1. Seseorang usahawan yang bekerja harus dibayar gaji. Ini penting bagi
membolehkan gaji diambilkira sebagai kos. Ia penting dalam menentukan kos
sebenar pengeluaran.
2. Persoalannya ialah berapakah gaji yang harus "dibayar"
kepada usahawan.
3. Ada beberapa formula.
4. Pertama, letakkan gaji seperti yang dibayar kepada pekerja lain yang
membuat kerja tersebut. Kalau pekerja dibayar RM3,000, usahawan pun dibayar
sebanyak itu juga.
5. Kedua, tentukan gaji berdasarkan keperluan minima usahawan itu. Kalau
usahawan perlukan RM3,000, maka itulah gajinya.
6. Ketiga, bayar gaji "premium" dengan mengambilkira nilai
sebenar usahawan itu. Kalau sewaktu bekerja dengan orang lain dulu RM10,000
sebulan, itulah gaji dia sekarang.
7. Sekiranya kedudukan kewangan semasa tidak membenarkan usahawan
dibayar gaji, semak semula kos operasi. Potong di mana boleh supaya usahawan
dibayar gaji.
8. Jika bisnes masih tak mampu bayar gaji, sesuaikan gaji itu dengan
kedudukan kewangan semasa. Kurangkan gaji tersebut jika perlu.
9. Namun pada yang sama, usahawan harus menjadikan jumlah gaji sebagai
dorongan untuk dia bekerja keras. Jika bisnes masih belum mampu membayar gaji
beliau, itu tanda dia kena berusaha lebih gigih.
10. Gaji yang ditentukan ini hendaklah dimasukkan dalam bajet bisnes.
Sekiranya bisnes tak mampu bayar, anggap itu sebagai hutang syarikat kepada
dia. Rekodkan.
11. Apabila buat aliran tunai, ambilkira kenaikan gaji. Lebih banyak
unjuran pendapatan, lebih tinggi unjuran gaji.
12.Walau bagaimana hebat bisnes sekali pun, harus ada had gaji seseorang
usahawan.
13. Ada orang cadangkan, hadkan gaji usahawan kepada tidak lebih 400%
gaji staf paling tinggi. Sebagai contoh, jika gaji staf paling tinggi ialah
RM5,000 sebulan, gaji usahawan harus tidak lebih RM20,000.
14. Atau, hadkan kepada tidak lebih 5% keseluruhan perolehan. Katakan
perolehan setahun RM1 juta, hadkan gaji usahawan kepada RM50,000 setahun atau
RM4,100 sebulan.
15. Sekiranya mahu dapat gaji RM20,000 sebulan, usahakan perolehan
tahunan sebanyak RM5 juta!
Nota : Tulisan ini disiarkan semula bagi manfaat mereka yang tak sempat
membaca sebelum ini.
copy n paste from FB... tk