Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, jualan Myvi sebelum ini telah mencecah 487,400 buah sejak diperkenalkan pada 2005 dan merupakan model yang mencatat jualan jualan tertinggi dalam pasaran tempatan bagi tempoh lima tahun lepas.
Beliau berkata, sambutan yang diterima begitu baik. Malah ada beberapa gerai pameran terpaksa dibuka sehingga pukul 2 pagi selepas pelancaran rasmi serentak di 178 gerai pameran Perodua di seluruh negara
.
"dijangka semua gerai pameran kami akan mula sibuk dengan kunjungan orang ramai untuk pandu uji model ini.
"Kami juga bersedia menghadapi permintaan tinggi menjelang Hari Raya Aidil Fitri dua bulan lagi. Malah sekarang ini pun sudah ada tempahan yang mula diterima daripada pelanggan," katanya selepas mengadakan konvoi bagi mempromosi Myvi baharu di Menara Ambank di sini hari ini.
Konvoi yang diadakan itu turut mengunjungi cawangan bank-bank utama yang menawarkan pembiayaan kenderaan seperti Maybank, RHB dan Public Bank selain AmBank bagi mempromosi Myvi baharu itu.
Dalam pada itu, Aminar Rashid berkata, Perodua tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan enjin 1.5 liter untuk Myvi baharu jika mempunyai permintaan tinggi.
"Penggantian enjin ini akan mengambil masa yang lama. Kami akan menumpukan kepada enjin 1.3 liter terlebih dahulu. Mungkin enjin baharu akan diperkenalkan untuk model yang lain melalui model dipertingkatkan (facelift)," ujarnya.
Ditanya tentang saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pengeluar kereta tempatan menjadi pemain utama dalam industri automotif di peringkat antarabangsa, Aminar Rashid berpendapat masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki oleh Perodua sebelum mencapai hasrat tersebut.
"Terutamanya dari segi produktiviti dan keefisienan pengeluaran. Ketika ini, kualiti produk masih belum mencapai tahap terbaik. Bagaimanapun, kami meletakkan tempoh lima tahun untuk kami mencapai hasrat itu," katanya.
PERODUA jamin stok Myvi cukup
Tempoh menunggu kereta model generasi kedua dipendekkan
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memberi jaminan ia memiliki stok yang mencukupi untuk memenuhi permintaan bagi Myvi generasi kedua yang dilancarkannya.
“Kami ada stok mencukupi kerana sudah menjangkakan permintaan akan meningkat, khususnya menjelang hari raya ini. Tempoh menunggu bergantung kepada warna dan varian. Bagaimanapun, kami akan mengambil inisiatif segera untuk memendekkan tempohnya,” kata Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh, pada lawatan konvoi ‘PERODUA Myvi, Lagi Best’ ke Menara Ambank di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PERODUA akan berdepan masalah pengeluaran susulan sambutan di luar dugaan yang diterima sejak tempahannya dibuka awal bulan ini.
PERODUA menerima 10,000 tempahan bagi Myvi generasi kedua itu sejak ia dibuka 4 Jun lalu. Penghantaran bagi tempahan berkenaan bermula semalam.
Aminar Rashid berkata, berdasarkan maklum balas diterima daripada 178 bilik pameran PERODUA di seluruh negara, pihaknya yakin Myvi generasi kedua akan mengekalkan kedudukan sebagai kenderaan paling laris.
Myvi generasi pertama yang diperkenalkan pada Mei 2005 muncul model paling laris untuk tempoh lima tahun di negara ini dengan 487,400 unit dijual sepanjang tempoh Mei 2005 dan Mei 2011 atau purata 81,200 kenderaan setahun iaitu sekitar 6,800 unit sebulan.
Mengenai pelan strategik lima tahun PERODUA, beliau berkata penekanan akan diberikan bagi meningkatkan eksport sepanjang tempoh itu.
Beliau berkata, PERODUA bukan saja mengeksport kenderaan secara CBU, malah turut mengeksport komponen enjinnya.
Aminar Rashid berkata, walaupun hasrat syarikat ialah meningkatkan eksport, tetapi pada masa sama penekanan akan terus diberikan dalam memperbaiki produktiviti, kecekapan dan kos.
“Kita masih belum kompetitif untuk bersaing dengan jenama lain yang lebih terkenal dan lebih kukuh,” katanya.
Mengenai model baru lain yang akan dilancarkan PERODUA tahun ini, beliau berkata tumpuan untuk tahun ialah kepada Myvi, sekali gus mencadangkan lebih banyak varian, seperti keluaran terhad, akan diperkenalkan.
apa lagi angkat satu boss....hahahaa
ReplyDelete