Kebanyakan orang akan menggunakan pinjaman perumahan untuk membiayai baki
pembelian rumah mereka. Sebelum mengambil pinjaman perumahan, anda perlu mempertimbangkan perkara berikut:
Jom kita kira gaji kelayakan rumah bersama
anime4nz.
1. Nisbah hutang kepada pendapatan
Apabila anda ingin membeli rumah, jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman sebaik-baiknya tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar bulanan. Jika anda sedang membayar ansuran pinjaman kereta, anda perlu periksa sama ada anda boleh menanggung satu lagi ansuran pinjaman baru. Jika pinjaman kereta,
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman lain telah mencapai had 40%, ada baiknya anda menangguhkan keputusan untuk membeli rumah terlebih dahulu. Anda perlu juga pastikan bahawa anda berupaya membayar ansuran mengikut jadual.
Mari kita lihat ilustrasi berikut:
Harga rumah = RM250,000
Bayaran pendahuluan @ 10% = RM25,000
Margin pembiayaan @ 90% = RM225,000
(Jumlah pinjaman)
Kadar faedah = 7% setahun (Kadar tetap)
Tempoh pinjaman = 25 tahun
Ansuran bulanan = RM1,590
Berdasarkan pengiraan tadi, ansuran pinjaman perumahan anda ialah RM1,590 sebulan.
Untuk memastikan sama ada anda boleh membayar ansuran tersebut dengan selesa, nisbah hutang kepada pendapatan anda tidak boleh melebihi 40%.
Ini bermakna
pendapatan bulanan anda mestilah sekurang-kurangnya
;
RM3,975 (iaitu RM1,590 ÷ 40%).