SEPANG,
(D5) - Dua penunggang negara melakar sejarah tersendiri dalam sukan
permotoran negara yang menyaksikan Zulfahmi Khairuddin menamatkan
perlumbaan Moto3 ditempat kedua sementara Hafizh Syahrin Abdullah
menamatkan Moto2 ditempat keempat di Grand Prix Malaysia di Litar Sepang
hari ini.
Zulfahmi daripada pasukan AirAsia-SIC-Ajo meraih petak depan terus konsisten menampilkan tunggangan kemas dengan catatan 40 minit 54.115 saat.
Dia menyerah kedudukan di hadapan kepada Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo pada saat-saat akhir yang menyaksikan penunggang Jerman, Jonas Folger of Mapfre Aspar ditempat ketiga.
"Ia merupakan strategi pasukan kami untuk tidak mendahului perlumbaan sejak dari mula. Saya hanya mengekori Jonas (Folger) sehingga separuh perlumbaan. Apabila hujan mula turun, saya katakan kepada diri sendiri ini, ini detik saya untuk melakukannya dan merampas tempat sendiri.
"Ia merupakan cabaran sengit daripada Sandro pada beberapa pusingan terakhir. Ini perlumbaan yang hebat dan saya tidak percaya saya berjaya menaiki podium (untuk kali pertama)," katanya.
Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Philip Island, Australia minggu depan.