Belajar cara memasang lantai cara yang saya pelajari pulak deh, hari tu saya dah sedikit sebanyak bercerita mengenai cara membancuh simen. Kali nie jom anime4nz sambung pasang tile, hingga lawa, cantik baru ader klasss gitu.
Sesapa yang nak cuba-cuba pasang sendiri dah boleh buat dah, tanpa perlu contractor atau upah orang.... Saya sendiri pun cam bancuh simen ari tu... bukan pandai pun... ikut pakat bedal ja... alih alih siap dah... cun.... walau tak sekemas yang diharapkan... sebab saya bukan pakar... lagi satu kos ciput sangat... saya hanya guna bahan murah.... jubin second hand (RM0.50 sekeping) hok reject.. kebiasaannya RM2 sekeping. tapi boleh tahan gak besarnya.... walau tak sama besar... corak banyak tak sama tetap ku buat agar nampak kelainan.... bukan aku buat sepenuh la... abang angkat aku yang sudahnya... aku just nolong aja. He he.Hasilnya aku dapat mewujudkan design lantai yang dibayangkan... walaupun terpaksa memilih dan asingkan untuk dibuat perbandingan. Maklumlah bahan reject... setiap satu bundle berlainan warna, corak, bentuk, besar,. So tugas pertama cari pasangan. Cari jangan tak cari.
Peralatan Memasang Tile / Jubin / Mozek / Keramik
*Peralatan yang anime4nz sediakan:
1- Tiles Cutter - Alat yang digunakan untuk memotong tiles/mosaics, boleh dibeli dikedai hardware, atau kedai jual tiles. Ada saiz yang boleh potong 12 inci, 18 inci atau 24 inci. Nak murah beli yang Taiwan, nak yang baik beli yang made in Japan. Kalau nak pasang tiles yang bersaiz 24 inci (2 kaki) kena beli yang boleh potong 2 kaki punya tiles, tapi mahal sikit. Jepun punya dekat RM700. Kat pasar malam panjang sejengkal RM10 pun dah leh guna kalu korang pandai wooo.
2) Penimbang Air / Spirit Levelling - gunanya untuk memastikan tiles yang dipasang adalah sama rata atau sedikit kecerunan bagi bilik air.
3) Tukul Getah - untuk mengetuk bagi meratakan tiles yang akan dilekatkan dilantai atau dinding.
4) Tali / benang - yang direntang untuk memastikan tiles yang dipasang adalah lurus.
5) Playar – Stanby untuk upih tepi membentuk lengkuk seperti bucu atau seumpamanya.
6) Sudip simen dan baldi - untuk bancuh simen.
7)Simen / Cement hitam (yang diguna untuk buat rumah tu)
8) Simen / Cement Tiles / grout (yg dah diwarnakan/ pigmented cement) - untuk disapu pada garisan antara tiles(ada pelbagai warna - berdasarkan warna tiles yang akan dipasang. (putih, hitam, merah @ hijau)
9) Selipar Jepun terpakai / Baldi / Sponge / Air – untuk kekemasan
*Memang dah ada dalam simpanan.
10) Paku Simen satu atau dua inci – untuk penahan antara tiles agar ada ruang untuk sapu simen / cement tiles nanti
*Cari jer bertaburan atas tanah tu.
11) Tile / Jubin / Mozek / Keramik – Pemilihan kena betul. Contoh ; jubin kesat untuk bilik mandi manakala jubin licin dan berkilat untuk dinding. (kalau boleh beli yang mahal sikit dalam RM 1.50 ke atas sebab jubin murah selalunya tak sama tepat sudut tepi dia)
Cara Pemilihan Jubin
Korang nak pasang kat mana? Berapa kaki persegi? Besar mana jubin mahu pakai? Berapa kos anda? Kalo korang nak pasang sendiri ko kena mahir bab nie.. Boleh jadi tak comei nanti kalo x de experience. Tapi still kita puas hati hasil tangan sendiri. Nak pilih jubin g kedai die..Nanti ade la contoh buku n jubin 2 nti.. Tokey dia pasti tau dah banyak mana nak pakai.... mesti mau lebih sket... kut terpecah / tersalah potong ke.... Pastikan pilih jubin yang kesat untuk bilik mandi manakala dinding 2 amik yang licin..dan berkilat..antara lantai dan dinding pilih jubin yang warna hampir sama..tapi jgn yang sama..nti kurang cantik.. ini pendapat saya lah..terpulang lah..kalau rasa cantik boleh la..colour lak amik yang cerah jgn ambil yang suram..elakkan ambil jubin color putih walaupun cerah pade bilik mandi.. nanti nampak kotor serta kekuningan..
Semasa saya pilih jubin beli hok reject je.... (RM0.50 sekeping) 2 Bilik besar so abih la dalam RM200. Tengok atas tempat la... Pandai pandai la bodek ngan tokei tu ya. Lagipun letih milih hok sama beso, sama warna, sama padan. Pakat tibang... he he tapi jangan bahang rambang.
Cara Bancuhan Simen
Setelah diukur ukur memang kena bancuh simen dahulu, untuk sama levelkan lantai.
Jom bancuh simen dahulu.
** Oh ya... Lupa nak bagitau... Untuk lantai kali ini.... Lebihkan pasir dari simen.... Jangan terlebih air pulak, coz.... saya da kena marah.... berdene... tak leh keja buat... kena tunggu beberapa jam sapa kering nanti..... hu hu.
Bila dah sama level baru la kita boleh masuk step baru ya.Simen tile tak sama ngan lantai eh... Saya cuma bancuh dalam baldi simen saje.... Boleh wak sikit sikit... wak sebaris dua ... rehat esok pulak sambung.... he he..
Letak air separuh baldi. Sudip simen secukup rasa, sampai penuh melebihi air tadi. Kacau sikit.
Cara Pasang Jubin
Okay, kalau lantai, mula sekali susun satu-satu jubin dari dinding kanan ke kiri dan atas ke bawah menjadi satu barisan sebagai ukuran. Kalau boleh muat satu jubin, dari "hujung tepi" kanan dan kiri, atas dan bawah, tali diletakkan selepasnya (satu keping jubin itu) sampai dapat "panjang dan lebar" untuk ukuran. Kira satu tali melintang dari kiri ke kanan dan satu tali memanjang dari atas ke bawah. (sorry susah nak diterangkan) (tali tu mestilah di ikat pada paku dan pakukan ke lantai)
p/s : Pastikan juga satu jubin penuh dimulai dan berakhir di mana. X la nanti depan pintu atau tepi dinding ada lebihan yang banyak.
Cara Lekat Jubin:
Cara Lekat Jubin:
Untuk melekat jubin ni, pertama sekali letak kat hujung tali yang bertemu tu, (sebelah kanan atau kiri) sebaris melintang dan sebaris memanjang.
1.Ambil simen yang sudah siap dibancuh (cara-cara bancuh simen, masukkan air dahulu, kira-kira separuh baldi simen tu, pastu baru masuk simen. Kacau sehingga likat, pekat macam tanah liat lepas kena hujan) , letakkan pada lantai, tarik "perata simen bergerigi" untuk meratakan sambil menjadikan simen itu berombak.
2. Letakkan jubin atas simen berombak itu, Ketuk dengan bawah tukul (pemegang dia, kayu atau getah atau tukul getah tu, jangan gunakan kepala besi dia tu, pecah jubin-jubin tu nanti) untuk meratakan.
3. Ukur dengan penimbang air untuk tengok sama level / kecerunan dia. Kemudian boleh lekatkan jubin yang seterusnya mengikut tali tadi.
4. Untuk perhatian, Cuci semua kotoran atas jubin dengan air , (kalau boleh pakai span) sebelum ia menjadi keras.
Kalau nak pasang kat dinding (bawah dinding bersambungan dengan lantai tu), memandangkan kat ruang tamu hanya perlukan (1 jubin boleh bahagi 3 @ 4 bahagian) Paku simen atau batang aluminium kena lekat kat dinding (penahan antara jubin lantai dan jubin dinding paling bawah – biar kasi bukaan sekejab sebelum tutup dengan kemasan nanti). Dinding kena ketuk sedikit dengan tukul pada setiap tempat keping jubin yang hendak di lekatkan, (kalau tak jubin tak akan lekat) . Letak simen pada belakang jubin serata mungkin dan lekat pada dinding, didirikan atas paku simen / batang aluminium itu tadi. Buatlah begitu seterusnya.
Cara kekemasan jubin
1.Ambil simen yang sudah siap dibancuh (cara-cara bancuh simen, masukkan air dahulu, kira-kira separuh baldi simen tu, pastu baru masuk simen. Kacau sehingga likat, pekat macam tanah liat lepas kena hujan) , letakkan pada lantai, tarik "perata simen bergerigi" untuk meratakan sambil menjadikan simen itu berombak.
