klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, November 11, 2012

Hidupkan Muharam dengan Sunnah

Islam adalah agama yang mudah, menyeru umatnya agar sentiasa berpegang teguh dengan dalil. Dalil dapat difahami dengan mudah bagi mereka yang percaya dengan rukun Islam dan Iman, bahawa wajib sebagai seorang Muslim itu berpegang dengan dalil dari Quran dan Sunnah yang sahih diikuti dengan ijmak dan juga qiyas.

Ia menjadi lebih baik dan yakin sekiranya amalan–amalan kita semua dibatasi dengan sumber kefahaman generasi salaf bermula dari sahabat, tabii dan tabi’ tabiin dalam memahami sumbersumber dalil yang utama iaitu Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Ini sesuai dengan hadis Nabi bermaksud : “Sebaik-baik manusia, adalah manusia di kurunku, kemudian kurun selepasnya, dan kemudian kurun selepasnya” (Lihat : Sahih Al-Bukhari hadis no: 3650 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan para sahabat).

Ramai antara kita yang lupa dan leka, ketika ghairah ingin melakukan amal ibadat kerana keghairahan itu sesuatu yang positif dan baik bagi seorang bergelar Muslim, namun, dalam keghairahan itu, perasaan itu seharusnya dipandukan dengan apa telah ditinggalkan Rasul dan para sahabatnya.

Tidak hairanlah jika Nabi pernah bersabda: “Kamu sekalian masih dalam keadaan baik selagi mana dalam kalangan kamu terdapat seseorang yang pernah melihatku atau melihat sahabat aku” (Lihat Majma’ Zawaied, Ibn Hajar Al-Haytami, Bab Kelebihan Sahabat).


Justeru, wajarlah bagi kita semua yang cintakan Nabi dan para sahabat Rasul r.a agar menjadi amalan dan kefahaman mereka sebagai batu asas dan panduan sebelum mempersembahkan ibadah kita kepada ALLAH SWT kerana amalan-amalan kita wajib menepati tiga syarat yang utama iaitu aqidah yang sahih (benar), ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Muharam bakal kunjung tiba. Bagi masyarakat Islam di Malaysia, suasana awal Muharam pastinya meriah dengan adatadat dan upacara-upacara tertentu dalam masyarakat Melayu khususnya. Sudah pasti bubur Asyura  menjadi hidangan dan juadah yang mana ia sentiasa dihidupkan oleh mereka yang telah lama mempraktikkan amalan bubur Asyura ini. Ini juga dapat dilihat dengan syiar yang dihidupkan di peringkat kebangsaan dengan mengadakan sambutan pada awal Muharam.


Jika dilihat dari segi sejarah dan juga kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah Nabi, mungkin ia menjadi panduan secara tidak langsung bagi masyarakat Islam di Malaysia dalam menghidupkan Muharam ini. Ini dapat difahami daripada firman ALLAH yang bermaksud “Sesungguhnya terdapat bulanbulan di sisi ALLAH ialah bilangannya 12, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab ALLAH semasa Dia menjadikan langit dan bumi, lalu di antaranya terdapat empat bulan yang dihormati.” Al-Taubah : 36).

Ayat ini kemudiannya telah diperincikan dengan sunnah Nabi apabila Baginda bersabda “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH  menjadikan langit dan bumi. Satu tahun terkandung 12 bulan, di antaranya terdapat empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara dua bulan Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Jika dilihat dari segi keutamaan pada bulan Muharam ini, ia ternyata dapat dibuktikan keutamaannya berdasarkan daripada hadis-hadis Nabi yang banyak terdapat dalam kitabkitab hadis Nabi.

Adalah lebih baik dan jauh lebih sesuai dengan petunjuk sunnah Rasul daripada kita mengangkat perayaan sambutan awal tahun Islam ini sebagaimana yang difahami oleh masyarakat kita seperti apa dilakukan oleh kaum lain dalam menyambut kedatangan tahun baru Masihi.
Ini lebih afdal dan besar rahmatnya seandainya hadis-hadis Nabi dijadikan sebagai “tatacara” dalam menyambut Muharam yang punya kemuliaan sendiri di sisi ALLAH dan Rasul-Nya. Sabda Rasul SAW : “Sebaik-baik puasa selain Ramadan ialah bulan ALLAH al-Muharram dan sebaik-baik solat ialah selepas solat fardu adalah solat malam.” (Hadis riwayat Imam Muslim).


