klik atas

backlink

gambar laju

Monday, November 26, 2012

Fenomena dan Landskap Luar Biasa - Tindak Balas Alam

SEKALI pandang, ia kelihatan seperti paparan filem cereka sains terbaru memaparkan dunia makhluk asing angkasa lepas.

Bagaimanapun, imej luar biasa itu sebenarnya dirakam di bumi yang terhasil akibat tindak balas semula jadi berterusan dan kekal menarik perhatian. Daripada gabungan warna terang di kolam air panas hingga pembentukan batu rencam yang kelihatan seperti gajah, landskap luar biasa itu terhasil melalui peralihan masa berjuta-juta tahun.

Fenomena luar biasa seperti ejen hakisan berterusan seperti angin dan air melahirkan imej luar biasa yang mengambil masa berjuta tahun untuk terbentuk.

1. THE WAVE
Terletak di Tanah beralun di Utah, AS, dianggarkan berusia 190juta tahun.

Keanehan batu pasir - terbentuk akibat hakisan angin dan hujan sejak 190 tahun lalu dan kini membentuk pemandangan yang menakjubkan.


2. BRYCE AMPHITHEATRE
Terletak di Taman Negara Bryce Canyon, Utah, adalah deretan batu kapur yang terhakis secara semula jadi.

Sunday, November 25, 2012

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan SEBELUM Membeli Rumah

Terdapat 2 faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah iaitu Faktor Bukan Kewangan dan Faktor Kewangan.

FAKTOR BUKAN KEWANGAN

1. Lokasi Hartanah - lokasi! lokasi! lokasi!
Anda perlu tentukan di mana anda hendak tinggal dan jenis kejiranan anda. Terdapat banyak faktor yang
boleh mempengaruhi pilihan lokasi anda. Antaranya adalah:
• kemudahan asas seperti kedai, bank, pejabat pos, sekolah, hospital, taman rekreasi dan kejiranan
• kemudahan pengangkutan awam
• jarak dari tempat kerja
• kesibukan lalu-lintas
• keselamatan

2. Jenis Hartanah - harta bertanah atau harta bertingkat
Harga rumah bertanah biasanya adalah lebih tinggi terutama jika ianya berhampiran dengan kawasan
bandar. Manakala harga rumah bertingkat seperti kondominium dan apartmen biasanya lebih mampu dimiliki. Kebiasaannya nilai pasaran rumah bertanah akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah bertingkat

Friday, November 23, 2012

Honda Insight Hybrid - hebat - jimat minyak

1. Apa tu Sistem Hybrid?

Anime4nz tau ramai yang salah faham mengatakan kereta hybrid ni ialah kereta elektrik, tetapi sebenarnya TIDAK. Kereta hybrid ni sebenarnya kena pakai minyak petrol juga macam kereta biasa, cuma dia ada sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik. Ada dua engin yang akan digunakan untuk operasi sistem hybrid ni. Enjin utama masih lagi enjin minyak petrol yang selalu digunakan pada kereta biasa. Cuma pada waktu-waktu tertentu (contohnya : ketika menggunakan gear rendah), motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.

 

2. Apa Pula Honda Insight?

Honda Insight adalah satu segmen kereta dari Honda yang menggunakan teknologi hybrid. Seperti yang telah diberitahu tadi, sistem hybrid terdiri dari dua enjin iaitu enjin petrol dan motor elektrik. Kereta hybrid Honda Insight menggunakan sistem enjin 1.3L i-VTEC (enjin petrol) dan Integrated Motor Assist (motor elektrik). Cuba bayangkan, dah la i-VTEC (sangat jimat berbanding enjin VTEC biasa), lepas tu ada sistem hybrid pulak tu. Memang berganda-ganda penjimatan minyak kereta ni.

 

3. Apa Beza Honda Insight Dengan Kereta Hybrid Lain?

Thursday, November 22, 2012

Kelayakan Untuk Memperoleh Pinjaman Perumahan

Kebanyakan orang akan menggunakan pinjaman perumahan untuk membiayai baki pembelian rumah mereka. Sebelum mengambil pinjaman perumahan, anda perlu mempertimbangkan perkara berikut:
Jom kita kira gaji kelayakan rumah bersama anime4nz.

1. Nisbah hutang kepada pendapatan
Apabila anda ingin membeli rumah, jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman sebaik-baiknya tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar bulanan. Jika anda sedang membayar ansuran pinjaman kereta, anda perlu periksa sama ada anda boleh menanggung satu lagi ansuran pinjaman baru. Jika pinjaman kereta,
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman lain telah mencapai had 40%, ada baiknya anda menangguhkan keputusan untuk membeli rumah terlebih dahulu. Anda perlu juga pastikan bahawa anda berupaya membayar ansuran mengikut jadual.

Mari kita lihat ilustrasi berikut:

Harga rumah = RM250,000
Bayaran pendahuluan @ 10% = RM25,000
Margin pembiayaan @ 90% = RM225,000
(Jumlah pinjaman)
Kadar faedah = 7% setahun (Kadar tetap)
Tempoh pinjaman = 25 tahun
Ansuran bulanan = RM1,590


Berdasarkan pengiraan tadi, ansuran pinjaman perumahan anda ialah RM1,590 sebulan.

Untuk memastikan sama ada anda boleh membayar ansuran tersebut dengan selesa, nisbah hutang kepada pendapatan anda tidak boleh melebihi 40%.

Ini bermakna pendapatan bulanan anda mestilah sekurang-kurangnya ;
RM3,975 (iaitu RM1,590 ÷ 40%).

Sunday, November 11, 2012

Hidupkan Muharam dengan Sunnah

Islam adalah agama yang mudah, menyeru umatnya agar sentiasa berpegang teguh dengan dalil. Dalil dapat difahami dengan mudah bagi mereka yang percaya dengan rukun Islam dan Iman, bahawa wajib sebagai seorang Muslim itu berpegang dengan dalil dari Quran dan Sunnah yang sahih diikuti dengan ijmak dan juga qiyas.

Ia menjadi lebih baik dan yakin sekiranya amalan–amalan kita semua dibatasi dengan sumber kefahaman generasi salaf bermula dari sahabat, tabii dan tabi’ tabiin dalam memahami sumbersumber dalil yang utama iaitu Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Ini sesuai dengan hadis Nabi bermaksud : “Sebaik-baik manusia, adalah manusia di kurunku, kemudian kurun selepasnya, dan kemudian kurun selepasnya” (Lihat : Sahih Al-Bukhari hadis no: 3650 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan para sahabat).

Ramai antara kita yang lupa dan leka, ketika ghairah ingin melakukan amal ibadat kerana keghairahan itu sesuatu yang positif dan baik bagi seorang bergelar Muslim, namun, dalam keghairahan itu, perasaan itu seharusnya dipandukan dengan apa telah ditinggalkan Rasul dan para sahabatnya.

Tidak hairanlah jika Nabi pernah bersabda: “Kamu sekalian masih dalam keadaan baik selagi mana dalam kalangan kamu terdapat seseorang yang pernah melihatku atau melihat sahabat aku” (Lihat Majma’ Zawaied, Ibn Hajar Al-Haytami, Bab Kelebihan Sahabat).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online