klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 9, 2012

Bahaya Permainan Video

OTTAWA Okt 2012. - Remaja yang bermain permainan video berunsur ganas untuk tempoh beberapa tahun, didapati cenderung berkelakuan ganas terhadap orang lain, menurut satu kajian terbaru.

Penyelidik berkata, kajian itu adalah yang pertama menunjukkan kaitan jelas antara tempoh permainan video berunsur ganas secara berterusan dengan peningkatan kelakuan ganas.

Kanak-kanak perempuan yang bermain permainan komputer berunsur ganas semasa zaman persekolahan mereka juga didapati turut sama cenderung berkelakuan ganas seperti kanak-kanak lelaki.

Pasukan penyelidikan dari Universiti Brock di Kanada berkata, keputusan kajian itu agak 'membimbangkan'.

Pada masa yang sama, keputusan itu mengukuhkan lagi tanggapan bahawa permainan ganas dipercayai mewujudkan perbuatan ganas yang didapati sesuai untuk menangani konflik dan kemarahan.

Bukti menunjukkan bahawa mereka yang telah lama bermain permainan video berunsur ganas cenderung untuk bertindak balas secara ganas terhadap provokasi yang tidak disengajakan seperti terlanggar orang.

Hasil kajian itu dibuat setelah seorang koroner di sini, menggesa ibu bapa supaya menghentikan tabiat membenarkan permainan video yang biasa digunakan oleh golongan dewasa terhadap anak-anak mereka.

Desakan itu dibuat ekoran kematian Callum Green, 14, dari Stockport yang membunuh dirinya selepas bermain permainan video, Call of Duty yang memaparkan adegan ngeri iaitu tentera saling berbunuhan antara satu sama lain.

Malah, pelampau Kristian, Anders Behring Breivik yang membunuh 77 orang di Norway sebelum ini mendakwa dia telah bermain permainan Call of Duty bagi melatihnya untuk melakukan serangan berdarah itu. - AGENSI

Anime4nz : Permainan unsur ganaz mampu pengaruhi kelakuan remaja.

6 Syor PRU-13 Tak Dapat Dilaksana

KUALA LUMPUR  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi-agensi kerajaan tidak dapat melaksanakan enam daripada 32 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana enam syor itu melibatkan hal ehwal perundangan dasar dan kos kewangan yang besar namun tidak bererti keenam-enam perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan pada masa depan.

‘‘"SPR telah memaklumkan bahawa sebahagian syor tersebut sememangnya diberi perhatian dan tindakan wajar telah dan sedang dilakukan untuk merealisasikannya," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) yang meminta kerajaan menyatakan tindakan diambil berkaitan cadangan dalam laporan jawatankuasa itu.

Bilik Hotel Paling Mahal Di Dunia

Bagi kebanyakan orang, duduk di hotel adalah satu kemewahan. Ini kerana orang lain yang akan kemaskan katil, cuci tandas, bawakan sarapan pagi dan surat khabar. Tetapi bagi mereka yang mempunyai cita rasa lebih tinggi, hanya hotel dengan bilik dan perkhidmatan terbaik menjadi pilihan. Jadi apa agaknya perkhidmatan ditawarkan jika pembaca anime4nz sanggup membayar 6 angka hanya untuk penginapan 1 malam di Hotel ?

1. Royal Penthouse Suite di Hotel President Wilson, Geneva.
- Kos : RM200,000.00 semalam
Untuk harga semahal ini, tetamu anime4nz boleh menetap di bilik hotel mewah seluas 5511.7 meter persegi berhadapan dengan Tasik Geneva. Perkhidmatan disediakan 24 jam dan ia mempunyai tingkap kalis peluru. Ada gosip menyebut bilik ini boleh berkunci secara automatik dan memantau tetamu mencurigakan melalui CCTV.

2. Royal Villa di Hotel Grand Resort Lagonissi, Athens.
- Kos : RM138,000.00 semalam
Hampir 1371.6 meter persegi dan menghadap Laut Aegean. Vila ini dilengkapi bilik air mewah dengan produk mandiannjenama Bvigari, kolam renang di bawah bumbung. Jurulatih peribadi, tukang spa, pembantu peribadi dan pemandu limousin disediakan. Tetamu anime4nz turut mendapatkan perkhidmatan jet peribadi untuk ke Athens.

