klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, August 14, 2014

Sertai Askar Wataniah

SERTAI ASKAR WATANIAH

Permohonan Askar Wataniah

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

Warganegara Malaysia.
Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Sihat tubuh badan.
Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

Salinan Kad Pengenalan Awam.
Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
Salinan Sijil Kelahiran.
Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.


CARA PERMOHONAN


Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan Askar Wataniah yang berhampiran di tempat anda.


APAKAH TUJUAN & YANG BOLEH ANDA PEROLEHI APABILA MENYERTAI ASKAR WATANIAH?

> Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.

> Mengisi masa lapang yang berfaedah.

> Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.

> Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.

> Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.

> Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan & pasukan-pasukan di seluruh negara.

> Elaun latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72jam & perkhemahan tahunan.

> Bounti/Saguhati tahunan.

> Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.

> Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.

> Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.

> Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan

kerajaan sahaja).

> Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang

berkaitan bagi mereka yang layak.

> Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana

Anggota Tetap.

> Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.


KERJAYA

Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:

Kursus Kerjaya
- Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.

Kursus Fungsional
- Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.

Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan
- Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.


INSENTIF ASKAR WATANIAH


Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:

Elaun Kehadiran
: (Pegawai RM 5.80/LLP RM 4.00) - Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.

Pemberian Pakar
: (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) - Untuk pegawai atau anggota ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.

Elaun Pakaian 'Outfit': Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.

Elaun Senggaraan Pakaian
: (RM 125.00) - Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan.

Elaun Pakaian Istiadat: (RM 750.00) - Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.

Elaun Pakaian Tauliah Kehormat: (RM 1000.00) - Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela.

Elaun Pengangkutan
: Anggota yang menggunakan kenderaan sendiri/pengangkutan awam layak menuntut elaun perjalanan dengan syarat-syarat tertentu.

'Bounti': Memenuhi syarat:

- Kadar Penuh RM 520.00.

- Kadar Tiga Suku RM 390.00

- Kadar Separuh RM 260.00


KONSEP LATIHAN

Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti hujung minggu.


LATIHAN REKRUT - Setiap anggota AW perlu menjalani latihan rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.


LATIHAN TEMPATAN - Latihan ini dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela. Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun (psk bukan teknikal) dan tidak melebihi 360 jam (psk teknikal).


LATIHAN LANJUTAN - Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun.


LATIHAN TAHUNAN - Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.


LATIHAN ANGGOTA PAKAR - Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.



BERIKUT ADALAH REJIMEN ASKAR WATANIAH SIRI 500

Rejimen 501 Askar Wataniah
Kem Tebrau
80990 Johor Bharu
Johor
Tel: 07-3541088

Rejimen 502 Askar Wataniah
Kem Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
Selangor
Tel: 03-61565688

Rejimen 503 Askar Wataniah
Kem Jalan Tambun
30350 Ipoh
Perak
Tel: 05-2549342

Rejimen 504 Askar Wataniah
Kem Bukit Keteri
02450 Kangar
Perlis
Tel: 04-9382024

Rejimen 505 Askar Wataniah
Kem Teluk Sisik
25050 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5674229

Rejimen 506 Askar Wataniah
Kem Pengkalan Chepa
16100 Kota Bahru
Kelantan
Tel: 09-7738800

Rejimen 507 Askar Wataniah
Kem Bukit Perwira
P.O.Box 11608
88817 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-212620/628

Rejimen 508 Askar Wataniah
Kem Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-7623411

Rejimen 509 Askar Wataniah
Kem Lebuh Raya Peel
10350 Pulau Pinang
Tel: 04-2297001

Rejimen 510 Askar Wataniah
Kem Sri Rejang
96000 Sibu
Sarawak
Tel: 084-333933

Rejimen 511 Askar Wataniah
Kem Ria Kompleks
93677 Kuching
Sarawak
Tel: 082-621300

Rejimen 512 Askar Wataniah
Kem Padang Midin
21400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6229644


Rejimen 513 Askar Wataniah
Kem Jalan Kolam Air
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel: 04-4203102

Rejimen 514 Askar Wataniah
Kem Bukit Beruang
75450 Melaka
Tel: 06-2332123 /2130

Rejimen 515 Askar Wataniah
Kem Jalan Ampang
50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-42567133

Rejimen 516 Askar Wataniah
Kem Kukusan
91000 Tawau
Sabah
Tel: 089-772771


 Urusetia Askar Wataniah
  • Kementerian Pertahanan
  • Tel: +603-20715035
  • Fax: +603-2694 8759
 
1. BORANG AWALAN WATANIAH

2. LAMAN FB 512 AW / 512 ASKAR WATANIAH (...like LIKE like...)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama