klik atas

backlink

gambar laju

Friday, May 9, 2014

cara buang atau uninstall ads / adware / spam / malware / pop-up

Baru - baru ni saya dah diganggu dengan adware / iklan apabila buka laman web.... Dok sedap sungguh melayari laman web bila benda alah tu ade... salah terklik kan... ke penuh iklan yang mengarut datang.... lain la jika laman web tu memang pasang iklan tu...

nama benda alah ni ialah "Ads not by this site" nama pun dah pelik dan memang susah nak buang. sakit hati betul, sampai nak buat posting pun kena ganggu dengan program adware ini.

saranan awal jangan sesekali terus pangkah ads tersebut..... sebab sekarang ads dah bijak.... klik tandanya ber'setuju'.....  ingat tu.... gunakan butang ALT+F4 untuk membuangnya... ok

kepada anda yang ada masalah ini, anime4nz cadangkan anda melawat laman web ini untuk mengetahui cara untuk membuangnya. saya memang dah cuba dan terbukti berjaya.....

selamat berjaya juga ya....


Thursday, March 20, 2014

Skim Myhome 2014 bagi Subsidi Rumah RM30,000

Kerajaan akan menawarkan bantuan subsidi maksimum sejumlah RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program perumahan yang dikenali sebagai “Skim MyHome”
Skim My Home itu akan dilancarkan 1 April ini dan program yang membantu rakyat itu akan mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara, yang dipengerusikan beliau sebelum ini.
Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju memperuntukkan RM300 juta tahun ini bagi menjayakan program berkenaan, yang disasar untuk melibatkan 10,000 unit rumah.
Katanya menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Perdana Putra di sini-BERNAMA

Friday, February 21, 2014

cara bunuh nyamuk



CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN GENIUS)
==========================
Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan :

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.

Saturday, January 18, 2014

Kenangan anda zaman budak-budak

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle' , rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm' dan 'v'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam bentul 'love'

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

Wednesday, January 15, 2014

Rumah Berkembar 1 Lapis di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu

Pemaju Perumahan

Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd.
(KOPERAT)

Rumah Berkembar 1 lapis

Banggol Peradong, Mukim Belara, Manir, Kuala Terengganu

28 unit

35' x 75'

RM 250,000.00 - RM 305,600.00

www.koperat.com.my

facebook / koperat








pujian ke akhirat

RUGI TAK BACA

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Friday, December 20, 2013

rahsia dan peranan dapur

Dr. Fadhilah Kamsah menulis......

Assalamualaikum....

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen (sisa-sisa) nasik yang dia makan.. dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen.... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam tu....

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan... either belen makanan mak atau abah .....

Tapi.. Kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan....

Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....

so. satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Tuesday, December 10, 2013

kelebihan dan kesan bacaan Al Quran terhadap otak dan organ manusia

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al-Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekunsi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja ! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati !

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Sunday, December 1, 2013

Sayang Ayah : Memori Seorang AYAH

SAYANG AYAH :
APA YANG ANDA TAHU TENTANG SEORANG AYAH?
APA PENGORBANAN SEORANG AYAH?

Mungkin Ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari... Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Ayah selalu tanya, "telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja,'

Semasa kecil, Ibu lah yang lebih sering mendukung kita... Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah letih, ayah lah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian...

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk?? Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau???

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!".. Sedarkah kita bahawa Ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah. kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.
Maka kita telah melanggar kepercayaannya....
Maka ayah  lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau....
Ayah marah kita.....
Tahukah kita yang ayah tak nak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Saturday, November 23, 2013

13 tempat paling berhantu di Malaysia

Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya.

Sini ada 13 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia....

1. HIGHLAND TOWER - Kuala Lumpur
Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yang dijumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2. BANGLO MONA FANDEY
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh . Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. KEMAYAN CITY - Johor Bahru
Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah dipercayai kompleks tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.


Friday, November 22, 2013

Teka teki di kedai makan

Sape set blogger leh jawab teketeki ni.

