klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 9, 2012

Pelaburan Emas Belum Tentu Pulangan Emas

Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai aktiviti syarikat atau individu yang mengambil deposit secara haram daripada orang awam kononnya untuk tujuan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Minggu lalu, pihak berkuasa menyerbu sebuah syarikat pelaburan jongkong emas kerana disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit secara haram daripada para pelabur.

3 syarikat yang diserbu adalah PAGEANTRY GOLD BHD., CAESAR GOLD SDN. BHD. dan WORLDWIDE FAR EAST BHD. yang semuanya terletak di ibu negara.

Menurut jurucakap Bank Negara, siasatan mendapati, ketiga-tiga syarikat itu disyaki melakukan kesalahan mengambil deposit secara haram, mengelakkan cukai, memberikan deskripsi palsu termasuk gambaran yang salah dan melantik ejen tanpa lesen.

Daripada sudut lain pula, pelabur dan jururunding syarikat pelaburan itu menyangkal dakwaan berlakunya penipuan dalam pelaburan berkaitan jongkong emas.

Walau apa pun yang dikatakan pelabur, kita serahkan kepada pihak berkuasa terutamanya Bank Negara untuk menjalankan siasatan sama ada wujud atau tidak salah laku dalam pelaburan tersebut.

Kepada orang ramai pula, berhatilah sebelum melabur dan semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan ketika berurusan dengan syarikat-syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan menarik atau perkhidmatan kewangan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Bimbang jika terjerat dengan aktiviti pelaburan yang tidak dilesenkan atau dikawal, para pelabur yang akhirnya menanggung kerugian yang bukan sedikit.

Melabur emas belum tentu pulangannya nilai setinggi emas.


Anime4nz : Pastikan pembelian ada barangan dan dapat pulangannya.
Pelaburan Emas : Beli Emas Dapat Emas
Skim Pelaburan Emas : Beli Emas Belum Tentu Dapat Emas

Bahaya Permainan Video

OTTAWA Okt 2012. - Remaja yang bermain permainan video berunsur ganas untuk tempoh beberapa tahun, didapati cenderung berkelakuan ganas terhadap orang lain, menurut satu kajian terbaru.

Penyelidik berkata, kajian itu adalah yang pertama menunjukkan kaitan jelas antara tempoh permainan video berunsur ganas secara berterusan dengan peningkatan kelakuan ganas.

Kanak-kanak perempuan yang bermain permainan komputer berunsur ganas semasa zaman persekolahan mereka juga didapati turut sama cenderung berkelakuan ganas seperti kanak-kanak lelaki.

Pasukan penyelidikan dari Universiti Brock di Kanada berkata, keputusan kajian itu agak 'membimbangkan'.

Pada masa yang sama, keputusan itu mengukuhkan lagi tanggapan bahawa permainan ganas dipercayai mewujudkan perbuatan ganas yang didapati sesuai untuk menangani konflik dan kemarahan.

Bukti menunjukkan bahawa mereka yang telah lama bermain permainan video berunsur ganas cenderung untuk bertindak balas secara ganas terhadap provokasi yang tidak disengajakan seperti terlanggar orang.

Hasil kajian itu dibuat setelah seorang koroner di sini, menggesa ibu bapa supaya menghentikan tabiat membenarkan permainan video yang biasa digunakan oleh golongan dewasa terhadap anak-anak mereka.

Desakan itu dibuat ekoran kematian Callum Green, 14, dari Stockport yang membunuh dirinya selepas bermain permainan video, Call of Duty yang memaparkan adegan ngeri iaitu tentera saling berbunuhan antara satu sama lain.

Malah, pelampau Kristian, Anders Behring Breivik yang membunuh 77 orang di Norway sebelum ini mendakwa dia telah bermain permainan Call of Duty bagi melatihnya untuk melakukan serangan berdarah itu. - AGENSI

Anime4nz : Permainan unsur ganaz mampu pengaruhi kelakuan remaja.

6 Syor PRU-13 Tak Dapat Dilaksana

KUALA LUMPUR  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi-agensi kerajaan tidak dapat melaksanakan enam daripada 32 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana enam syor itu melibatkan hal ehwal perundangan dasar dan kos kewangan yang besar namun tidak bererti keenam-enam perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan pada masa depan.

‘‘"SPR telah memaklumkan bahawa sebahagian syor tersebut sememangnya diberi perhatian dan tindakan wajar telah dan sedang dilakukan untuk merealisasikannya," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) yang meminta kerajaan menyatakan tindakan diambil berkaitan cadangan dalam laporan jawatankuasa itu.

Bilik Hotel Paling Mahal Di Dunia

Bagi kebanyakan orang, duduk di hotel adalah satu kemewahan. Ini kerana orang lain yang akan kemaskan katil, cuci tandas, bawakan sarapan pagi dan surat khabar. Tetapi bagi mereka yang mempunyai cita rasa lebih tinggi, hanya hotel dengan bilik dan perkhidmatan terbaik menjadi pilihan. Jadi apa agaknya perkhidmatan ditawarkan jika pembaca anime4nz sanggup membayar 6 angka hanya untuk penginapan 1 malam di Hotel ?

1. Royal Penthouse Suite di Hotel President Wilson, Geneva.
- Kos : RM200,000.00 semalam
Untuk harga semahal ini, tetamu anime4nz boleh menetap di bilik hotel mewah seluas 5511.7 meter persegi berhadapan dengan Tasik Geneva. Perkhidmatan disediakan 24 jam dan ia mempunyai tingkap kalis peluru. Ada gosip menyebut bilik ini boleh berkunci secara automatik dan memantau tetamu mencurigakan melalui CCTV.

2. Royal Villa di Hotel Grand Resort Lagonissi, Athens.
- Kos : RM138,000.00 semalam
Hampir 1371.6 meter persegi dan menghadap Laut Aegean. Vila ini dilengkapi bilik air mewah dengan produk mandiannjenama Bvigari, kolam renang di bawah bumbung. Jurulatih peribadi, tukang spa, pembantu peribadi dan pemandu limousin disediakan. Tetamu anime4nz turut mendapatkan perkhidmatan jet peribadi untuk ke Athens.

3. Hugh Hefner Sky Villa di Hotel Palms Casino & Resort, Las Vegas.
- Kos : RM122,000.00 semalam
Tetamu anime4nz boleh membelanjakan sehingga enam angka untuk bilik ini. Penyanyi terkenal Kanye West pernah menetap di villa yang terletak di bahagian paling atas hotel ini. Bar dilengkapi semua jenis minuman, kolam renang dihiasi simbol Playboy (MAAF! tiada wanita Playboy dalam pakej ini) dan katil besar boleh putar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online