klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, July 19, 2011

Tip Menjaga Kemasan Lantai

Kemasan lantai yang indah sememangnya menjadi idaman semua isi rumah. 

Terdapat pelbagai pilihan lantai seperti jubin seramik, kayu berlaminet, dan lain-lain. Jubin biasanya terdiri daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya. 

Walaupun indah, kadang kala ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik agar sentiasa terpelihara dan tidak rosak. 

Berikut anime4nz kongsikan tips untuk menjaga kemasan lantai rumah kita:

Galaxy S II, peranti paling ringan

NIPIS, ringan dan pantas adalah elemen penting yang terdapat model terkini, Samsung Galaxy S II yang dilancarkan baru-baru ini.
Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, Samsung Galaxy S II adalah skrin peranti telefon paling jelas yang terdapat di pasaran.

“Melalui skrin Amoled bersaiz 109.22 milimeter, ia memberi paparan imej yang jelas dan jernih. Ia sesuai dengan penggunaan rakaman kamera gambar dan video lapan megapiksel.

Telefon pintar beri kesan buruk?

SUATU ketika dulu, agak mudah untuk kita menyapa mereka yang tidak dikenali kerana pada masa itu masyarakat lebih mesra dan mudah bertegur sapa.

Tetapi kini, orang ramai lebih gemar 'membayar' untuk menghubungi kenalan yang jauh walaupun ada orang yang lebih dekat untuk dijadikan teman berbicara.

Pada masa lalu, makan bersama keluarga adalah satu situasi yang mana ibu menunjukkan kebolehannya memasak manakala abang akan bangga bercerita tentang perlawanan bola sepak di sekolahnya.

Ketika itu jugalah si adik akan 'menyambar' ketulan ayam goreng di pinggan kakaknya.

Itulah gambaran kemesraan dalam satu keluarga.

Kini, 'masa berkualiti' bersama keluarga makin pudar kerana keriuhan waktu makan menjadi sepi dan dingin kerana masing-masing lebih gemar memberi perhatian kepada peralatan komunikasi canggih milik mereka.

Wednesday, July 13, 2011

Artis Sanggup Bangun jam 5.00 Pagi

MUNGKIN dulu jika tidak ada penggambaran atau aktiviti berkaitan dunia seni, mereka boleh bangun lewat untuk bersarapan dengan keluarga di rumah mahupun bersama rakan di kafe.

Kini suasana sudah berubah apabila mereka secara sukarela menyertai Rejimen 515 Askar Wataniah dan perlu menghabiskan sesi latihan selama 240 jam sebelum ditauliahkan sebagai askar.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo contohnya, sanggup mengurangkan masanya dengan keluarga dan pekerja di pejabat demi tanggungjawab terbaru itu.

Turut menyertai Askar Wataniah ialah artis di bawah naungan MIG seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Shamimi, Mon Ryanti, Kamal Faridz dan Aeril Zafril. Tidak ketinggalan, penyanyi handalan, Datuk Siti Nurhaliza dan Ana Raffali.

Saturday, July 9, 2011

Pengalaman Di Perhimpunan Bersih 2011

Aku berpeluang pergi ke KL... tapi bukan pergi sebetulnya ke perhimpunan bersih tu la....Ada lawatan kerja pejabat di sana 2 - 3 hari di sana. Lawatan kerja aku bermula hari Rabu hingga Jumaat ( 3 hari 2 malam). Nanti aku kisahkan pengalaman dan cerita di sebalik kerja lawatan nie..... tapi la nie aku nak cerita pasal gara-gara perhimpunan bersih 2011 nie la.....

Aku habis aktiviti untuk acara bebas... hari Jumaat pagi... bermakna aku kena chow dari KL ke Kampung la..... Tapi aku tak ingat la pulak hari nie hari jumaat... minggu nie minggu bersejarah.... Almaklumlah... baru habis lawatan.. Tak ingat sebentar akan perhimpunan besar nie.... Tapi kan... perhimpunan barsih tu hari Sabtu 9 julai 2011 kan... pasal dah kelam kelibut...... aduhai......

Dikhabarkan sejak malam jumaat lagi operasi besar-besaran dilakukan pihak berkuasa untuk menjaga keamanan dan dari tidak tercetusnya kemaraan perhimpunan bersih.... yang dilabelkan haram nie..... Tak paham la sangat ada hukum haram kat sini... tak pandai la nak ulas panjang.... kasi pak ustaz ja hurai...... maaf ya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online