2 orang ayoh 2 orang anok 1orang atuk dan 1org cucu, 
makan nasi dagang sebungkus sorang puloknye nasi tu rreganye rm2.50 sebungkus deh,
Baca molek dan faham molekmolek dan minum pulok kopi radix secawan sorang dengan 
rrega 2.50 juga.

Berapa rrega puok2 ni kena bayor, sape nop jawab dipersilakan... 

 

Thursday, November 21, 2013

Luahan hati Perajurit / Askar

LUAHAN HATI PARAJURIT. 

ORG AWAM. 
Kami bekerja waktu pejabat. jika rajin buat overtime. 
gaji kami besar. cuma perlu beri komitmen terbaik. kami sentiasa bersama keluarga. hari perayaan kami sentiasa ada. 

TENTERA. Kami bekerja 24 jam sehari. kalau malas baru kami dapat lelap ayam. gaji kami kecil xsetanding sijil n masa perkhidmatan. waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan. tapi kami kena bagi komitmen terbaik,kena korbankan mentaliti kami, korbankan nyawa kami,korbankan kasih sayang kami. sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas. badan kami utk negara, makanan kami alakadar,perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak. pakaian kami x perlukan jenama.

APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT! KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN. mm, betul ke aman? aman bagi rakyat. tapi bagi kami, kami sentiasa berperang. mental kami sentiasa diuji. 

Thursday, November 14, 2013

Peristiwa dan Kebaikan 10 Muharram

Peristiwa 10 Muharram ( Hari ini )

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Peristiwa2 tersebut adalah :

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit

# share kepada semua 

Saturday, October 26, 2013

Intipati Bajet 2014 Malaysia


Berikut ialah intipati penuh Bajet 2014 bertema ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat semalam.

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

RINGKASAN Bajet 2014;

pesanan seorang ibu kepada anaknya

warkah untuk anak2 ku...

bila mama tua nnt..mama harap korg memahami & bersabar dgn kerenah mama mu ini..jika satu mase mama terpecahkan pinggan atau tumpahkan sup diatas meja krn mata mamamu ini kabur..mama harap korg xkan menenking atau memukul..naluri org tua terlalu terasa..selalu lah merasa kasihan pd diri ini bila korg terasa nak marah akan ibu mu ini...ank2ku jika satu masa pendengaran ini bertambah teruk.. mungkin kadang2 mama xberapa dengar apa yg korg ucapkan..mama harap korg tidak memanggil mama pekak..tolong ulang apa yg korg ingin cakapkan atau tulis je diatas kertas..mama mnta maaf anakku...semakin lama kulit mama mu ini dimakan usia..bila lututku bertambah lemah..mama harap korg ade kesabaran untuk memimpin ku bangun seperti mana mama biasa mengangkatmu semasa kecil untuk berjalan2...tolonglah bersama2 ku...anak2ku..jika mama kerap mengulangi perkataan macam radio rosak,,mama harap korg terus mendengar keluhan ku ini..tolong jangan persendakan mama atau bosan memberi perhatian pada mama ibumu,,adakah korg masih ingat masa korang kecil apabila korg mahu sesuatu permainan..korg selalu mengulangi secara berterusan sehingga korg dpt apa yg korag inginkan..tolong maafkan mama..jika bau badan mama x menyenangkan korg krn begitulah bau badan org tua..jangan paksa mama mandi..tubuh mama lemah..org tua selalu mendapat sakit bila sejuk..mama harap korg x marahkan mama..adakah korg ingat masa korg kecil..mama selalu mengejar korg yg x mahu mandi ..mama harap korg boleh bersabar bila mama tersasul krn itu adalah antara perkara yg x dpt dielakkan bila bertambah tua..korg akan faham bila usia korg tiba macam tu..jika ada masa terluang mama harap korg boleh luangkan masa berbual dgn mama walaupun beberapa minit..krn mungkin masa tu mama selalu berseorgan setiap masa & xde siapa menemani mama untuk berbual...jika sutu hari nnt korg telah mula berkerja & ada keluarga sndri..mama tahu korg akan sibuk dgn kerja n keluarga.. walaupun korg x berminat dgn cerita mama..mama cuma mntak korg luangkan masa untuk mama..mse korg kecil mama selalu mendengar ceritamu tntang brg mainanmu..tentang sekolah mu..ingat bila masa mama telah tiba & mama sakit terlantar diatas katil...mama mntak maaf jika secara x sengaja cadar basah atau bernajis..kami harap korg mempunyai kesabaranmu & kekuatan yg kuat untuk menjaga mama dsaat2 terakhir..mse tu mama xkan lme meyusahkan mu ank2ku..bila ajal mama tiba..mama harap korg dpt menggengam tangan mama untuk menghadapi nafas terakhir mama..wahai anaku jangan kau risau,,bila mama disana nnt ...mama akan selalu mendoakan agar kehidupan anak2 mama diberkati krn jasamu disaat terakhirku

