klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, September 12, 2012

pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh.

“Pelan tindakan itu adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, termasuk pandangan dari pendidik tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Pelan jangka panjang itu akan menggariskan 11 anjakan dan akan menjadi cabaran kepada semua pihak berkenaan".

“Tugas yang menanti adalah satu cabaran kerana ia bukan saja melibatkan orang di dalam mahupun luar bandar ini tetapi semua 28 juta rakyat Malaysia,”.

"Pelan itu bukan saja bertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran tetapi nilai-nilai yang betul untuk menjamin masa depan negara.


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa.
- Membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun dan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding enam tahun ketika ini.
 

2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
- Memperkenalkan modul sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada pelajar sekolah menengah.

3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni.
- Memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sivik menjelang 2017.

4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.
- Mengetatkan syarat kemasukan ke pusat latihan perguruan dengan menyasarkan hanya 30 peratus daripada kelompok pelajar cemerlang.
 

5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah.
- Menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah luar bandar dan di kawasan miskin bandar untukmeningkatkan prestasi sekolah.
 

6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan.
- Lebih banyak sekolah akan diberikan hak membuat keputusan dan akauntabiliti berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.
 

7. Memanfaatkan teknologi ICT komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
- Murid akan mempunyai akses rangkaian 4G di sekolah.
 

8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian.
- Struktur organisasi kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih.
 

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.
- Perhatian khusus diberikan kepada ibu bapa luar bandar dan miskin bandar untuk meningkatkan prestasi anak masing-masing.
 

10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanja kepada pelajar.
- Meningkatkan tahap kecekapan dalam menguruskan perbelanjaan dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
 

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti untuk kebertanggungjawaban umum.
- Semakan komprehensif akan dibuat pada tahun 2015, 2020 dan 2025  bagi memastikan pelan ini sesuai dengan sifat dinamis dan perkembangan semasa sektor pendidikan.


AKAN DILAKSANAKAN DALAM 3 GELOMBANG


  • GELOMBANG PERTAMA (2012-2015)
Peningkatan kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah.
  • GELOMBANG KEDUA (2016-2020)
Perubahan struktur sistem pendidikan dengan 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.

Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
  • GELOMBANG KETIGA (2021-2025)
Sekolah, guru dan pengetua atau Guru Besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online