2. Letakkan jubin atas simen berombak itu, Ketuk dengan bawah tukul (pemegang dia, kayu atau getah atau tukul getah tu, jangan gunakan kepala besi dia tu, pecah jubin-jubin tu nanti) untuk meratakan.
3. Ukur dengan penimbang air untuk tengok sama level / kecerunan dia. Kemudian boleh lekatkan jubin yang seterusnya mengikut tali tadi.
4. Untuk perhatian, Cuci semua kotoran atas jubin dengan air , (kalau boleh pakai span) sebelum ia menjadi keras.
Kalau nak pasang kat dinding (bawah dinding bersambungan dengan lantai tu), memandangkan kat ruang tamu hanya perlukan (1 jubin boleh bahagi 3 @ 4 bahagian) Paku simen atau batang aluminium kena lekat kat dinding (penahan antara jubin lantai dan jubin dinding paling bawah – biar kasi bukaan sekejab sebelum tutup dengan kemasan nanti). Dinding kena ketuk sedikit dengan tukul pada setiap tempat keping jubin yang hendak di lekatkan, (kalau tak jubin tak akan lekat) . Letak simen pada belakang jubin serata mungkin dan lekat pada dinding, didirikan atas paku simen / batang aluminium itu tadi. Buatlah begitu seterusnya.
Cara kekemasan jubin
Bile da siap satu column, lap / bersihkan kaki- kaki simen dan atas jubin simen2 lebihan / kotoran tu pakai sponge
Bile sume da siap, baru bancuh grout (bancuhannya cair sket) n fill ruang kosong/longkang between tiles tu pakai scrapper.. kalo nak cepat pakai wiper kereta, saya diajar guna selipar jepun buruk je.. bile nampak da kering sket, lap sekali lagi dengan sponge.
Lepas siap semua tu, jangan la ko lompat2 plak atas tu, Kalu perlu pijak pun, pijak pelan2 deh.. Jangan andaikan simen tu cepat kering sesangat.
Okay, itu jer asas. yang susah memasang jubin hanyalah nak mencantikkan dia dan 'sakit pinggang woooo'.
ok, chow.
ok, chow.
























SENANG JER RUPANYA.....
ReplyDeleteKALAU MACAM NIE...X PAYAH UPAH LA
kalau kita berlapangan, dan ingin titik peluh kita berhasil memang ianya sangat senang... tapi berapa kerap orang mahu keluarkan keringat untuk hasilkan sendiri... order jew.... siap... pah tu complain itu ini... har har.... kalau buat sendiri... tak yah dah complain... mmg itu yang kita buat daa..... cer buat gak P:)
ReplyDeleteCaya lah bro
ReplyDeletebuleh laki & anok2 kawe renovate bla'ke dapo kawe puloq pah nih. TQ
ReplyDeleteAlhamdulillah... Diharap cara ambe nie mudah difahami oleh anda semua di luar sana... kalau tak paham juga tak tau laa... pe pun kalau de nak tanya silakan.... mane saya leh jawab.. terjawab laa... tiles canteq
ReplyDeleteterima kasih ......seronok betul bila buat sendiri
ReplyDeletememang best kalu buat sendiri....aku dah try buat.
ReplyDeleteSiap kolah air dlm rumah dlm 5 hari...mmg sakit blakang ooo...tapi hati puas...hehe
Salam.. kt mane mozek rejet Rm 0.50 skpng?
ReplyDeleteAlhamdulillah... terima kasih semua.....
ReplyDeleteTAHNIAH..... anda dah cuba buat sendiri :)
Ada jugak ilmu yg bermanfaat yg dapat saya beri kat korang semua....
Spt yg diberitahu, tengok atah tempat...elok gi kilang buat tiles/mozek tu sendiri kalu jupe.... mmg ader hok tersedia reject nok bagi murah kat korang.... saya cuma dapati di sekitar tempat/kampung saya ~KUALA TERENGGANU~.
Salam... Bg name tempat kilang mozek plisss... Nk jubinkan bhgn dapur rumah,bajet murah je.. :)
Deletetutorial mantap bro. tq..
ReplyDeletetq bro...mmg berguna...cayalah!
