klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, May 8, 2013

lafazkan niat akhiri zaman bujangmu

lelaki: awak saye ade sesuatu nak bgitau kat awk secara jujur nie..
perempuan: ye.. apa dia awk??
lelaki: nie..
perempuan: eh!! cantik nya... awk nak kahwin dah ke???
lelaki: ye..
perempuan: sape pompuan tu?? boleh sye tau???..
lelaki: hm.....
perempuan: knape plak??
lelaki: sebenarnya.. sya ada sukakan pompuan tu.. tapi xtau dia suka ke tak kat sya ni..
perempuan: knape awk xbagitau je hasrat awk tu??
lelaki: sye takut dia tak trima...
perempuan: awk cube dulu soal trima ke tak itu kemudian...
lelaki: hm..
perempun: hm..
lelaki: awak.. sebenarnya sye nak bagi cincin nie kat awak...
perempuan: kat sye?? knape?? bukan awak kate awk suke kat pompuan tu ke??
lelaki: ye memg ada.. tapi yang sye maksud kan tu adalah awak...
perempuan: tapi kenapa???
lelaki: sebab dalam diam sya sukakan awak.. dalam diam sya cintakan awak.. dalam diam juga sya syngkan awk...
perempuan: tapi....
lelaki: awak.. sye ikhlas nak kahwin ngan awk.. bukan sebab ape... sebab cinta sye pada awak.. sye syangkan awak.. sye rindukan awak.. sye xnk kihilangan awak...
perempuan: tapi sye belum bersedia lagi... sye ada banyak perkara yang nak dibuat...
lelaki: hm.. xape la...
perempuan: uurrmm..
lelaki: xpe la awak... sye balik dulu la.. ada kerja nak buat sikit...
perempuan: ermm.. awak! betul ke awak ikhlas nak kawin nagn sya???
lelaki: kalau tak ikhlas sya tak lafaz dah depan awak... knape awak??
perempuan: sebenarnya sye pon sukakan awak.. tapi malu nak cakap pada awak..
kalau awak betul-betul ikhlas nak kawin ngan sye.. awak jumpa lah mak ayah sye bila awak ada masa... oklah.. sye balik dulu petang katrang kita jumpa lgi... assalamualaikum..
lelaki: waalaikumusalam.. ok nanti kita jumpa... (trima kasih awak... trima kasih Allah)


Anime4nz : jangan abaikan seseorang itu ikhlas untuk melamar kita..
kerana mungkin itu adalah kebahagiaan yang akan hadir dalam diri kita...
Allah itu Maha Besar.. Maha Mengetahui yang mana terbaik untuk Hamba-Hambanya... Restu Allah amat bermakna kepada Hambanya...

Monday, May 6, 2013

hilangkan atau enable dan disable NuffnangX Conversations

Selamat sudah PRU13 pada tahun ini...

Alkisahnya adat perlawanan ada yang menang dan ada yang kalah.... tak ketinggalan ada yang hilang terus hilang deposit...

Semoga kemenangan yang ada akan meneruskan perjuangan yang belum selesai... dan yang kalah tidak semestinya jatuh... tapi terus bangkit untuk meneruskan baki perjuangan yang sedia ada...

Pagi ini saya berkesempatan menggoogle beberapa kelemahan blog anime4nz ... yang paling ketara adalah komen anime4nz hilang dan kemudian digantikan dengan NuffnangX Conversations... Jika pengomen perasan tidak dapat komen seperti sediakala dan saya juga tidak dapat kesan komen-komen anda sekalian. Ini sedikit menyusahkan dan saya perlu lakukan sesuatu untuk kemudahan bersama.

Jom kita kembalikan ruangan komen seperti asal di dalam kita punya blogger. Lagi senang kita nak pantau, betul tak?

Lalu pertanyaan dengan pokcik Google membuahkan hasil...

Thursday, May 2, 2013

model replika PRU13 di TERENGGANU DARUL IMAN

Jom kita susuri perjalanan dan semangat perjuangan ISLAM di Terengganu Darul Iman.


