Jika diteliti, kenyataan ini seperti undang-undang hutan. yang besar dan kuat adalah raja.
Perlu diingat bahawa jalan yang digunakan oleh bas, lori, trektor, basikal, pejalan kaki dan penunggang motosikal adalah untuk kegunaan semua. Ia dibina supaya kita semua boleh berkongsi jalan tersebut dengan penuh harmoni. Berkongsi jalan bermakna kita harus memahami kehendak dan keunikan pengguna jalan yang lain supaya perbezaan struktur kita tidak berlaga dengan satu sama lain.
INGAT!!, pemandu kenderaan besar mungkin tidak cedera dalam kemalangan dengan motosikal misalnya, TETAPI itu bukan bermakna anda bebas. Anda mungkin berdepan dengan penyiasatan polis, prosiding di mahkamah, saman menyaman dan lain-lain lagi.
Jadi kenapa cari masalah?
Untuk mengelak masalah anda perlu memahami pengguna-pengguna jalan yang lain dan menerima mereka untuk berkongsi jalan raya tersebut.
Latihan bagi pemandu untuk tujuan mendapat lesen memandu tidak memberi keutamaan terhadap latihan untuk mengenal potensi kemalangan, tetapi tumpuan diberi kepada kepatuhan undang-undang. Ini tidak cukup bagi menjamin keselamatan di atas jalan raya. Pemandu harus dilatih untuk mengenal pasti potensi kemalangan. Pemandu mesti diberi latihan untuk berkongsi jalan.
Anime4nz berharap dengan mengutarakan isu ini, pemandu kereta dapat sedikit pelajaran tentang motosikal.