Ramai yang ada blog sekarang ni. Blog ni kalau digunakan dengan cara yang betul, ianya akan menjadi manfaat kepada orang lain. Kalau digunakan dengan cara salah, mungkin akan menyesatkan orang lain. Zaman teknologi maklumat sekarang, ramai orang ‘berguru’ dengan internet daripada ‘berguru’ dengan orang.Kenapa anime4nz kata begitu?
Sebab ada sesetengah orang dia cuma ambil maklumat dalam internet tapi mereka tak tau pun siapa yang menulis maklumat tersebut. Dan yang lebih teruk lagi, mereka menyebarkan maklumat tersebut kepada orang lain tanpa menyiasat kebenarannya.





