klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, November 8, 2012

Masalah Bateri Kereta dan Perkaitannya

Mengenal pasti dan membaik pulih sesuatu masalah pada kenderaan adalah salah satu faktor yang akan menjamin kelancaran kenderaan dan keselamatan diri anda. Jadi. dalam entry kali ini anime4nz akan cuba kongsikan dari blog kengkawan dan senaraikan beberapa masalah atau punca punca kerosakkan yang sering berlaku pada sesebuah kenderaan agar dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda untuk menangani masalah yang timbul. Untuk entri kali ini akan dibincangkan masalah masalah yang berpunca dari bateri dan yang bersangkut paut dengannya.


  1. BATERI
Bateri jenis basah
   
                                                                    Bateri jenis kering

  • Jangka hayat bateri biasanya akan dapat bertahan selama dua atau tiga tahun sahaja.Mungkin ia akan bertahan lebih lama lagi sekiranya penjagaan air bateri di titik beratkan berbanding penggunaan bateri dari jenis kering.Anda perlu memeriksa kandungan air bateri sekurang kurangnya seminggu sekali.Pastikan level air berada pada paras tengah antara dua garisan yang terdapat pada bahagian tepi bateri.Anda perlu memeriksa lebih kerap lagi sekiranya terdapat tanda tanda seperti lampu tiba tiba menjadi terang/malap,power window /cermin sisi seakan berat untuk naik,jam pada dashboard menjadi malap.Cara lain yang paling mudah cuba hidupkan wiper atau pengelap cermin kereta anda ketika enjin kereta tidak dihidupkan.adakah ia berfungsi seperti biasa atau seakan akan berat untuk ia bergerak.
                                                                     Alternator
  • Sekiranya bateri tidak dapat bertahan lama walaupun ia baru diganti,pasti berpunca dari Alternator yang  telah rosak.Dalam keadaan rosak ia cuma  berfungsi  menerima bekalan daya elektrik dari bateri tetapi tidak dapat untuk  mengecas semula bateri semasa enjin dihidupkan.Untuk memastikan samada alternator rosak atau tidak cuba anda cabut kedua dua cable positif dan nagetif pada bateri dalam keadaan enjin hidup.Bermula dengan cable nagetif dahulu.Sekiranya enjin mati bermakna alternator memang rosak dan perlu diganti.Akan tetapi untuk memastikan alternator betul betul rosak anda boleh pastikan dengan cara menguji dengan menggunakan alat yang dikenali dengan nama Multimeter atau multitester.
                                                                         Multimeter
  • Mula dengan setkan multimeter ke voltan DC (arus terus),sambungkan wayar multimeter ke bateri mengikut tanda positif dan nagetif.Bacaan normal pada bateri yang berkeadaan baik adalah sekitar 13V hingga 14V.Akan tetapi sekiranya bacaan pada multimeter tadi kurang dari itu bermakna kuasa yang tersimpan pada bateri telah berkurangan berpunca dari alternator yang hanya menerima bekalan elektrik tetapi tidak dapat membekalkanya semula.
Penyelarasan belt alternator
  • Anda juga perlu pastikan ketegangan talisawat atau alternator belt dalam keadaan yang betul.Sekiranya terlalu kendur,alternator tidak dapat membekalkan arus elektrik yang menepati tahap yang diperlukan untuk mengecas bateri.Sekiranya terlalu tegang ia akan menyebabkan arus yang berlebihan pula dimana ia akan memutuskan fius fius dari jenis Blade type yang tidak mampu menerima arus yang berlebihan.
                                                                     Fius (Blade type)





  • Sekiranya anda telah menukar fius kepada yang mampu menerima voltan yang lebih tinggi,ia akan menyebabkan mentol mentol yang bervoltan rendah pula yang akan terbakar.Kebakaran pada wayar wayar juga mungkin akan menyebabkan berlaku litar pintas dimana  ia akan mengakibatkan kerosakkan dari segi pendawaian kenderean anda.Oleh itu adalah tidak digalakkan untuk mengubahsuai pada mana mana fius terutama dari jenis ini kerana pengubahsuaian dengan cara melilitkan dawai sebagai alternatif tambahan adalah bahaya kerana kita tidak tahu bilangan voltan yang terkandung pada setiap lilitan yang kita lakukan. 

PENYELESAIAN MASALAH

Manual.




                                                                 JUMPING CABLE
  • Untuk kenderaan dari jenis pengendalian manual,anda hanya perlu jumper sahaja dengan bantuan dari kenderaan lain sekiranya anda memandu berseorangan,
  • Sekiranya anda membawa penumpang,minta tolong dari mereka untuk menolak kereta anda,sementara anda mengawal kenderaan anda dengan menekan clucth dan masukan gear pada kedudukan satu.Lepaskan clucth bila kenderaan anda telah bergerak agak laju.
  • Adalah satu bonus untuk anda sekiranya kereta anda berada pada kedudukan yang agak tinggi untuk memudahkan anda menggerakkan kereta tanpa bantuan orang lain.
Auto

  • Untuk kenderaan dari jenis pengendalian auto,anda tidak boleh melakukan apa apa kecuali meminta pertolongan orang lain untuk melakukan proses jumper.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online