3. Hugh Hefner Sky Villa di Hotel Palms Casino & Resort, Las Vegas.
- Kos : RM122,000.00 semalam
Tetamu anime4nz boleh membelanjakan sehingga enam angka untuk bilik ini. Penyanyi terkenal Kanye West pernah menetap di villa yang terletak di bahagian paling atas hotel ini. Bar dilengkapi semua jenis minuman, kolam renang dihiasi simbol Playboy (MAAF! tiada wanita Playboy dalam pakej ini) dan katil besar boleh putar.

Monday, October 8, 2012

Sains Angkasa dan Penyelidikan Astronomi

Apakah keperluan kita menguasai angkasa ?
Pada era 1950-an, dua negara berlumba-lumba ke arah menguasai angkasa.
Fasafahnya : " Siapa Yang Menguasai Angkasa, Mereka Akan Menguasai Bumi "

Jom bersama anime4nz Meneroka Angkasa : Merintis Jalan Membina Tamadun Di Luar Bumi.

Sains Angkasa

Sains angkasa mempunyai peranan penting dalam konteks pembangunan negara. Sains angkasa ialah satu kajian ke atas angkasa lepas dengan menggunakan sains sebagai mediumnya dan terbahagi kepada tiga bidang utama iaitu :
  • Penyelidikan astronomi / astrofizik.
  • Pembangunan teknologi angkasa.
  • Aplikasi angkasa
Astronomi pula merupakan satu bidang ilmu mengenai pengkajian objek angkasa dan alam semesta.

Penyelidikan Astronomi

Penyelidikan berkaitan astronomi biasanya melibatkan :
  • Objek angkasa adalah jauh dan malap.
  • Maklumat yang diterima hanyalah melalui gelombangnya.
  • Memerlukan instrumentasi yang berkuasa dan jitu.
Ahli astronomi menggabungkan pelbagai teknik cerapan di dalam pelbagai panjang gelombang.

Selain mempelajari tentang kepentingan sifat-sifat bumi sebagai contoh, kajian ke atas angkasa juga merangkumi kegunaannya kepada manusia.

Friday, October 5, 2012

Perkara Yang Pemandu Kereta, Trak dan Bas : Harus Tahu Tentang Motosikal

Kebanyakan pemandu kenderaan lain dari motosikal TIDAK  menghiraukan penunggang motosikal dan basikal apabila diatas jalan raya.  Mereka ini menganggap bahawa oleh kerana mereka lebih besar, kenderaan harus berwaspada akan kenderaan besar, kerana jika berlaku kecelakaan kenderaan kecil yang lebih menerima kesannya,  jadi mereka harus menjaga diri dan mengelak dari bertembung dengan kenderaan besar.

Jika diteliti,  kenyataan ini seperti undang-undang hutan. yang besar dan kuat adalah raja.

Perlu diingat bahawa jalan yang digunakan oleh bas, lori, trektor, basikal, pejalan kaki dan penunggang motosikal adalah untuk kegunaan semua.  Ia dibina supaya kita semua boleh berkongsi jalan tersebut dengan penuh harmoni.  Berkongsi jalan bermakna kita harus memahami kehendak dan keunikan pengguna jalan yang lain supaya perbezaan struktur kita tidak berlaga dengan satu sama lain.

INGAT!!, pemandu kenderaan besar mungkin tidak cedera dalam kemalangan dengan motosikal misalnya,  TETAPI itu bukan bermakna anda bebas.   Anda mungkin berdepan dengan penyiasatan polis,  prosiding di mahkamah,  saman menyaman dan lain-lain lagi.

Jadi kenapa cari masalah?
Untuk mengelak masalah anda perlu memahami pengguna-pengguna jalan yang lain dan menerima mereka untuk berkongsi jalan raya tersebut.

Latihan bagi pemandu untuk tujuan mendapat lesen memandu tidak memberi keutamaan terhadap latihan untuk mengenal potensi kemalangan, tetapi tumpuan diberi kepada kepatuhan undang-undang.  Ini tidak cukup bagi menjamin keselamatan di atas jalan raya.  Pemandu harus dilatih untuk mengenal pasti potensi kemalangan. Pemandu mesti diberi latihan untuk berkongsi jalan.

Anime4nz berharap dengan mengutarakan isu ini,  pemandu kereta dapat sedikit pelajaran tentang motosikal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online