ReplyDeleteassalamulaikum .... terima kasih atas bimbingan. Amat membantu saya berdikari memasang jubing sendiri . Pernah tengok orang pasang tetapi takut nak mencuba. InsyaAllah lepas ni boleh sediakan barang kerana nak jubinkan garaj kereta. Dah banci , kos yang perlu ditanggung untuk pemasangan jubin tebal bagi kawasan seluar 22 kaki x 15 kaki sekitar RM3000 ( termasuk upah , jubin dan bahan ) Kalau pasang sendiri sekitar RM1500- 1700 je. Memanglah tak sekemas profesional tapi kalau kita teliti , cantik jugak dan puas hati.Moga dihitung sebagai ilmu yang bermanfaat. tkasih.
ReplyDeleteKat sini ada cara video memasang tiles yang berkesan.. bagus pulak rasanya.
ReplyDeleteThanks bro.. tips yang bagus..
kalau lagi cantik post kan video memasang tile.....
ReplyDeleteMANTOP LA BRO... TERBAEEEKKKKK!!!!!!!!
ReplyDeleteSalam..nak tanya, kalau saya nak gantikan lantai maosaic dengan lantai yang baru, perlukah saya pecahkan lantai mosaic lama (10mmx10mm)? atau saya boleh terus pasang lantai baru atas mosaic lama?
ReplyDeleterasanya nak buat video tapi tiada kesempatan
ReplyDeletebuat masa sekarang mungkin video di luar berguna ;)
oh ya....jika kengkawan ingin memasang jubin baru pada yang lama... terpaksalah dipecah pecahkan yang lama... kerana :
1. jubin asal mungkin licin so tak lekat simen baru nanti
2. jika tak pecahkan ... lantai bertambah tinggi.. so tak leh tutup pintu kemudian nanti.
ilmu yg amat berguna insyallah amin..
ReplyDeletehttp://bundlebook2u.blogspot.com/2012/02/video-cara-memasang-tiles-diy.html
ReplyDeleteAda jumpa kat sini videonya.. Cubalah
macam mana cara nak pecahkan jubin lama pulak?
ReplyDeleteCara Pecahkan atau buang tiles/jubin/mozek/keramik lama
ReplyDeleteGunakan alatan yang bersesuaian
contoh alatan
1. tukul
2. pahat simen (muncung lebar sesuai)
3. 'jang' simen / alat buang simen
4. mesin pemotong simen/tiles
5. pisau khas tiles / simen
6. google (penutup mata)
7. sarung tangan
8. kasut bot/getah
9. tong sampah
10. air paip secukup rasa
- Dengan kekuatan tangan yang kuat gunakanlah pahat simen dan tukul untuk membuang satu persatu jubin dari tepi bawah jubin - simen.
- jika pecahkan jubin terus dengan tukul pun tiada masalah - tapi kebiasaannya ianya memakan masa dan ia akan pecah jika terdapat 'kekosongan simen' sahaja. lebih banyak keretakan dan menyukarkan kita mengutipnya kemudian.
- gunakan mesin/pisau pemotong untuk pisahkan celahan jubin antara jubin jika mahu keluarkan hanya sekeping jubin.
- gunakan sedikit air untuk basahkan/lembutkan simen di bawah jubin.
- gunakanlah google/penutup mata untuk keselamatan mata akibat percikan serpihan.
- gunakanlah sarung tangan dan kasut getah utk keselamatan anggota badan.
- buang serpihan/jubin lama di dalam tong dan bersihkan lantai untuk pemasangan baru.
~SELAMAT MENCUBA~
Bang, bila dah buat subfloor simen:pasir dengan nisbah 1:4 berapa lama kena tunggu kering baru boleh tile?
ReplyDeleteUntuk lantai : Jangan terlebih air pulak, coz.... Bila cair - simen dan pasir tak banyak - tak boleh buat kerja - tunggu lama.
ReplyDeleteKena tunggu beberapa jam sahaja sehingga kering sekadar kita boleh pijak di atas (bukannya bila kita pijak kaki kita terbenam - maknanya belum sedia).
Paling cantik untuk kita mulai kerja kita biarlah subfloor itu ditinggalkan semalaman.... Letih juga kudrat kita untuk memulai tugasan kedua kan...
Tips lantai subfloor untuk pasang mozek/tile ;
-pastikan ianya tidak berminyak...
-pastikan ianya berpasir...
-jangan licinkan subfloor anda...
naim750
Salam,
ReplyDeleteinfo yang menarik.
Minta izin untuk share.
TQ