Friday, October 25, 2013

Pesanan Imam Syafie Untuk Kaum Lelaki

PESANAN IMAM SYAFIE UNTUK KAUM LELAKI

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Tuesday, October 22, 2013

Apakah TUHAN Benar-benar Ada ?

Story ni best baca ya friends..♡♥

Apakah ALLAH Benar-benar Ada? (3 Pertanyaan, 1 Jawapan)

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, ia telah kembali ke tanah air, sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama (ustaz)/siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaan darinya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda :: (Dengan nada sombong pemuda itu bertanya) Anda siapa...?? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan saya...??

Ustadz :: Saya hanya hamba ALLAH & dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan Anda.

Pemuda :: (Tetap dengan nada sombong) Anda yakin....?? Sedang profesor & banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Saturday, October 19, 2013

Jangan Terpengaruh Dengan KL GANGSTER

Bila seorg budak bawah umur terpengaruh dgn cerita KL GANGSTER..
MAK:"Fariddd!!...diam la sikit..adik tido ni...
FARID:"Lu tunggu wa mati dulu la..baru wa diam..
ABAH:"Faridddd!!..abah tampar kang..
AMAN:"Lu sape wa nk goyah..
MAK:"Faridd!!..abah tu farid..hormat la sikit..
FARID:"Wa x kira..lu abg long ka..lu ayahanda ka..ini KL wa pegang..
ABAH:"Ishh..mmg nk kne budak ni..p kuar main bola gan kawan2 tu
FARID:"Lu spe suruh wa blah..mane wa mau redah..wa punya suke la..
MAK:"Fariddd..ngucap faridd
FARID:"Haiyya..wa xkira la apa jasa dia sme lu..ok..klu lu nk angkat..angkat la..
ABANG:"Ape yg ko merepek ni setann..ko nk mati dh ke ckp macam tu kat abah n mak???
FARID:"Aku x takut mati tp aku xnk mati..
ABAH:"Faridddd!!!...spe ajar ko jd kurang ajar camnie?ko nk lawan ckp mak..abah n abg ko ke?
FARID:"Abang x abang..spe kacau pecah
ABAH:"Mmg nk kne sepak budak nie..
FARID:"Klu bkn krn bapak lu..dh lme wa sepak muke lu
TETIBA ..PAAANGGGGGG!!!
FARID:"Waaaa....org lawak je..sakittt...sob3333
ABAH:"Haaaa...bru lu rse wa punye sengaattt hahh!!!

Wednesday, October 16, 2013

renungan ular sawa empat meter

Kuala Terengganu : "Matanya tepat merenung ke arah saya seperti kelaparan," kata Nurul Hidayatie Mohd Ali, 26, yang trauma selepas melihat ular sawa sepanjang empat meter di dapur rumahnya di Kampung Mengabang Tengah, di sini, semalam.

Menurutnya, hasratnya untuk minum air di dapur terbantut apabila melihat ular sawa menjalar masuk ke dapur menerusi lubang angin kira-kira jam 1.15 pagi semalam.

Pelajar Universiti Malaysia Terengganu itu berkata, dia tidak menyedari kehadiran reptilia berkenaan sehinggalah membuka lampu dapur untuk mengambil gelas.

"Sebaik lampu terpasang saya terperanjat melihat ular sawa menjalar turun dari lubang angin ke arah sinki.

