Kecekapan TUDM lancarkan Ops Piramid
BERMULA akhir Januari lalu, situasi keselamatan di Mesir semakin meruncing ekoran demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan keadaan itu turut memberi impak kepada keselamatan warga Malaysia yang berada di sana.
Ekoran itu kerajaan Malaysia memutuskan untuk memindahkan warga Malaysia yang berada di Mesir ke Arab Saudi dan seterusnya ke Malaysia. Operasi pemindahan itu dinamakan Ops Piramid yang bermula 2 Februari dengan melakukan penerbangan dari Pangkalan Udara Subang menuju ke Jeddah iaitu Pusat Operasi Barisan Hadapan.