Terengganu Perintis Kelas Maya Sekolah Rendah
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai permulaan tiga kelas di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kompleks Seberang Takir di Kuala Terengganu, dan Sekolah Teluk Kalong di Kemaman dipilih untuk melaksanakan projek perintis itu.
"Kos untuk mengadakan sebuah kelas maya ini dianggar antara RM25,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kemudahan yang ada dan kita akan perluaskannya secara berperingkat ke sekolah lain jika ia menunjukkan pencapaian yang memuaskan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kelas maya di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga di Kuala Terengganu, Rabu.