, Kamal Faridz dan Aeril Zafril. Tidak ketinggalan, penyanyi handalan, Datuk Siti Nurhaliza dan Ana Raffali.

Menyertai rejimen itu secara sukarela, David menganggap latihan yang dijalaninya sekarang sebagai satu senaman, jauh sekali bukan tekanan. Bangun seawal jam 5 pagi sebelum bertolak ke Kem Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur sebelum kesesakan lalu lintas bermula, begitu menyegarkan tubuh David.

Latihan bermula jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari dengan baju celoreng dan memakai but, dia semakin biasa membuat rutin seperti anggota lain iaitu kawad kaki dan ujian menembak di bawah pancaran matahari. Nyata mata dan telinga David peka dengan setiap arahan ketuanya.

David akui sangat gembira mengikuti latihan itu kerana ia bukan saja memberikan sesuatu yang baru tetapi mempelajari perkara mencabar yang selama ini tidak pernah diketahuinya.

“Tidak ada masalah untuk saya bangun awal kerana sebelum ini walaupun tidak ada apa-apa pekerjaan yang harus dilaksanakan, saya tetap bangun awal dan melakukan sedikit regangan.

“Walaupun saya dan beberapa artis dikenali ramai, kami bukannya mendapat keistimewaan di sini, malah kami juga mahu menunjukkan contoh yang baik seperti menepati masa dan berdisiplin,” katanya.

Sebelum ini, David berfikiran seperti kebanyakan orang lain di luar sana yang menganggap tugas askar hanya terbatas kepada perang dan pertempuran semata-mata.
Namun selepas berada sendiri dalam rejimen itu, persepsinya terus berubah serta-merta.

“Ada banyak perkara yang saya belajar dalam program ini. Kita selalu membataskan pemikiran kita bahawa tugas seorang askar hanyalah berperang dengan musuh dan sebab itu kita jadi takut untuk menyertainya.

“Sebenarnya ia lebih daripada itu. Tugas seorang askar wataniah tidak hanya tertumpu kepada medan perang saja tapi bahagian teknikal, makanan dan perubatan,” jelasnya.

Menurut David lagi, dia tidak ada masalah untuk menyertai wataniah kerana jadualnya fleksibel. Mereka memilih untuk menyertai latihan ini pada setiap Isnin, Rabu dan Khamis.

Setiap kali masa latihan, mereka akan diajar memperkemas kawad kaki dan selepas itu cara menggunakan senjata M16.

Apa yang menarik, latihan dalam askar wataniah yang disertai David itu juga sebagai persediaan menghasilkan sebuah filem terbaru yang berkisar kehidupan perwira.

Kata David, dia ingin mengangkat status seorang askar dan menunjukkan kepada masyarakat pengalaman suka duka mereka dalam mempertahankan negara.

Bagi Intan Ladyana, Mon Ryanti dan Shamimi, pada awalnya, agak susah bagi mereka untuk mengikuti latihan itu. Bagaimanapun, selepas berfikir panjang, ia satu peluang yang cukup menarik, malah patut dicuba remaja lain.

Dua lagi pelakon popular, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam pula tidak sabar untuk ke peringkat seterusnya iaitu mengendalikan senjata api. Sam dan Lisa kedua-duanya berasal daripada latar belakang keluarga yang pernah bekerja dengan pasukan beruniform.

“Ketika menyertai latihan ini, kami juga diajar membaca peta, cara menyamar ketika di hutan dan memberikan pertolongan cemas kepada rakan yang tercedera sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

“Dengan menyertai latihan askar wataniah, ia dapat membantu saya untuk menjadi lebih peka dengan arahan yang diberikan dan lebih fokus. Ini juga salah satu cara saya untuk menunjukkan semangat patriotisme,” kata Lisa.

Jom JOin Wataniah Kuala Terengganu!!.

Klik 'LIKE' kat Facecook : https://www.facebook.com/pages/Rejimen-512-Askar-Wataniah-Batalion-1/157912514262987?sk=info

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online