klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, January 4, 2015

Kenali Nabi Muhammad = Sayangi Rasulullah SAW

Assalamualaikum dan Salam Maulidul Rasul.......

Marilah Kita bersama-sama BERSELAWAT kepada Nabi junjungan kita....

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam. Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Sebagai orang Islam kita tahu Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang terakhir. Banyak kisah duka Rasulullah lalui semasa berdakwah untuk Allah. Kalau bandingkan dugaan yang Rasulullah lalui dengan kita tersangat lah bezanya. Kita sebagai manusia biasa selalu tidak tahan atau tidak sabar pada dugaan yang kita lalui tapi Rasulullah hadapi dengan penuh kesabaran, walaupun di fitnah, baling tahi dan sebagainya. Kalau kita di fitnah atau orang berkata buruk hal kita, cepat sangat melenting dan menuduh macam2 pula pada orang yg memfitnah atau berkata buruk pada kita. Tak berhenti2 pula kita memfitnah semula pada mereka, tetapi Rasulullah sangat sabar dan boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Begitu lah mulia hati Rasulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani hidup kita yang penuh pancaroba ini.

Untuk mencintai Rasulullah kita mesti mengenali nya. Di bawah ini anime4nz kongsikan biodata dan kronologi Rasulullah secara ringkas yang anime4nz perolehi dari carian. Harap kita mengenali nya dan disarankan kita cari buku kisah Rasulullah sebelum Baginda lahir hingga Baginda wafat. Memang sedih dan kagum dengan kehebatan Baginda.


Tuesday, December 30, 2014

nasihat kepada mangsa banjir

Nasihat penting untk kita..... terutama mangsa banjir!!

Ini juga adalah dari pengalamn seorang mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

Tuesday, December 23, 2014

TOMBIRUO : Penunggu Rimba Ramlee Awang Murshid di FILEM kan

"Inilah novel pertama Ramlee Awang Murshid yang diterbitkan oleh Group Buku Karangkraf"

"Sebenarnya sejak dahulu lagi Ramlee Awang Murshid mahu karya ini difilemkan dan tidak sangka ianya tercapai"

Yakin dengan potensi Tombiruo : Penunggu Rimba, pengarah veteran, Nasir Jani nekad untuk menghasilkan filem visual yang terbaik buat penontonnya kelak.

Filem ini akan menjalani penggambaran di Sabah dan bakal ditayangkan di layar perak pada pertengahan tahun hadapan.

Saturday, December 20, 2014

Panduan Beli Tanah

Peringatan buat sesiapa yang ingin beli tanah, pastikan tanah tersebut FREE from all encumbrances (Bebas Dari Sebarang Bebanan) sebelum anda buat keputusan untuk beli.

Jangan hanya bersetuju untuk beli disebabkan tertarik dengan lokasi dan keadaan tanah semata2. Lokasi dan keadaan tanah tidak akan membawa apa2 erti kepada anda seandainya tanah yang anda beli tersebut tidak bebas dari bebanan.

Sesuatu tanah itu dianggap "not free from all encumbrance" sekiranya :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online