klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, September 29, 2011

Kalendar 2012

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 

1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. 

Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. 

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.

( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) 

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? 
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. 

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. 

Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak. Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
merungkai persoalan samada benar atau tidak.


Hadis x shahih..x wajib percaya dan x boleh beriktikad akan berlaku pada masa dan tarikh yg tertera.. Cuma jika ia berlaku itu adalah kehendak Allah... Kita kenalah percaya pada qado & qadar Ilahi.... Sekian

Ribut Melanda Terengganu

Assalamualaikum....

Ambe baru jer balik dari bandar Kuala Terengganu sakni.... Dengarnya malam tadi ribut kuat sangat..... siap bunyi "degummmmm"... kuat bebenor bunyinyer.... Lagipun malam tadi ada berlangsung perlawanan Piala Malaysia antara Terengganu Vs Negeri Sembilan. Permainan pun kena diberhentikan... dah siap hujan lebat segala okkk.... Dan yang paling ketara di bandar pun kawasan stadium tu la jugak.... Pokok golek arok sekali.... tumbang... jatuh atah keta... Abih patah riuk dahan pokok tu.... Innalillah...... Kembalilah kepada Allah...

Pihak MBKT masih kerja overtime lagi tu... duk nebang pokok ada.... bersih jalan ada.... hok mana ada atah jalan deme nie wak punggoh buh tepi jalan dulu.... bersepah sekali... kalu orang tengok... hanyar kubang... campur gaul kali.... ngan pokoknya... daunnya... atap nya... atap genting pun ada???? dari mana datangnya... siasat sket... usha la kiri kanan... ushhh... dari area Wisma Persekutuan.... DOk tahu la atap Bangunan tu sendiri atau atap parking kereta jer..... yang pasti napok la jugok berlubang sana sini....

Kawasan lain.. Kampung lain... Ada cerita ributnya sendiri.... Ribut oh ribut.....

Sebut pasal ribut dalam utusan ada berita mengenai kesan taufan Nesat yang melanda utara Manila, Filipina turut dirasai di sini apabila ia menyebabkan berlakunya ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan di bandar raya ini pagi ini.

Menurutnya, angin kencang dan ribut berkenaan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan kemudahan talian elektrik serta banyak pokok dan papan iklan tumbang di sepanjang jalan raya.

"Angin kencang selaju 95 kilometer sejam adalah kesan daripada taufan Nesat yang melanda utara Flipina. Ia kini bergerak ke Luzon dan Hainan, China,".

Adakah kita turut merasa kesan darinya.... Hanya Allah yang lebih Mengetahui.... Engkau Selamatkanlah Negeri Terengganu kami.....Amin......

Catatan : Ribut Melanda Bandar Kuala Terengganu pada 28hb September 2011 malam.

Wednesday, September 28, 2011

Exora REEV dan Saga EV

Sabar menunggu Exora REEV, Saga EV

NAMPAKNYA inspirasi kerajaan untuk menuju negara hijau semakin tercapai. Bermula dengan pelbagai insentif untuk pembangunan kediaman dan projek hijau selain insentif bagi pembelian barang jimat tenaga, kini negara mengorak langkah menghasilkan kenderaan hijau pula.

Kemungkinan dua tahun dari sekarang, kita bakal menyaksikan jalan raya di Malaysia akan dipenuhi kenderaan hijau yang kurang menggunakan bahan api fosil, petrol atau diesel.

Ketika itu, Proton bakal mengeluarkan secara besar-besaran kenderaan Saga dan Exora yang menggunakan konsep dan teknologi hijau serta infrastruktur kenderaan elektrik.

Menariknya, pembangunan kenderaan elektrik Proton ini bukan bermula semalam atau minggu lepas, namun sebenarnya kenderaan elektrik Proton sudahpun terkenal di mata dunia.

Sunday, September 25, 2011

Antara MANUSIA, MALAIKAT & SYAITAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.

Mengiktiraf jasa perajurit negara

PASUKAN beruniform terutama pasukan keselamatan telah lama dianggap sebagai golongan pejuang yang dihormati setiap anggota masyarakat atas jasa dan keberanian mereka berada di barisan hadapan demi rakyat jelata.

Malangnya, selepas beberapa generasi, jasa mereka mula dilupakan dan cuba dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan peribadi memandangkan tidak ramai lagi saksi keberanian perajurit negara yang masih hidup dan mampu berkongsi kisah.

Hakikatnya, sama ada di bawah British atau selepas merdeka, setiap individu yang berani menyertai pasukan polis atau tentera layak diperakui sebagai wira negara.

Terutama sekali pada waktu darurat dan pergolakan bersenjata akibat cubaan komunis merampas pentadbiran negara, setiap anggota polis dan tentera dengan ikhlas menjalankan tugas walaupun mengetahui mereka mungkin cedera, cacat mahupun maut di tangan musuh pada bila-bila masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online