Assalamualaikum dan Salam Maulidul Rasul.......
Marilah Kita bersama-sama BERSELAWAT kepada Nabi junjungan kita....
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam. Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Sebagai orang Islam kita tahu Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang terakhir. Banyak kisah duka Rasulullah lalui semasa berdakwah untuk Allah. Kalau bandingkan dugaan yang Rasulullah lalui dengan kita tersangat lah bezanya. Kita sebagai manusia biasa selalu tidak tahan atau tidak sabar pada dugaan yang kita lalui tapi Rasulullah hadapi dengan penuh kesabaran, walaupun di fitnah, baling tahi dan sebagainya. Kalau kita di fitnah atau orang berkata buruk hal kita, cepat sangat melenting dan menuduh macam2 pula pada orang yg memfitnah atau berkata buruk pada kita. Tak berhenti2 pula kita memfitnah semula pada mereka, tetapi Rasulullah sangat sabar dan boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Begitu lah mulia hati Rasulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani hidup kita yang penuh pancaroba ini.
Untuk mencintai Rasulullah kita mesti mengenali nya. Di bawah ini
anime4nz kongsikan biodata dan kronologi Rasulullah secara ringkas yang anime4nz perolehi dari carian. Harap kita mengenali nya dan disarankan kita cari buku kisah Rasulullah sebelum Baginda lahir hingga Baginda wafat. Memang sedih dan kagum dengan kehebatan Baginda.