klik atas
backlink
gambar laju
Saturday, June 18, 2011
Dato' Siti Nurhaliza dan 7 Artis Sertai Askar Wataniah!
Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato' Siti Nurhaliza serta beberapa orang artis terkenal Malaysia yang terdiri daripada Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Raffali, David Teo, Aizat, Mohd. Nor Don serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadhan iaitu Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi yang telah berbesar hati untuk menyertai rejimen askar wataniah. Bermula semalam, mereka telah menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik menyertai Rejimen Askar Wataniah. Penyerahan uniform itu telah pun dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan.
Labels:
Berita Semasa,
Ketenteraan
Tuesday, June 14, 2011
Gempa Bumi di Malaysia
14/06/2011 12:01pm
KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.
Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.
Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.
Labels:
Berita Semasa
Menara berkembar 30 tingkat mercu tanda baru di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU – Menara berkembar setinggi 30 tingkat bakal menjadi mercu tanda baru Negeri Terengganu tidak lama lagi.
Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, kerajaan Negeri setuju untuk membina Menara berkembar bagi menempatkan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan Menara Yayasan Terengganu. (Yayasan Terengganu (YT), Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
Menurutnya, menara itu bakal dibina di kawasan pengambilan semula tanah di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan keluasan tanah 16 hektar.
“Perancangan untuk membina dua bangunan itu terdapat dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dengan kos ditanggung Kerajaan Negeri sepenuhnya.
“Menara untuk MBKT kini dalam proses mereka bentuk pelan yang sesuai. Setakat ini telah dipersetujui untuk membina menara dengan ketinggian 30 tingkat. Manakala bagi satu lagi bangunan untuk menempatkan tiga Yayasan Terengganu pula akan menyusul selepas proses pembinaan menara MBKT selesai.
“Fokus sekarang kepada Menara MBKT terlebih dahulu, baru menyusul proses untuk membina Menara Yayasan,” katanya semasa sidang media pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik Yayasan Terengganu (YT), Penyampaian Sijil 5S dan juga Penyerahan Dokumen Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod Fungsian di Dewan Besar YT, semalam.
Turut hadir Pengarah YT, Aziz Mamat, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dr Samsiah Muhamad dan juga Pegawai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Muhaslizawati Mohd Bakri.
Katanya, berkemungkinan Menara Yayasan-yayasan Terengganu akan dibina dengan ketinggian sama kerana ia melibatkan tiga yayasan dalam satu bumbung.
Mazlan berkata, tetapi semua itu masih dalam proses dan sebarang kemungkinan boleh berlaku dan anggaran kos juga bergantung pada pelan reka bentuk.

Info,
Tranung Sohor
Monday, June 13, 2011
Terengganu Isytihar Cuti Umum Ahad 19 Jun 2011
KUALA TERENGGANU, 13 Jun 2011: Kerajaan Terengganu baru je malam ni mengisytiharkan cuti umum minggu hadapan, HARI AHAD 19 JUN 2011 sebagai meraikan kejayaan skuad Penyu Peteh & Nelang yang muncul juara dan membawa pulang Piala FA & Piala SUKMA. Pengumuman sebentar tadi diumumkan dihadapan penyokong-penyokong setia dan seluruh rakyat negeri Terengganu yang berkumpul di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
Kejayaan Skuad Penyu mengalahkan Kelantan dengan 2 - 1 ternyata detik amat bermakna apabila ditambah pula kemenangan berganda yang dicapai oleh atlit SUKMA yang berlangsung di KL berjaya merangkul tempat pertama dengan kutipan 30 Emas, 8 Perak dan 12 Gangsa.
SYABAS buat Pasukan Terengganu!!!!

Kesan Akad Perjanjian Jual Beli Rumah Terabai
RAMAI pembaca bertanya mengenai tanggungjawab rumah terbengkalai yang sudah dibeli oleh orang ramai, sama ada ia tanggungjawab pembeli, pemaju atau pihak bank. Menyentuh perkara ini, yang perlu anda faham ialah kesan dan akibat jika rumah itu terbengkalai.
Mari kita lihat apa berlaku jika rumah itu terbengkalai dan siapa patut dipertanggungjawabkan daripada kaca mata Islam.
Jika kita melihat dalam proses pembiayaan BBA bagi rumah dalam proses pembinaan di Malaysia. Secara umumnya, aturan akad atau kontraknya seperti berikut:

Permasalahan,
Perumahan
Subscribe to:
Posts (Atom)
klik tengah
Lazada : Kedai Online Top
Popular Posts
-
Tengoh - tengoh duk layan facebook tepat jam 12.25 hujan mula turun membasahi bumi terengganu lagi.... K...
-
Belajar cara memasang lantai cara yang saya pelajari pulak deh, hari tu saya dah sedikit sebanyak berceri...
-
Loghat Tranung kiter ni kasor sket bagi sesetengah orang. Perkataan seperti bengong, natang, babi adalah biasa. Walaupun perkataan ini agak ...
-
Masalah juga ya kalu doh pakai telefon atau tablet yang lebih updated ni kan. Kalau pembaca sekalian ada kewarasan baik pakai telefon atau t...
-
Syawal dah nak sampai ke penghujung... rumah terbuka dah banyak yang terpergi dan yang terlepas.... Kini bermula misi saya untuk siapkan rum...
-
Sehingga kini, telah direkod / dikenalpasti terdapat sebanyak 360 jenis silat yang diamalkan dan mempunyai pengikut terutamanya di Ma...
-
Syarat-Syarat Penyertaan Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau ...
-
Apabila kita ditegur akan sesuatu bermakna kita kehilangan sesuatu.... Masih banyak yang perlu kita pelajari agar sempurnalah ilmu kita dan ...
-
Assalamualaikum Mari kita sama-sama belajar bacaan Doa Iftitah yang betul selepas takbiratulihram dalam sembahyang. ALLAHU AKBARU KA...
-
Cuba tukar nama anda dalam bahasa JEPUN: Tukar Nama Jepun A = ka, N = to, B = tu, O = mo, C = mi, ...