klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, November 25, 2012

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan SEBELUM Membeli Rumah

Terdapat 2 faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah iaitu Faktor Bukan Kewangan dan Faktor Kewangan.

FAKTOR BUKAN KEWANGAN

1. Lokasi Hartanah - lokasi! lokasi! lokasi!
Anda perlu tentukan di mana anda hendak tinggal dan jenis kejiranan anda. Terdapat banyak faktor yang
boleh mempengaruhi pilihan lokasi anda. Antaranya adalah:
• kemudahan asas seperti kedai, bank, pejabat pos, sekolah, hospital, taman rekreasi dan kejiranan
• kemudahan pengangkutan awam
• jarak dari tempat kerja
• kesibukan lalu-lintas
• keselamatan

2. Jenis Hartanah - harta bertanah atau harta bertingkat
Harga rumah bertanah biasanya adalah lebih tinggi terutama jika ianya berhampiran dengan kawasan
bandar. Manakala harga rumah bertingkat seperti kondominium dan apartmen biasanya lebih mampu dimiliki. Kebiasaannya nilai pasaran rumah bertanah akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah bertingkat



3. Jenis Pegangan Hak Milik - pegangan bebas atau pegangan pajak
Membeli hartanah pegangan bebas atau dengan hak milik kekal bermakna anda mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selama-lamanya. Hartanah pegangan pajak pula bermakna anda hanya memiliki tanah
tersebut selama tempoh pajakan, biasanya sehingga 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan
membuat bayaran premium. Oleh itu, nilai pasaran hartanah pegangan bebas biasanya lebih tinggi berbanding hartanah pegangan pajak. Nilai hartanah pegangan pajak pula biasanya menurun apabila hampir kepada tamat tempoh pajakan

4. Jenis Surat Ikatan Hak Milik - milik individu atau milik strata
Surat ikatan hak milik membuktikan anda pemilik sebuah hartanah. Anda akan diberikan hak milik individu bagi rumah bertanah sementara hak milik strata kepada pemilik kondominium atau apartmen. Anda perlu periksa sama ada terdapat sebarang halangan atau sekatan ke atas hartanah tersebut kerana ianya menjejaskan pemindahan hak milik atau penjualan hartanah. Sebaik-baiknya berbincanglah dengan
perunding hartanah, peguam atau dapatkan nasihat daripada pihak yang berpengalaman mengenai pasaran
hartanah sebelum anda membayar wang pendahuluan

5. Reputasi Pemaju
Kebanyakan pemaju mengamalkan pendekatan ‘jual dulu bina kemudian’. Jika anda membeli rumah dalam
pembinaan, anda akan mula membayar sebelum rumah anda siap dibina. Oleh itu, anda perlu mengkaji latar
belakang pemaju dan rekod prestasi 1mereka. Selidik projek lampau mereka sama ada mereka menunaikan janji ataupun tidak. Periksa:
• sama ada projek terdahulu mereka disiapkan mengikut jadual
• kualiti kerja mereka
• semua kemudahan disediakan seperti tertera di dalam brosur
• sama ada pembeli terdahulu berpuas hati dengan pembelian mereka
• jika projek perumahan itu terbengkalai, anda masih bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman kepada institusi kewangan walaupun anda tidak mendapat hartanah tersebut

Atas sebab inilah, pemaju terkenal yang memiliki rekod prestasi yang baik biasanya meletakkan premium ke atas harga jualan projek hartanah mereka


FAKTOR KEWANGAN

1. Nilai Kemampuan Anda
Periksa aliran tunai dan nilai harta bersih anda untuk menentukan keselesaan kewangan anda. Kedua penyata ini merupakan kad skor kewangan dan menjadi rujukan ketika membuat keputusan berkaitan wang.

Biasanya terdapat 2 persoalan tentang kemampuan yang perlu dipertimbangkan:

Bayaran pendahuluan dan kos berkaitan(*terutama yuran guaman dan duti setem)
Satu anggaran yang baik untuk bayaran pendahuluan sebuah rumah ialah antara 10% hingga 20% daripada harga rumah. Anda harus juga menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 5% hingga 10% untuk kos sampingan yang berkaitan, terutamanya yuran guaman dan duti setem.

2. Sumber Kewangan
Antara sumber kewangan untuk membayar bayaran pendahuluan dan kos berkaitan termasuk ;

Tabungan atau pelaburan peribadi
Gunakan tabungan atau pelaburan anda sebanyak mungkin untuk bayaran pendahuluan. Lebih banyak bayaran pendahuluan bermakna lebih rendah kos keseluruhan pinjaman anda.

Akaun simpanan KWSP
Anda boleh mengeluarkan wang Akaun 2 untuk bayaran pendahuluan. Sila dapatkan maklumat lanjut tentang kelayakan pengeluaran anda daripada pejabat KWSP.

3. Kelayakan Untuk Memperoleh Pinjaman
Kebanyakan orang akan menggunakan pinjaman perumahan untuk membiayai baki pembelian rumah mereka. Sebelum mengambil pinjaman perumahan, anda perlu mempertimbangkan perkara
berikut:

Nisbah hutang kepada pendapatan (*Jom tengok perkiraan gaji/kelayakan kita)
Info lanjut

Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (Mortgage Reducing Term Assurance)
Info lanjut

Nisbah pinjaman kepada nilai (PKN) - margin pembiayaan
Info lanjut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online