Fingo scammer, skim sampah, skim cepat kaya, skim
piramid, skim MLM, skim pelaburan haram, skim tipu orang.. Ya.. Betul dan benar
belaka.
Fingo menjadi skim sebegitu rupa bila mana ada ahlinya
yang terdesak untuk mendapatkan pelanggan. Ada yang menjanjikan bulan bintang,
menjanjikan kekayaan sekelip mata. Ada yang memaksa orang menyertainya. Ada
juga yang mengatakan, rugi jika tidak menyertai Fingo. Siapa orang itu yang
menentukan rugi atau tidak? Semua rezeki daripada Allah. Jika tidak menyertai
Fingo sekalipun, kita boleh teruskan kehidupan seperti biasa.
Sebenarnya, Fingo merupakan platform e-commerce yang
membolehkan orang membeli belah secara online. Tidak lebih daripada itu. Sama
seperti Lazada, Ebay, Lelong, Shopee. Sama. Tidak ada lebih, tidak ada yang
kurang. Dan Fingo tidak pernah memaksa untuk membeli dengan mereka. Fingo juga
tidak pernah memaksa orang menyertainya dengan membayar untuk muat turun apps
mereka. Apps fingo semua orang boleh muat turun secara percuma. Siapa kata nak
muat turun apps fingo kena bayar. Itu ilmu songsang.
Pelbagai isu yang timbul. Isu penipuan, isu lesen, isu
MLM, isu cepat kaya, isu ini, isu itu. Tetapi semua isu itu hanya ditimbulkan
oleh ahli Fingo yang terdesak. Terdesak untuk menjadi cepat kaya. Terdesak nak
duit orang. Terdesak dalam pelbagai sudut dan aspek. Biasalah kan. Orang kita
selalu menggunakan skrin shot pendapatan orang untuk mengaburi mata orang yang
tamak.
Jika ada isu penipuan, kenapa masih tiada aduan setakat
ini yang keluar di mana mana media. Jika isu lesen atau isu skim cepat kaya,
kenapa masih tiada apa apa tindakan yang diambil oleh pihak berwajib melalui
tindakan undang undang. Fingo telah beroperasi di Malaysia sejak Julai 2019.
Ini dah Disember 2019. Takkan sebegitu lama nak menyiasat dan mencari bukti
Fingo ini skim cepat kaya atau skim tah apa entah. Kalau penyakit kanser, ia
perlu dikawal sejak awal. Bukan nak kawal lepas dah merebak. Tak gitu.