Puasa pada 9 dan 10 Muharam Hadis ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan bulan Muharam selepas dari bulan Ramadan dan umat Islam dianjurkan serta digalakkan berpuasa apatah lagi memperbanyakkan puasa pada bulan ini.

Kenapa Asyura? Bagi sesiapa yang tidak pernah meninjau dan menyingkap sejarah berdasarkan sunnah-sunnah yang sahih, maka mereka hanya mampu mengucap “puasa Asyura”, atau lebih menyedihkan lagi, ada dalam  kalangan kita yang ingat, bila Muharam, maka mereka akan mengingati hanya bubur Asyura. Walhal, terdapat peristiwa yang besar lagi penting sebalik nama Asyura ini. Nama Asyura ini dapat difahami oleh hadis Nabi  daripada Ibn Abbas yang mana Nabi SAW datang ke Madinah, dan beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Menurut mereka: Ini hari baik pada saat ALLAH membebaskan Nabi Musa  daripada Firaun.

Maka sabda Nabi SAW: “Kita lebih berhak terhadap Nabi Musa daripada mereka maka berpuasalah. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari,) Sebelum turun ayat wajibnya berpuasa daripada surah al-Baqarah ayat  183, telah diriwayatkan bahawa umat Islam pada ketika itu berpuasa wajib pada 10 Muharam atau dikenali hari Asyura. Apabila Nabi SAW tiba di Madinah semasa peristiwa Hijrah, Baginda mendapati orang-orang Yahudi di  situ berpuasa pada 10 Muharam.

Lalu Baginda SAW bertanya tentang sebab musabab mereka berpuasa pada hari berkenaan. Orang-orang Yahudi itu menyatakan, pada hari tersebut, ALLAH SWT telah menyelamatkan  Nabi Musa a.s dan kaumnya daripada serangan Firaun. Oleh yang demikian, Nabi Musa a.s telah berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur kepada ALLAH! Kisah ini dinyatakan oleh riwayat daripada Aishah yang  terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.

Selain itu, kita juga disunnahkan untuk berpuasa dengan menyelisihi kaum bukan Islam. Ini dapat difahami daripada riwayat Ibnu ‘Abbas r.a: “ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara”, setelah mendengar berita itu Rasulullah SAW terus mengucapkan “jika benar  apa yang kalian katakan, pada tahun selepasnya dengan izin ALLAH, kita puasa sekali pada hari (9 Muharam).” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis  Riwayat Muslim) Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa pada hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Ia juga dapat kita fahami daripada saranan Nabihadis riwayat Imam Ahmad yang bermaksud “Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya (Riwayat Ahmad) Antara fadilat lain yang dinyatakan dalam sunnah Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa hari Asyura, aku meminta  kepada ALLAH semoga pelakunya dapat dihapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim).

Di Malaysia, kita begitu sinonim dengan amalan doa Awal dan Akhir tahun, yang mana jelas sama sekali ia tidak  terdapat sumber dan anjuran daripada sunnah-sunnah Rasul yang sahih. Ini harus kita kaji dan selidik agar masyarakat kita tidak melakukan ibadah-ibadah yang jauh daripada petunjuk Rasulullah SAW sebagaimana kita  dapat lihat sekelompok agama dan fahaman yang sesat seperti Syiah yang menjadikan amalan 10 Muharram sebagai upacara pemujaan di atas kematian Hussein.

Dicederakan diri mereka, meratapi kematian Hussein seperti orang hilang akal. Inilah akibatnya jika nafsu didahulukan dan petunjuk Nabi dipinggirkan. Hal ini dapat kita perincikan dalam kitab Syaikh Abu Zaid dalam kitabnya Tashih ad-Du’a bahawa amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang seperti puasa tahun baru, puasa awal Muharam jelas tidak mempunyai dalil jelas akan pengsyariatannya.

Cukuplah dengan apa yang disyariatkan oleh Rasul sebagaimana pesan Imam Az-Zuhri “min ALLAH Al-Risalah, wa ala Rasulihi Al- Balagh, wa alaina al-taslim” (daripada ALLAH wahyu itu, Rasul yang menyampaikan, dan kita menerimanya). Wallahualam.


* Penulis ialah Ketua Pegawai Operasi Sekretariat iLMU - Di petik dari Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online