Boleh kira tak NIKMAT dari ALLAH?

Nikmat pada tubuh badan kita. Ambil kalkulator, ganti bateri baru dulu gok.
Kita pun kira nikmat mata kita, bila tengok bukan mula-mula keluar black & white dulu.
Tapi terus yang ada colour.

Nikmat boleh cakap, boleh makan, dapat isteri, dapat anak...

Kira kira, kira... Boleh jem kalkulator !
Mampukah kita bayar nikmat ALLAH ?

CONTOH : Manusia tak dapat nikmat nafas oksigen.
Di beri pilihan, nak oksigen ke nak kereta mercedes ?
Tentu manusia nak oksigen lagi.

Kita terlalu bertuah di beri nikmat ISLAM,
kerana ALLAH hanya menerima ISLAM sebagai agama disisi-NYA.

Maka, peliharalah ISLAM pada diri, sebaik-baik ISLAM di sisi ALLAH,
adalah mereka yang beriman.

Thursday, April 11, 2013

kahwin tanpa hutang

Anda nak kahwin hujung tahun ni ?.
Hantaran kahwin, RM10,000.
Dalam simpanan, ada RM1,000. (RM10,000-RM1000 = RM9,000 lagi)
Daripada sekarang, ada lebih kurang 8 bulan lagi.
Katakan anda kerja, gaji RM2,000.
Tolak sana sini, tinggal RM200.
Kalau 8 bulan, adalah RM1,600. (RM9,000 - RM1,600 = RM7,400 lagi)


1. Kalau nak cara gerila, jual semua benda yang anda ada :-
2. downgrade kenderaan anda. Mungkin daripada kereta kepada motor, atau daripada motor kepada public je
3. kalau tak perlu laptop, pakai desktop je kat rumah
4. downgrade henfon anda, daripada smartphone, kepada cucu cicit Nokia 3310
5. jual semua barang yang anda tak perlu di mudah.my atau lelong.com.my atau kat kedai barang second hand

6. Satu lagi, buat bisnes yang boleh bagi anda, income at least RM500 sebulan.
Kalau kena jual beger jual lah beger.
Kalau kena jual nasi lemak, jual lah nasi lemak.
Kalau kena jual air, jual lah.

Kalau perlu jual PAD AVAIL, jual lah.
Pedulikan apa orang kata, bukan diorang yang nak kawin, anda yang nak kawin.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk tambah pendapatan, mungkin tak nampak jalan sebab terlalu tertekan.

Nasihat anime4nz, pergi solat Maghrib kat Masjid atau Surau, then tunggu Isyak.
Masa tunggu Isyak tu, sukahati lah nak duduk saje ke, nak baca quran ke, nak dengar ceramah ke, asalkan duduk kat sana tu.

Kasi kepala otak kurang serabut sikit.

Owh ye, sekarang ni musim demam politik.
Kalau boleh, takyah lah terlibat baca post atau beri komen kepada post-post yang berbaur "kutuk mengutuk", tidak kira mana bendera sekali pun.

Wallahua'lam

Monday, April 8, 2013

Jenis-jenis Ikatan Tanjak, Destar dan Tengkolok Semua Negeri Di Malaysia

TERENGGANU DARUL IMAN


TANJAK LANG MELAYANG
Destar ini dipakai oleh pembesar-pembesar Negeri Terengganu yang bergelar Datuk. Destar ini terkenal sebagai solek Lang Melayang dan hanya dipakai pada majlis tertentu sahaja.


TANJAK LAKSAMANA TERENGGANU
Destar yang di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini berasal dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi Laksamana Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut selaras dengan tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa sekarang ikatan jenis ini dipakai oleh Menteri Besar Terengganu sebagai pakaian rasmi di majlis adat istiadat di istana Terengganu. 



DESTAR DATUK BIJA DI RAJA
Orang Besar Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit Datuk Bija Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak. 



TANJAK TEMALONG BUDU
Destar jenis ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah dan orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap D.Y.M.M. Sultan Terengganu untuk menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri. 




TANJAK DAGANG SAKIT DI RANTAU
Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online