Botol
plastik terbahagi kepada dua jenis, iaitu
1. Botol plastik yang boleh
digunakan semula (jenis polikarbonat) ; dan
2. Botol air mineral biasa (jenis
polyethylene terephalate,PET)
Secara umumnya, air yang terdapat dalam botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang telah dimasak. Ini
kerana kandungan air dalam botol tidak dicemari oleh persekitaran
selagi penutup botol tersebut belum dibuka. Air juga mudah dibawa dalam
botol plastik kerana ia ringan, tahan panas serta tidak mudah pecah
lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang
bersih.
Air
dalam botol yng terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air
mineral, air cosmosis berbalik (RO), air suling, jus dan minuman
berkarbonat. Walaupun botol ini mempunyai kelebihannya, namun ia
mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan.
Antara
kesan botol plastik kepada alam sekitar adalah:
1. Peningkatan jumlah sampah
Kebanyakan
botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali sahaja terutamanya
botol yang mempunyai label nombor 1 tertera di bawah botol tersebut.
Dalam pada itu, setiap orang dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari iaitu
4 botol (500ml) air. Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh
botol plastik yang terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua
orang meminum air dalam botol plastik. Keadaan ini bertambah buruk
memandangkan kadar kitar semula plastik di negara kita ini masih rendah
(hanya dalam lingkungan 3%) dan botol plastik pula tidak dapat
dibiodegrasikan.