klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, December 19, 2012

Pengiraan Peruntukkan Elaun / Gaji / Saguhati / Bounti / Bounty Askar Wataniah Melalui Latihan

Elaun Pasukan Simpanan Tentera Darat Naik Mulai Tahun 2013

Jom kira duit masuk poket bersama anime4nz :)


ELAUN LATIHAN TEMPATAN

Elaun Latihan Tempatan bagi anggota LLP akan dinaikkan sebanyak 50% daripada RM4.00/jam kepada RM6.00/jam mulai tahun 2013. Dalam setahun, terdapat 24 siri latihan tempatan yang selalunya bermula pada bulan Februari/March dan berakhir dalam bulan September/Oktober. Setiap siri memperuntukkan 10 jam latihan maksimum. Jadi matematiknya adalah seperti berikut:

RM6.00/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1440.00

dan bagi pegawai pula adalah seperti berikut:

RM7.80/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1872.00 (kenaikan daripada RM 5.80/jam kepada RM 7.80/jam)


GAJI LATIHAN BERTERUSAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan berterusan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota boleh menghadiri kedua-dua latihan tersebut selama 7 hari bagi satu siri. Gaji pokok bagi setiap pangkat dikatakan telah naik.

Siri 1 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 1

Siri 2 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 2


GAJI LATIHAN KEM TAHUNAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan kem tahunan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota hanya dibenarkan menyertai salah satu siri sahaja yang dilaksanakan selama 15 hari.

15 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Bagi Latihan Kem Tahunan

Bagi anggota berpangkat prebet, sekurang-kurangnya memperoleh RM 502.00,
Bagi anggota berpangkat lans koperal, sekurang-kurangnya RM 645.00,
Bagi anggota berpangkat koperal, sekurang-kurangnya RM 760.00.
.............


SAGUHATI/BOUNTY

Dengan menghadiri latihan kem tahunan sahaja tanpa menghadiri mana-mana latihan tempatan, anggota secara automatik layak mendapat bounty 3suku berjumlah RM 390.00 kerana jumlah jam latihan yang terkumpul adalah seperti berikut:

15 hari x 24 jam = 360 jam

Untuk melayakkan seseorang anggota mendapat bounty penuh, sekurang-kurangnya 2 x siri latihan tempatan(2 x 10 jam) perlu di hadiri bagi mencukupkan jumlah jam latihan sebanyak 380 jam bagi bounty penuh tersebut.

Sebagai panduan:

  • 120 jam = bounty separuh RM 260.00
  • 240 jam = bounty 3suku RM 390.00
  • 380 jam = bounty penuh RM 520.00

Sebagai ingatan, dengan menghadiri mana-mana kursus anjuran rejimen kita sendiri ataupun menjadi pembantu jurulatih/demo, kita sudah layak menerima bounty penuh kerana kiraan jam latihannya adalah seperti berikut:

30 hari x 24 jam =  720 jam.

Sebagai mengelak kekeliruan, dengan menghadiri mana-mana kursus anjuran PUSWATAN, kita tidak layak mendapat bounty kerana jam latihannya tidak dikira.


GAJI KURSUS

Dikhabarkan gaji pokok bagi setiap pangkat telah berubah dan naik, walaubagaimanapun jumlah sebenar gaji pokok bagi setiap pangkat masih belum jelas. +- Angka lama seperti berikut:

Perajurit Muda: RM 886
Prebet: RM 1004
Lans Koperal: RM 1290
....................

Bagi yang menghadiri mana-mana kursus di PUSWATAN, selain daripada gaji, seseorang itu juga akan layak mendapat elaun pentadbiran sebanyak RM 301.00.


ELAUN PERJALANAN/PENGANGKUTAN

Bagi yang menghadiri latihan dengan menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam, kita boleh mendapatkan claim dengan menghantarkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pejabat batalion kita yang kemudiannya akan dihantar kepada pejabat gaji. Jika menaiki kenderaan sendiri, hantarkan salinan dokumen-dokumen seperti berikut di awal tahun(sah sepanjang tahun tersebut):
~ jangan lupa isi borang claim ya ~ pesanan anime4nz

1) Geran kenderaan
2) Insuran Kenderaan
3) Road Tax
4) IC
5) Lesen
6) Bat C 20(jika ada)
7) Bil air/elektrik(jika perlu)

(3 salinan setiap satu)

Setiap kali anda menghadiri latihan tempatan sebagai contoh, anda layak menerima elaun perjalanan yang akan dibayar beserta dengan elaun latihan tempatan tersebut.

Anggaran adalah mengikut kilometer jarak dari rumah ke kem dan CC kenderaan anggota.

24 siri x RM 30(contoh) = RM 720


ANGGARAN KASAR PEROLEHAN SEPANJANG TAHUN 

Latihan Tempatan RM 1440
Latihan Berterusan 1 RM 250
Latihan Berterusan 2 RM 250
Latihan Kem Tahunan RM 502
Full Bounty RM 520
Kursus(lans koperal) RM 1290
Elaun Perjalanan RM 720
Elaun Pentadbiran RM 301
---------------------------
Anggaran Kasar Jumlah +-RM 5273



NILAI ANGKA YANG PALING PERLU DIKIRA IALAH SEPERTI KATA-KATA DI BAWAH: 


"Setiap anggota pasukan sukarela itu perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam memantapkan pertahanan negara. Apabila menyertai Askar Wataniah, ia menunjukkan kesanggupan setiap anggotanya untuk memikul tanggungjawab besar dalam membantu pasukan pertahanan menjaga keselamatan negara. Ini juga platform untuk meningkatkan disiplin dan kematangan diri. Tidak cukup jika masuk Askar Wataniah untuk mengisi poket dan mahu mendapatkan elaun sahaja. "Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Seri Panglima Ahmad Hasbullah Hj Mohd. Nawawi


credit to nadiawatan 4 Rejimen 512 Askar Wataniah Batalion 1 Kuala Terengganu

JOM LIKE WATANIAH : Facebook / Rejimen 512 Askar Wataniah

JOM LIKE AVAIL : Facebook / Keluarga Avail

JOM SHARE KESIHATAN BERSAMA AVAIL

14 comments:

  1. so tempoh latihan ialah 30 hari lepas tu graduan sudah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. graduan sudah..... tapi graduan itu pangkatnya hanya PREBET(PBT).....

      Delete
  2. Pangkat dari prebet tu tak boleh upgrade ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Cuma perlu pegi kursus kadar tuk peroleh (nco) lans koperal. 1calit
      Dan seterusnya... Rajin2lah mengikuti kursus

      Delete
  3. maknanya walaupun ada ijazah, masih perlu lalui Lain Lain Pangkat sebelum jadi Pegawai?

    ReplyDelete
  4. kalau melalui pelapes di U terpilih tidak perlu lalui Lain2 Pangkat.... Jika selain dari itu kene ah lalui dari bawah

    ReplyDelete
  5. Kalau dah ade pangkat kopral , kalau masuk wataniah nanti kene mula dari awal ke...

    ReplyDelete
  6. Kalau dah ade pangkat kopral , kalau masuk wataniah nanti kene mula dari awal ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pangkat kopral dri unit maner tu.....
      klu dri unit/badan uniform lain... kena bermula dari zero

      Delete
  7. dia byr elaun sebulan sekali ka cm mna? slalu bank mna yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. elaun sebulan sebulan...... bank kerajaan..... normal BSN

      Delete
  8. Minimum had ketinggian utk apply bpa?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. Bole ke Askar Wataniah nii sye buat kerja spenuh masa... Maksid sya nak jadikan Askar wataniah ni sbagai kerja tetap saya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama