1. Apa tu Sistem Hybrid?
Anime4nz tau ramai yang salah faham mengatakan kereta hybrid ni ialah kereta elektrik, tetapi sebenarnya TIDAK. Kereta hybrid ni sebenarnya kena pakai minyak petrol juga macam kereta biasa, cuma dia ada sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik.
Ada dua engin yang akan digunakan untuk operasi sistem hybrid ni. Enjin
utama masih lagi enjin minyak petrol yang selalu digunakan pada kereta
biasa. Cuma pada waktu-waktu tertentu (contohnya : ketika menggunakan gear rendah),
motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.
2. Apa Pula Honda Insight?
Honda Insight adalah satu segmen kereta dari Honda yang menggunakan teknologi hybrid. Seperti yang telah diberitahu tadi, sistem hybrid terdiri dari dua enjin iaitu enjin petrol dan motor elektrik. Kereta hybrid Honda Insight menggunakan sistem enjin 1.3L i-VTEC (enjin petrol) dan Integrated Motor Assist (motor elektrik).
Cuba bayangkan, dah la i-VTEC (sangat jimat berbanding enjin VTEC
biasa), lepas tu ada sistem hybrid pulak tu. Memang berganda-ganda
penjimatan minyak kereta ni.