klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, November 22, 2012

Kelayakan Untuk Memperoleh Pinjaman Perumahan

Kebanyakan orang akan menggunakan pinjaman perumahan untuk membiayai baki pembelian rumah mereka. Sebelum mengambil pinjaman perumahan, anda perlu mempertimbangkan perkara berikut:
Jom kita kira gaji kelayakan rumah bersama anime4nz.

1. Nisbah hutang kepada pendapatan
Apabila anda ingin membeli rumah, jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman sebaik-baiknya tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar bulanan. Jika anda sedang membayar ansuran pinjaman kereta, anda perlu periksa sama ada anda boleh menanggung satu lagi ansuran pinjaman baru. Jika pinjaman kereta,
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman lain telah mencapai had 40%, ada baiknya anda menangguhkan keputusan untuk membeli rumah terlebih dahulu. Anda perlu juga pastikan bahawa anda berupaya membayar ansuran mengikut jadual.

Mari kita lihat ilustrasi berikut:

Harga rumah = RM250,000
Bayaran pendahuluan @ 10% = RM25,000
Margin pembiayaan @ 90% = RM225,000
(Jumlah pinjaman)
Kadar faedah = 7% setahun (Kadar tetap)
Tempoh pinjaman = 25 tahun
Ansuran bulanan = RM1,590


Berdasarkan pengiraan tadi, ansuran pinjaman perumahan anda ialah RM1,590 sebulan.

Untuk memastikan sama ada anda boleh membayar ansuran tersebut dengan selesa, nisbah hutang kepada pendapatan anda tidak boleh melebihi 40%.

Ini bermakna pendapatan bulanan anda mestilah sekurang-kurangnya ;
RM3,975 (iaitu RM1,590 ÷ 40%).



Pendapatan bulanan minimum di atas dihitung dengan andaian bahawa anda tidak mempunyai ansuran pinjaman lain. Jika ada, anda perlu mengira keseluruhan komitmen pinjaman anda. Contohnya, jika anda membayar ansuran bulanan sebanyak RM938 untuk ansuran kereta, kiraannya adalah seperti berikut:

Ansuran pinjaman perumahan = RM1,590
Ansuran kereta =
RM938
Komitmen keseluruhan pinjaman =
RM1,590 + RM938
                                                        = RM2,528

Jika nisbah hutang kepada pendapatan
adalah sebanyak 40%:

Pendapatan kasar bulanan
yang diperlukan 
                           =
RM2,528 ÷ 40%
                                                                       = RM6,320



2. Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (Morgage Reducing Term Assurance)
Ini adalah premium insurans sekali bayar yang melindungi pihak yang diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal yang menyeluruh bagi baki jumlah pinjaman perumahan yang belum dijelaskan.

3. Nisbah Pinjaman Kepada Nilai (PKN) - Margin Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan bergantung kepada nilai pasaran (bagi rumah siap) atau harga belian rumah, mengikut mana yang lebih rendah. Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 90% daripada harga rumah. Walau bagaimanapun, margin pembiayaan mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan lokasi hartanah, kedudukan pinjaman semasa dan kemampuan pembayaran balik peminjam. Perbezaan antara jumlah pinjaman yang diperoleh dan harga pembelian rumah adalah jumlah bayaran tunai yang anda perlu sediakan apabila membeli rumah.

Untuk tujuan pelaburan hartanah, ada baiknya anda memastikan nisbah PKN yang lebih rendah. Ini adalah kerana jika harga hartanah menurun dengan ketara, pembiaya mungkin akan memerlukan anda mengurangkan baki pinjaman atau memerlukan cagaran tambahan untuk mengekalkan margin PKN yang ditetapkan oleh institusi kewangan.


sumber : AKPK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama