klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, November 7, 2012

Petua Makanan Tahan Lama

Cara tahan lama makanan di dalam peti sejuk

PETI sejuk yang berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan, sayur-sayuran serta barangan basah seperti ikan dan ayam biasanya akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Malah ada sesetengah makanan cepat basi dan rosak walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Ini berpunca daripada bakteria yang membiak disebabkan peti sejuk yang tidak bersih. Bagi memastikan makanan tahan lama dan selamat dimakan terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti:





  • Pastikan peti sejuk berada pada suhu yang betul iaitu di antara 0 hingga empat darjah Celsius.
  • Bahagian sejuk beku pula memerlukan suhu 18 darjah Celsius atau lebih rendah.
  • Pastikan pintu peti sejuk sentiasa ditutup dan hanya dibuka apabila perlu.
  • Jangan isi peti sejuk terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika terlalu penuh, peti sejuk tidak akan dingin secara optimum.
    Secara ideal isi sebanyak 85 peratus manakala 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.
  • Jika ingin menyimpan makanan yang sudah dimasak, pastikan ia sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Elak menggunakan bahan pencuci untuk membersihkan bahagian dalam peti sejuk. Sebaliknya guna air suam yang dicampur perahan jus lemon atau cuka putih.
  • Bersihkan peti sejuk sekali sebulan. Tekan butang untuk mencairkan ais di dalam ruang dingin beku. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau.

    Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas serta keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti sejuk secara berkala. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

    Cara menyimpan makanan
    Makanan kering

    Ramai individu gemar menyimpan makanan kering seperti keropok, ikan masin dan bawang di dalam peti sejuk. Barangan kering ini cukup disimpan di dalam bekas bertutup serta diletakkan di tempat kering pada suhu bilik. Menyimpan keropok dan ikan masin hanya akan membuatkan ia lembap dan menyebabkan peti sejuk berbau.


    Barang basah seperti daging dan ikan

    Daging boleh tahan sebulan jika disimpan di bahagian sejuk beku. Supaya tahan lama, potong daging dan masukkan dalam bekas plastik mengikut jumlah yang memadai untuk sekali masak. Ikat dan simpan di dalam ruang dingin beku. Selain memudahkan ketika memasak, daging juga mudah dicairkan dan cepat untuk dimasak.
    Jika anda menyimpan dalam jumlah yang besar misalnya dua kilogram sekali gus dan hanya memerlukan sedikit, anda terpaksa mengeluarkannya semua dan menunggu sehingga cair. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengurangkan nutrisi.

    Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais. Ikan pula harus dibersihkan terlebih dulu sebelum disimpan. Buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Elakkan menyimpan udang dan sotong terlalu lama kerana ia akan menyebabkan berbau dan tidak sedap dimakan.


    Sayur-sayuran

    Ruang sayur-sayuran biasanya terletak di bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat cepat layu jadi sekiranya inginkan sayur lebih segar, pastikan ia dibungkus rapat di dalam plastik. Jangan sesekali menyimpan sayur di bawah ruang dingin beku kerana ia akan menyebabkan sayur layu.

    Untuk sayuran yang memerlukan udara sejuk seperti jagung, buah-buahan beri dan cendawan, simpan di dalam plastik atau dibalut dengan kertas. Sayur-sayuran yang memerlukan kelembapan seperti lobak merah, timun, sayuran hijau, kekacang dan asparagus hendaklah dimasukkan di dalam laci sayuran.


    Makanan

    Bagi mengelak berbau, ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas bertutup kemudian disimpan dalam peti ais. Jangan disimpan bersama tin kecuali buah-buahan dalam tin kerana boleh menyebabkan pengoksidaan.


    Sos dan kicap

    Botol sos dan kicap yang sudah dibuka sebaiknya disimpan dalam peti sejuk. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.


    Roti

    Roti tidak tahan lama jika disimpan di dalam suhu bilik. Oleh itu bungkus rapat dengan plastik, simpan di dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukus selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dulu. Jika terlalu lama, roti akan lembut kerana terkena wap.


    Petua menghilangkan bau peti sejuk
  • Letakkan sedikit esen vanila di dalam bekas kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.
  • Bungkus seketul arang dengan perca kain. Letakkan di dalam peti sejuk. Arang ini akan menyerap bau busuk yang ada di dalamnya.
  • Letakkan sepotong nanas pada setiap tingkat di dalam peti sejuk. Bau yang tidak enak akan hilang.
  • Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di dalamnya. Bau peti sejuk akan harum seperti daun pandan.
  • No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    klik tengah

    Lazada : Kedai Online Top

    Popular Posts

    Harimau Malaya

    harimau malaya 728x90 Banner

    WMA Masterclass

    Lazada : Kedai Online

    Wordlinx - Klik Bayaran Anda

    WordLinx - Get Paid To Click

    'Traffic' Percuma

    The Best Traffic Exchange

    Anak Pintar cerdas

    Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

    Best of The Best Blog

    leaderboard2 denaihati Banner

    Lazada : Kedai Online