klik atas

backlink

gambar laju

Friday, April 1, 2011

Teknik Melariskan Blog dengan cara 'Keji'

Ramai yang ada blog sekarang ni. Blog ni kalau digunakan dengan cara yang betul, ianya akan menjadi manfaat kepada orang lain. Kalau digunakan dengan cara salah, mungkin akan menyesatkan orang lain. Zaman teknologi maklumat sekarang, ramai orang ‘berguru’ dengan internet daripada ‘berguru’ dengan orang.

Kenapa anime4nz kata begitu?
Sebab ada sesetengah orang dia cuma ambil maklumat dalam internet tapi mereka tak tau pun siapa yang menulis maklumat tersebut. Dan yang lebih teruk lagi, mereka menyebarkan maklumat tersebut kepada orang lain tanpa menyiasat kebenarannya.

Kita dulu mula blogging sebab kita memang suka menulis. Tapi kita tak tau blogging ni boleh buat duit dulu. Tapi apabila mata mula dapat duit dari blogging, kadang-kadang ada yang lupa diri (ingatan kepada saya dan blogger yang lain). Biasanya duit tu datang dari pengiklanan dan jualan di blog.

Oleh sebab inginkan blog mereka laris, mereka cuba memberikan maklumat terkini supaya sentiasa menjadi pilihan pembaca tegar di internet. Bukannya salah pun asalkan maklumat tu adalah benar dan sahih. Tapi akan menjadi satu kesalahan juga jika kita menyampai suatu yang benar tapi memberi keaiban kepada orang lain.

Anime4nz bagi satu contoh yang berlaku iaitu kemalangan. Apabila berlaku kemalangan, ‘blogger-blogger ini’ bukannya datang memberi bantuan tapi sibuk datang nak dapatkan maklumat kemalangan. Mereka ambil gambar mangsa kemalangan, lepas tu dengan dengan secepat mungkin mereka masukkan gambar tersebut ke dalam blog mereka.

Sudahlah mereka sampai ke tempat kemalangan tu tak panggil ambulan. Angka kematian yang diletakkan di blog juga tak betul. Tambah teruk lagi, mereka memaparkan gambar mangsa kemalangan yang mungkin mengaibkan mangsa dan juga keluarga mangsa. Perkara ni bukan saja berlaku di blog, malah diletakkan di Facebook yang mana berjuta orang akan melihatnya.

Saya rasa kita perlu sedar bahawa teknik ‘murahan’ ini adalah tidak berperikemanusiaan. Semoga ianya dapat memberi peringatan kepada saya dan juga orang lain. Saya juga penulis blog tapi sebagai blogger, kena ada etika juga. Tak perlulah undang-undang yang menentukan kita salah atau betul. Kita sendiri boleh tentukan dengan akal yang waras.

Perkara ni bukannya berlaku kepada kebanyakan blogger tapi cuma segelintir saja yang suka mengambil kesempatan. Saya harap ‘blogger-blogger ini’ diberikan kesedaran oleh Allah s.w.t.. 

1 comment:

  1. huhu dr nyibuk tgk org kemalangan baik g panggil pak ambulan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online