Bermula pada 9 Disember 2023, Pawagam Lotus Five Star atau lebih dikenali sebagai LFS Kuala Terengganu kini memperkenalkan wajah barunya kepada orang ramai dengan menaik taraf fasiliti yang akan memberi kualiti perkhidmatan terbaik dan juga dengan beberapa penambahan baharu.
Menurut Pengurus Besar Lotus Five Star Cinemas, Dr Sai Suthan, LFS Cinemas Kuala Terengganu, Malaysia kini diberikan nafas baharu sesuai dengan budaya negeri Terengganu. LFS Kuala Terengganu kini menjadi hab industri hiburan utama di ibu negeri Warisan Pesisir Air, pawagam patuh syariah yang pertama di Malaysia. Beliau berharap dengan penaiktarafan beberapa fasiliti ini, penonton akan mendapat keselesaan seperti menonton filem di rumah sendiri.