klik atas

backlink

gambar laju

Monday, October 1, 2012

Gadis Ukraine Anastasiya Shpagina

Gadis Ukraine ubah diri jadi karakter kartun animasi Jepun

KIEV: Dengan mata besar dan berkaca, rambut ungu serta gaya menggoda ketika bergambar, gadis ini seolah-olah menjelma dari sebuah filem animasi Jepun.

Peminat kartun animasi komputer, Anastasiya Shpagina telah mengubah dirinya menjadi karakter kartun, lengkap dengan pinggang yang ramping dan rambut berwarna terang serta mulut bermuncung.

Gadis Ukraine berusia 19 tahun itu memperoleh inspirasi gaya itu daripada kartun dan animasi komputer yang mempunyai ramai pengikut di Jepun.

Malah, Anastasiya juga kini menggunakan nama Jepun, Fukkacumi.

Karakter animasi sering mempunyai mata besar dan kepala yang lebih besar berbanding dengan tubuh mereka.

Anastasiya yang hanya setinggi 159 sentimeter dilapor melangsingkan badannya kepada hanya 38 kilogram dalam usaha untuk menjadikan dirinya karakter animasi hidup.

Selain itu, dia turut menghabiskan masa 30 minit sehari untuk mengenakan mekap pada setiap matanya.

Anastasiya dijangka akan bertindak lebih jauh untuk mendapatkan wajah yang diinginkannya.

Ada laporan mendakwa dia merancang menjalani pembedahan mata untuk membolehkan dia kelihatan lebih mirip dengan idola kartunnya.

Gadis itu yang mempunyai lebih 10,000 peminat dalam Facebook, juga memuatnaikkan video menerusi YouTube, menunjukkan bagaimana dia bermekap.

Satu klip video yang menunjukkan dia bersolek ditonton sebanyak lebih 150,000 kali.

Bagaimanapun, Anastasiya bukan gadis pertama menggunakan gaya yang diperoleh daripada dunia fantasi.

Dakota Rose atau Kota Koto dari Amerika Syarikat digelar ‘Barbie hidup’ kerana matanya yang besar dan tubuhnya yang genit.

Langkahnya memuatnaikkan bimbingan fesyen dan kecantikan menerusi YouTube ditonton oleh pengunjung dari seluruh dunia. - DM

Intipati Penuh Bajet 2013

Anime4nz ingin kongsikan budget 2013 yang disampaikan oleh PM baru-baru ini..
Jom kita tengok apa yang dah disampaikan.. mungkin ada yang ketinggalan info.

Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA | BUDGET 2013
1. Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
-Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK 
 | BUDGET 2013
2. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3. Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan


Psy dalam rekod Guinness

PENYANYI Korea Selatan yang mencipta fenomena seluruh dunia dengan pantas menerusi lagunya yang berjudul Gangnam Stye, Psy kini tersenarai dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

anime4nz : PSY GangNam Style
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Guinness, klip video Psy didapati memperoleh status 'like' paling banyak atau disukai oleh penonton dalam sejarah laman sosial YouTube.

Ketika mendapat pengiktirafan baru-baru ini, klip video Psy mendapat sebanyak 2,141,758 like sehingga minggu lalu. Klip yang memaparkan tarian kuda itu mula dimuat naik sejak 15 Julai lepas.

Selain Gangnam Style, klip video milik kumpulan LMFAO iaitu Party Rock Anthem mendapat 1,574,963 like, Baby yang dinyanyikan oleh Justin Bieber (1,327,147 like) dan Rolling in The Deep oleh Adele (1,245,641 like) sehingga minggu lepas.

Pengurus Komunikasi Guinness, Dan Barrett menjelaskan bahawa kejayaan yang diraih Psy itu merupakan satu fenomena luar biasa dunia hiburan.

"Seperti tidak masuk akal apabila dia berjaya meraih penonton yang begitu ramai. Dalam tempoh tiga bulan dia meraih lebih dua juta like di YouTube," katanya seperti dipetik soompi.com.

Thursday, September 27, 2012

Apabila Sudah Marah . . .

MARAH ITU SENJATA.
Ia boleh membawa manfaat dan jika tidak dikawal,
Diri juga yang sengsara.
Namun usah gusar, anda sendiri mampu mengawal rasa marah.

SETIAP orang mempunyai sifat marah namun sama ada perasaan itu dapat di kawal sebaiknya atau tidak, ia bergantung kepada individu terbabit.

Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul jika tiada sebab, tempat dan waktunya. Apabila kemarahan berlaku tanpa dikawal, ia tidak ubah seperti api yang membakar.

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari tetapi ia juga juga perlu dalam keadaan tertentu. Misalnya, seorang suami harus marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikuti ajaran yang dituntut agama.

Ingatlah, marah itu senjata. Ia boleh membawa manfaat dan sebaliknya memberi kemudaratan jika tidak dikawal. Orang yang bijak dan sabar adalah manusia yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat bukan kemudaratan.

Sebelum kemarahan menjadi punca kepada pergaduhan atau perceraian suami isteri, cuba pelajari cara untuk mengawal kemarahan bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk berlaku pada hubungan anda.

tips baru hendak belajar memandu kereta

Tips ini untuk pemandu yang baru mendapat lesen L dan baru hendak belajar memandu kereta.

5 perkara yang paling utama yang perlu difahami dan diberi perhatian. Anda tidak perlu terlalu takut dan panik.

1. Anda perlu tahu dan mengenali alat kawalan dalam kereta. Contohnya seperti bagaimana hendak laraskan tempat duduk dengan selesa, stereng, pedal clutch, pedal brek kaki, pedal minyak, gear, brek tangan dan cermin.

2. Kemudian mula mengetahui cara hendak hidupkan engin dan matikan engin.

3. Anda perlu tahu bagaimana hendak menggerakkan kereta. Guna gear apa dan hendak tekan pedal apa.

4. Anda perlu tahu bagaimana hendak perlahankan kereta dan bagaimana hendak berhentikan kereta dengan betul dan selamat.

5. Anda perlu tahu bagaimana hendak mengawal stereng jika hendak bergerak lurus, hendak membelok ke kanan atau ke kiri.


Bila anda sudah faham tentang perkara utama ini akan lebih memudahkan anda serta menjadikan anda lebih tenang dan releks ketika belajar tanpa stress.

Jadi, anda perlu belajar secara teori dan fahamkan dalam minda anda serta praktikkan ketika belajar. InsyaAllah anda lebih mudah belajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online