"Jantung saya berdegup pantas apabila ular berkenaan merenung saya dan bergegas memanggil nenek dan ahli keluarga untuk mengusir ular sawa itu.

"Namun usaha menghalau ular sawa itu tidak berhasil dan adik menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) - [melalui talian 999] untuk mengambilnya," katanya ketika ditemui di kediamannya.

Bapa saudaranya. Naim Osman, 34, berkata kecekapan tiga anggota JPAM yang tiba kira-kira 10 minit selepas kejadian itu berjaya menangkap ular sawa seberat tujuh kilogram itu.

Menurutnya, ular sawa itu pada mulanya bertindak agresif dan sukar dijerut pada tali, namun hasil tindakan pantas dan kerjasama antara tiga anggota JPAM akhirnya berjaya menangkap serta memasukkan ke dalam karung guni.

Pemaju perumahan KOPERAT itu berkata, kejadian semalam adalah kali ketiga rumahnya dimasuki ular dan sebelum ini bilik anak saudaranya juga dimasuki ular sawa tikus tetapi berjaya ditangkap ahli keluarga.


Saturday, October 12, 2013

Cara Factory Reset Android

CARA FAKTORY RESET ANDROID

Lupa password dan email Android? Lupa pola kunci? Dengan tombol factory reset Android kita dapat mengembalikan software handphone/tablet Android ke kondisi awal saat dikeluarkan dari pabrik pembuatnya. Factory reset pada beberapa telefon/android dapat menyelesaikan masalah lupa password/ lock Pattern dan dapat memperbaiki firmware ROM Android yang disebabkan oleh kerosakan software. Untuk Tablet Android lokal/ china seperti Advan, Ainol, Axioo, Epad, IMO, Cyrus, Movimax, Smartfren Androtab/ andromax, Treq dll  cara factory reset sama dalam kondisi tablet yang masih menyala. 

Cara Mengatasi Handphone, Telefon, Tablet PC Android Yang Tidak Boleh Start atau Boot Loop, Brick, Terkunci, Lupa Pin, Password, Salah Masukkan Kunci Pola atau Unlock Patern



Cara factory reset tablet android merk China/lokal dari Home Screen masuk ke menu Settings - Privacy - Factory data reset. 

Namun bila keadaan tablet android yang mati atau tidak mahu masuk ke menu, kerana lupa password dan email Android atau lupa pola kunci maka untuk melakukan factory reset, harus menggunakan kombinasi tombol reset agar dapat masuk ke recovery mode.

Jadi fungsi kombinasi tombol reset Android adalah untuk masuk ke menu Factory reset jika Tablet Android tidak mahu menyala 100%, baik disebabkan lupa email, password, lupa pola kunci atau mengalami boot loop, bricked dengan ciri- ciri sbb:
  • Saat menekan tombol power tablet menyala tetapi berhenti di logo androidnya saja dan tidak mahu masuk ke menu.
  • Saat tombol power ditekan lampu led tablet menyala tetapi layar Tablet Android tetap gelap
  • Tablet mau menyala tetapi lupa paswword email gmail atau terlalu banyak melakukan percobaan menggambar pola (pattern) dll
Manfaat Tombol Factory/Hard Reset
  • Memperbaiki kerusakan ROM Firmware Android OS.
  • Mengatasi system android yang sering Restart
  • Lupa password, email/ Gmail, Lock Pattern/pola kunci Android
  • Instal update ROM firmware Android menggunakan Micro SD card.
Cara Factory/Hard Reset Tablet
Bagaimana kombinasi tombol hard reset untuk Tablet Android merk lokal/ china sepert Advan, Ainol, Axioo picopad, Epad, IMO, Cyrus, Movimax, Smartfren Andromax, Treq dll ? Cara penggunaan kombinasi tombol reset tablet Android sbb: 

Dari kondisi Tablet Android Mati/Power Off; tekan dan tahan kombinasi tombol Android secara bersamaan (misalnya tombol vol Up + dan Power secara bersamaan) Kira-kira 15-20 detik sampai masuk logo android atau logo vendor kemudian masuk lagi ke dalam recovery mode. Jika berhasil recovery mode ini muncul gambar Logo Android dengan perut terbuka, ditengahnya segitiga merah disertai peringatan (berbeza kalau menggunakan aplikasi CWM clockworkmode).


Thursday, October 10, 2013

Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum
mandi dan gosok gigi, amalkan petua
ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air
dari bawah dagu hingga ke atas dahi
diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan
setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum
mandi dan gosok gigi, minum air dan
biarkan ia di dalam mulut selama 10
saat dan sambil itu selawat 3 kali.
Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada
enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku
atau rambut pada hari-hari yg baik
iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain
itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
 
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu
pagi baca selawat Nabi di kedua tapak
tangan dan raupkan ke muka berserta
niat dalam hati supaya di indahkan
wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan
setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita
agak muda daripada umur kita,
amalkanlah petua ini dengan jujur dan
ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap
kali selepas solat subuh bacalah surah
yusuff, kemudian minum air suam
sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah
kalian akan kelihatan muda daripada
umur sebenar kalian.
 
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah
Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap
kali mandi untuk curahan pertama,
mulakan dari kepala.
 
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan
mandi embun. Usap embun dari
hujung daun pada wajah, rambut dan
kulit badan. Khasiat air embun amat
banyak. Wajah kalian akan berseri dan
tubuh badan menjadi sihat serta awet
muda.
 
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga
sulung iaitu air telaga yang diambil
pada waktu pagi sebelum ada orang
lain mengambilnya terlebih dahulu
daripada kita. Mandilah sebelum air
telaga itu ditimba orang. InsyaAllah
wajah akan berseri dan badan sentiasa
ramping. *ni kalau kalian ada air
telaga la yer.
 
Petua 9: Muka kita biasanya akan
berminyak selepas bangun dari tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan
urutan wajah. Gunakan jari telunjuk
kedua-dua belah tangan dan di
letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke
hidung dan seterusnya ke bahagian
dahi. Lakukan setiap pagi di susuli
dengan meminum air suam sebelum
mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali
mengurut wajah kalian dari atas ke
bawah kerana ia akan mempercepatkan
proses kedutan.
 
Psst: Semoga perkongsian ini memberi
manfaat kepada anda semua.
 
P/s : Esok kita boleh amalkan..Jom
ramai2 share..moga semua kawan2
kita boleh amal gak

copy paste

Thursday, September 12, 2013

AB Series Apple Stem Cell Serum Avail

Subang Jaya: Avail Beauty Sdn Bhd melancarkan AB Series Apple Stem Cell Serum yang dihasilkan daripada ekstrak epal Uttwiler spatlauber yang menggunakan teknologi perintisan liposome, bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin tinggi terhadap produk kecantikan kulit.
Pengasas dan Presidennya Khoo Seng Chan berkata, AB Series produk yang mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna kerana terjual 20,000 unit walaupun belum dilancarkan.

 “AB Series ialah produk semula jadi, berkesan dan selamat untuk kulit. Gabungan eksklusif bahan botani yang membantu memudarkan pigmentasi, tompok hitam, mengekalkan kelembapan kulit serta menangani iritasi menerusi tiga lapisan permukaan kulit.

“Serum bebas minyak ini mengandungi sel panjang hayat malah tidak mengandungi bahan kimia selain selamat digunakan ibu hamil,” katanya pada majlis perasmian produk itu di sini.

Sementara itu, Pengurus Super Crown Azman Bidin berkata, AB Series produk ke 15 keluaran Avail Sdn Bhd ditubuhkan sejak 9 tahun lalu.

 “Fokus kami kecantikan serta kesihatan dalam dan luar. Produk kami juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan pengguna tidak perlu meraguinya.

“Dengan harga berpatutan serta kualiti ditawarkan, kami yakin pengguna berpuas hati dan dapat merasai perbezaannya dalam masa tujuh hari,” katanya.


H.Metro Khamis 29 Ogos 2013

Dapatkan Sekarang !!
Hubungi :
Naim : 019-9823405
Zuriana : 017-9682181
keluargaavail@gmail.com


~ keluargaavail.blogspot.com ~ ~ facebook / Keluarga Avail ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online