klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, October 6, 2010

Cara Membancuh Simen

Syawal dah nak sampai ke penghujung... rumah terbuka dah banyak yang terpergi dan yang terlepas.... Kini bermula misi saya untuk siapkan rumah ayahanda tercinta... Almaklumla akan ada majlis keraian nanti... Majlis Perkahwinan adeqku.... Jadi... dah trend la pulak wak pembaikan sebelum tu..... mana yang tak terpasang kita pasangkan.. mana yang tak tercat kita catkan... mana yang tak bersimen kita simenkan...

Misi terbaru saya adalah memplaster simen.... Nak jugak kongsi cara bancuh simen kat korang semua.... rujukan saya nanti tua pun boleh.... kita bukannya reti sangat benda-benda alah gini.... tua-tua lupa.... kita jadikan tua-tua kita berisi... ilmu penuh didada.... boleh bangga anak cucu kita... InsyaAllah...

Perkara paling asas untuk bancuh simen cara kali ini adalah....

Opsss lupa .... cuba tengok gambar yang saya sediakan.... saya dah cuba tandakan barang untuk bancuh simen nie... mungkin ada lagi barang yang tertinggal.... untuk gambar ini saya tandakan barang bernombor 1 hingga 10 sahaja...... ( anda boleh namakan sendiri barang bancuh simen nie nanti - nak komen sekali pun leh )- takut tersalah label orang kedai tak kenai pulak he he....

Perkara pertama yang kita perlukan adalah pasir ..... pasir pantai ker..... usss.... tak leh ar.... nak pasir garam.... yang jenis halus punya.... kalu boleh tak campur ngan batu kecil mahukan kasar.... sebab kita nak plaster simen.... bukannya konkrit... kalu konkrit takper.... ( kalau tak , kita boleh dengar tukang plaster simen mengeluh tika plaster.... husss..... ader batu oii ). Kita sukat pasir ngan kereta sorong (kereta tolak/tayar satu) - kasi penuh - 4 kereta 1 simen. (lagi banyak simen lagi tua plaster kita ok.... ada gak sekali aku buat 3 kereta 1 simen. Siap letak pasir 3@4 kereta, letakkan simen atas puncak pasir tu.... gunakan alat no. 1@ no. 2, benamkan di tengah-tengah simen... kasi putus dua.... dan ratakan di pasir biar tak nampak pasir aaa....

Kalu sorang leh guna tenaga alatan no.1 untuk mencangkul pasir tadi membawa ke kita.. Nak senang kena 2 orang jugak. kena duduk setentang ngan kita....masing-masing gaul ke sebelah tepi pasir... jadikan timbunan pasir@simen lain..yang simennya dah bersebati ngan pasir. Seterusnya gunakan alatan no. 1 ; buat lubang tengah -tengah pasir..... dan masukkan air secukup rasa.... oh tak perlu banyak kut, kalu boleh bancuh beserta ngan kapur simen (no.9). Rerasa nak penuh cukupla... pahtu timbus air tadi biar sekata.... (Nak plaster kena guna air lebih.... kasi lembik sket... senang lekat). Kalu sorang leh guna semula tenaga alatan no.1 untuk mencangkul pasir yang sebati ngan air tadi membawa ke kita.. Nak senang memang kena 2 orang jugak. kena duduk setentang ngan kita....masing-masuing gaul ke sebelah tepi pasir... jadikan timbunan pasir@simen lain.kali ini dah sebati ngan air pulak.... maknanya 2 kali jadi timbunan.... Dah siappun bancuhan simen kita.

Ringkasannya gunakan alatan no. 2... kaut simen ke dalam alatan no. 10... dan bawa ke tempat memplaster.... Gunakan alatan no. 7 dan no. 6. (No. 7 belah kiri, no. 6 belah kanan ya) Letakkan bancuhan simen atas alatan no.7 & dengan kekuatan tangan kanan startla memplaster dinding kita dengan mengugunakan altan no. 6 tersebut... sehingga selesai.... Ambil alatan no. 3.... betulkan @ ratakan simen.... pastu dengan alatan no. 5 sekali lagi kita ratakan sehingga kita betul-betul puas hati rata.

Dalam pada masa yang sama bancuh kapur (no.9) dan simen (no.8) kedalam bekas (no.10).... kasi gaul hingga sekata.... biar lebihkan kapur... simen sket jer.... baru berminyak dinding kita....
Sekali lagi gunakan alatan No. 6 dan No. 7 untuk mengkapurkan @ memputihkan @ meminyakkan dinding kita,.... Last sekali ambil alatan no.4.... rendamkan dalam air..perah sket-sket dan sapu di dinding tadi.....

Wah!!! Siappun dinding kita.... Berjaya juga kita siapkan plaster rumah beserta bancuh simen....
Terima kasih semua..... Wassalam....

Jom belajar Cara pasang Tile / Jubin / Mozek / Keramik Di sini ya...

10 comments:

  1. jack skellingtonJuly 10, 2012 at 4:29 PM

    bagusnya.. memang saya nak cari ilmu camner nak bancuh simen.. tq byk2 tuan tanah.

    ReplyDelete
  2. Step last tu bancuh simen dgn kapur untuk melincinkan dimding ka. Klu tak nak buat takpe ke sbb nak bagi dinding nampak kerutu atau kasar. Boleh tak buat mcm tu? Cantik tak nampak kalu tak buat step last tu? Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Diharap ianya membantu

    Step terakhir boleh dibiarkan jika kita mahukan dinding kita tak berplaster... tanpa kapur...
    maknanya tidak licin... ianya akan berkerutu dan kasar. rumah sendiri tiada masalah plus lengoh utk memplaster kapur nie :)

    walaubagaimanapun, kini dah ada simen 'walldrop' yang mempunyai campuran kapur di dalamnya. memudahkan kerja kita memplaster dinding.

    ReplyDelete
  4. JOM PELAJARI LAGI

    http://anime4nz.blogspot.com/2011/04/cara-memasang-tile-jubin-mozek-keramik.html

    ReplyDelete
  5. salam bang...
    alatan no 5 ngan 6 tak same ke bang..?
    sekali pandang cam same je..

    ReplyDelete
  6. nampak sama tapi berbeza. :)
    no.5 dari kayu
    no. 6 dari besi

    dua dua nie ade kegunaannya memasing... ader sesetengah orang guna satu jer dah cukup... tapi seeloknya 2. kerana... no 6... nipis tak sesuai utk tugas merata berbanding no.5

    ReplyDelete
  7. kalau ikut nisbah macam nk guna sikit je macamana ye?cthnya ......10skop alat no 2 tu,brapa byk simen nk kena letak bang?tq

    ReplyDelete
  8. Nisbah Pasir dan Simen ya : Rasanya Boleh pakai formula nie

    1. Lepa kapur 1:2 (1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir)
    2. Lepa simen 1:1:4 (1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun guna 1:3
    3. lepaan biasa 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) ataupun 1:4 (1 bahagian simen : 4 bahagian pasir)

    Pandai-pandai la korang darab darabkan ya... bijak-bijak!!

    ReplyDelete
  9. Tq tuan tanah kedawung, nk cr idea bt kolam ikn sendiri ni..

    ReplyDelete
  10. Salam..
    sy tgh mencari info cara plaster dinding, jumpa post ni, bagus juga trade ni.
    nak tanya, boleh ke kalau plaster kapur pada dinding yang dah siap ( kering ), sbb ada org ckp plaster kapur dibuat bila dinding yg diplaster dgn pasir masih basah lg?

    lg 1, klu guna lebih kapur dr simen, x ke pelaster tu akan merekah?
    tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama