KUALA TERENGGANU - Keharuman bau ikan keli yang dibakar dan keenakan rasa kuah percik yang dimakan bersama perahan limau kasturi membangkitkan selera penggemar menu ikan keli golek untuk dijadikan sebagai juadah ketika berbuka puasa.
Apa yang menjadikan menu itu lebih istimewa, ikan keli golek dan air katira yang dijual di Jalan Budiman, Kampung Batu Buruk, di sini, hanya boleh didapati hanya bulan Ramadan.
Naim Osman, 40, berkata, sejak beroperasi awal Ramadan lalu, gerainya itu tidak pernah lengang dengan kunjungan pelanggan malah ada waktu tertentu, keli golek yang dijualnya habis hanya dalam masa satu jam.
“Biasanya kita buka gerai lepas Asar atau pada jam 4.45 petang. Sebelum tu kita dah perap awal-awal ikan keli dan beberapa jenis ikan yang lain. Bila buka gerai, tinggal nak bakar sahaja,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/29610/EDISI/Terengganu/Ikan-keli-golek-bangkit-selera-berbuka-puasa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf