klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, December 4, 2012

Eurocopter EC725

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 bagi menggantikan sebahagian daripada 38 helikopter Nuri (Sikorsky S61A-4) yang berkhidmat sejak 1959.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain memperkuatkan operasi mencari dan menyelamat, pesawat buatan Perancis itu juga mempunyai fungsi luas antaranya, sebagai pengangkutan serta utiliti lain.

"pemilikan helikopter enjin berkembar daripada keluarga Super Puma atau Cougar itu dapat memantapkan lagi tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR), logistik dan keupayaan tempur Angkatan Tentera Malaysia secara Amnya."
Helikopter EC725

"EC725 ini boleh membawa sehingga 11,000 kilogram muatan. Ia juga boleh digunakan dalam semua cuaca serta dilengkapi kamera dan radar yang amat penting apabila operasi mencari dan menyelamat dilakukan," katanya selepas majlis penyerahan pesawat itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

"Helikopter berkelajuan 324 kilometer sejam ini juga boleh digunakan pada waktu malam dengan teknologi penglihatan pandang malam, di samping kekal relevan selaras perkembangan taktikal geostrategik pertahanan rantau ini sekurang-kurangnya dalam masa 30 tahun akan datang."



Turut hadir, timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Ismail Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd., Pierre Rossignol.

Ahmad Zahid berkata, TUDM akan menerima dua pesawat lagi pada Mac depan dan bakinya secara berperingkat-peringkat sehingga Januari 2014.

Mengulas status pesawat Nuri, Ahmad Zahid berkata, terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada ia akan dinaik taraf atau dijual kepada negara ketiga - Bernama


INFO Helikopter Eurocopter EC725

CIRI UMUM
  • Muatan : 2 anak kapal + 29 tempat duduk untuk anggota tentera
  • Panjang : 19.50 meter (63.98 kaki)
  • Tinggi : 4.60 meter (15.09 kaki)
  • Diameter rotor : 16.20 meter (53.14 kaki)
  • Berat : 5,330 kilogram (kosong), 11,000 kilogram (berisi), 11,200 kilogram (maksimum)
  • Loji kuasa : 2 enjin shaf turbo Turbomeca Makila, 1,800 kilowatt setiap satu
PRESTASI
  • Kelajuan maksimum : 324 kilometer sejam
  • Kelajuan sederhana : 285 kilometer sejam
  • Paras ketinggian maksimum : 6,095 meter (20,000 kaki)
  • Kadar kenaikan : 3.6 meter sesaat (710 kaki seminit)

Dihasilkan oleh : Kumpulan Eurocopter dan mula digunakan pada November 2000
Kegunaan : pengangkutan tentera, operasi mencari dan menyelamat, operasi tempur dan pemantauan udara.


Anime4nz : bertambah lagi Inventori aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas EC225

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online