klik atas

backlink

gambar laju

Showing posts with label Ketenteraan. Show all posts
Showing posts with label Ketenteraan. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Intipati Penuh Bajet 2013

Anime4nz ingin kongsikan budget 2013 yang disampaikan oleh PM baru-baru ini..
Jom kita tengok apa yang dah disampaikan.. mungkin ada yang ketinggalan info.

Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA | BUDGET 2013
1. Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
-Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK 
 | BUDGET 2013
2. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3. Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan


Tuesday, May 8, 2012

Borang Pendaftaran Awal Askar Wataniah



Syarat-Syarat Penyertaan
Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
  • Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).
  • Tuesday, March 27, 2012

    Warga Felda Tambah Kekuatan Askar Wataniah

    PELANCARAN Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini membuktikan anak kelahiran tanah rancangan turut bersemangat mempertahankan tanah air daripada diceroboh anasir subversif luar.

    Penyertaan peneroka Felda dalam pasukan tersebut menambah lagi kekuatannya yang sehingga Disember tahun lalu telah mempunyai sebanyak 222 kompeni merangkumi setiap kawasan parlimen di seluruh negara.

    Majlis bersejarah melibatkan kontinjen kawasan Felda Gedangsa, Sungai Tinggi Selatan dan Kampung Soeharto itu dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

    Pada majlis berkenaan, beliau turut memeriksa perbarisan 12 pegawai dan 120 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd. Subhi Marsan.

    Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zukifli Zainal Abidin; Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki dan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda, (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail.

    Monday, October 10, 2011

    Rejimen 512 sentiasa SIAPSIAGA

    Tidak timbul isu anggota Askar Wataniah (AW) tidak aktif di negeri Terengganu ini kerana tahap kesiagaan Rejimen 512AW BN1 Kuala Terengganu sebagai pasukan paling kanan dalam rejimen sentiasa berada pada paras paling tinggi.

    Kekuatan itu turut disokong oleh komitmen yang diberikan kerajaan negeri apabila menjadikan AW sebagai program anak angkat sejak 16 tahun lalu.

    AW merupakan medan persediaan penting bagi orang awam yang mempunyai semangat cintakan negara untuk mempertahankan tanah air ketika berlaku perkara-perkara di luar dugaan.

    “Ibarat orang yang sudah ada lesen memandu", walaupun sudah lama tidak memandu masih mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan kenderaan berbanding mereka yang tidak ada lesen.

    ‘‘Begitu juga AW yang memberi pengetahuan ketenteraan kepada orang awam untuk bersedia mempertahankan negara,”.

    Sehubungan itu MARILAH semua lapisan masyarakat di negeri ini turut serta dalam AW yang banyak menekankan semangat persaudaraan serta memupuk disiplin dan jati diri yang tinggi.

    Golongan muda perlu memilih wataniah untuk menunjuk kekuatan yang ada dan bukannya melakukan perkara tidak berfaedah seperti merempit dan melepak tanpa arah tujuan.

     Join Facebook / Rejimen 512 Askar Wataniah Batalion 1, Kuala Terengganu SEKARANG!!!

    Sunday, September 25, 2011

    Mengiktiraf jasa perajurit negara

    PASUKAN beruniform terutama pasukan keselamatan telah lama dianggap sebagai golongan pejuang yang dihormati setiap anggota masyarakat atas jasa dan keberanian mereka berada di barisan hadapan demi rakyat jelata.

    Malangnya, selepas beberapa generasi, jasa mereka mula dilupakan dan cuba dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan peribadi memandangkan tidak ramai lagi saksi keberanian perajurit negara yang masih hidup dan mampu berkongsi kisah.

    Hakikatnya, sama ada di bawah British atau selepas merdeka, setiap individu yang berani menyertai pasukan polis atau tentera layak diperakui sebagai wira negara.

    Terutama sekali pada waktu darurat dan pergolakan bersenjata akibat cubaan komunis merampas pentadbiran negara, setiap anggota polis dan tentera dengan ikhlas menjalankan tugas walaupun mengetahui mereka mungkin cedera, cacat mahupun maut di tangan musuh pada bila-bila masa.

    Sunday, August 14, 2011

    Bukan Melayu Kurang Minat AW

    Buat Promosi beri penerangan tarik bumi dan non-bumi sertai pasukan sukarelawan

    Kuala Terengganu - Kaum bukan Melayu kurang berminat menyertai Askar Wataniah (AW) kerana kurang kesedaran mengenai peranan dan sumbangan yang boleh diberikan melalui penyertaan dengan badan sukarelawan tersebut.

    Timbalan Komandan, Rejimen 512 Kem Padang Midin, Leftenan Kolonel Adnan Othman berkata, usaha berterusan dilakukan termasuk membuat promosi ke daerah dan kampung bagi memberikan penerangan yang jelas untuk menarik golongan tersebut.

    Menurutnya, AW juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, bagi menarik minat golongan Melayu dan bukan Melayu untuk menyertai pasukan sukarelawan ini.

    "Kita sememangnya mahu menarik minat mereka (bukan Melayu) untuk menceburi bidang ini yang turut mempunyai pelbagai cabang kemahiran dan kelebihan selain memperoleh elaun".

    "Malah mereka juga boleh mendapat pelbagai keistimewaan termasuk mendapat perkhidmatan rawatan percuma jika ke Hospital Kerajaan sepertimana keistimewaan yang diterima Angkatan Tentera Malaysia(ATM)".

    "Sekiranya pelatih mengikuti latihan secara berjadual, peluang kenaikan pangkat adalah cerah".

    Friday, July 29, 2011

    23 lagi kompeni AW bakal dilancar

    BUTTERWORTH 28 Julai - Sebanyak 23 lagi Kompeni Askar Wataniah (AW) bagi kawasan Parlimen akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

    Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd. Yusuff berkata, ia selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu ia dilancarkan sebelum penghujung 2011.

    Menurutnya, sehingga kini sebanyak 199 kawasan di seluruh negara memiliki Kompeni AW mereka sendiri dan hanya Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur belum dilancarkan sepenuhnya.

    Wednesday, July 13, 2011

    Artis Sanggup Bangun jam 5.00 Pagi

    MUNGKIN dulu jika tidak ada penggambaran atau aktiviti berkaitan dunia seni, mereka boleh bangun lewat untuk bersarapan dengan keluarga di rumah mahupun bersama rakan di kafe.

    Kini suasana sudah berubah apabila mereka secara sukarela menyertai Rejimen 515 Askar Wataniah dan perlu menghabiskan sesi latihan selama 240 jam sebelum ditauliahkan sebagai askar.

    Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo contohnya, sanggup mengurangkan masanya dengan keluarga dan pekerja di pejabat demi tanggungjawab terbaru itu.

    Turut menyertai Askar Wataniah ialah artis di bawah naungan MIG seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Shamimi, Mon Ryanti, Kamal Faridz dan Aeril Zafril. Tidak ketinggalan, penyanyi handalan, Datuk Siti Nurhaliza dan Ana Raffali.

    Saturday, June 18, 2011

    Dato' Siti Nurhaliza dan 7 Artis Sertai Askar Wataniah!

    Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato' Siti Nurhaliza serta beberapa orang artis terkenal Malaysia yang terdiri daripada Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Raffali, David Teo, Aizat, Mohd. Nor Don serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadhan iaitu Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi yang telah berbesar hati untuk menyertai rejimen askar wataniah. Bermula semalam, mereka telah menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik menyertai Rejimen Askar Wataniah. Penyerahan uniform itu telah pun dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan.

    Sunday, March 27, 2011

    Malaysia 'Diserang' Tentera

    Kuala Lumpur 'Diserang ' Tentera Darat

    IBU kota Kuala Lumpur baru-baru ini bertukar menjadi 'medan perang' apabila bandar metropolitan itu 'diserang bertubi-tubi' oleh kereta kebal, kereta perisai, pelancar roket berganda ASTROSS, helikopter peninjau (LOH) dan pelbagai aset tempur Tentera Darat.

    Keadaan itu mengejutkan ramai warga kota kerana selama ini, mereka begitu asing dengan deruan helikopter yang terbang rendah, 'serbuan' puluhan kereta kebal PT-91M selain bingit bunyi letupan dan tembakan daripada Unit Anti Keganasan, Grup Gerak Khas (GGK).

    'Serbuan' tersebut yang bermula pada pukul 8 pagi hanya berakhir tiga jam kemudian apabila GGK berjaya 'mematahkan' tindakan pihak pengganas menawan sekumpulan rakyat Malaysia di dalam sebuah bas bagi tujuan 'mengugut' kerajaan yang dipilih secara sah.

    Monday, March 14, 2011

    Gajet Perang Masa Hadapan

    SELAMAT menyambut Hari Tentera Darat kepada seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia yang disambut pada 1 Mac lepas.

    Sempena sambutan itu, satu pameran dan perarakan secara besar-besaran telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat dengan pasukan anggota keselamatan negara.

    Tuesday, March 8, 2011

    Dedah rahsia pertahanan negara, gugat kredibiliti ATM

    KUALA LUMPUR 7 Mac – Pendedahan maklumat berhubung keupayaan pertahanan negara akan menggugat kredibiliti negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mendedahkan aspek keselamatan dan rahsia negara kepada pelbagai ancaman seperti jenayah, tohmahan dan fitnah.

    Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, keupayaan pertahanan negara adalah rahsia yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya.

    Wednesday, March 2, 2011

    Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78

    KUALA LUMPUR: 1 Angkatan : Tetap Gagah Tetap Setia, itulah slogan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78. Slogan tersebut secara rasminya diisthiharkan semasa Acara Perbarisan Pembaca Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Ke-78 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

    Monday, February 28, 2011

    Ops Piramid

    Kecekapan TUDM lancarkan Ops Piramid


    BERMULA akhir Januari lalu, situasi keselamatan di Mesir semakin meruncing ekoran demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan keadaan itu turut memberi impak kepada keselamatan warga Malaysia yang berada di sana.

    Ekoran itu kerajaan Malaysia memutuskan untuk memindahkan warga Malaysia yang berada di Mesir ke Arab Saudi dan seterusnya ke Malaysia. Operasi pemindahan itu dinamakan Ops Piramid yang bermula 2 Februari dengan melakukan penerbangan dari Pangkalan Udara Subang menuju ke Jeddah iaitu Pusat Operasi Barisan Hadapan.

    Sunday, March 7, 2010

    Penyamaran


    terbelek-belek album lama... teringat masa berkursus..... masa untuk penyamaran.....
    penyamaran penting untuk berlindung dari musuh.... bukan dari gambar ni.... he he....
    apabila buat penyamaran.... pastikan tak kelihatan... sukar nak cam... kalu jadi pokok tu... jadi betul-betul... kalu tak... mampus ko...... tak yah buat penyamaran la.... ni basic penyamaran yang kami buat.... gambar ni kira bila dah habis buat penyamaran... la....
    boleh cam tak saya dalam ni..... hor hor..... muka tak comor celoreng... muka putih berseri... so senang nak cam... har har.....

    Monday, July 27, 2009

    TATU TENTERA DARAT DI TERENGGANU

    Buat julung-julung kalinya, warga terengganu dapat melihat pertunjukan TATU Tentera Darat Malaysia bertempat di Stadium Sultan Nasaruddin Shah pada 23-25 julai 2009 baru-baru ni...
    Walaupun aku hanya berkesempatan melihat 2 kali raptai sahaja.... pun sedah memadai bagi aku...(mengikut keadaan harijadi sebenar 24&25 julai tu... hanya 5,000 orang sahaja hadirin yang dapat masuk.. selebihnya duk kat luar pintu tengok skrin besar jer)...
    Masa dulu aku pernah dah tengok TATU ni... tapi yang telah dibuat oleh pihak Tentera Laut(TLDM). tapi kali ni Tentera Darat pula....(versi yang sama) cuma ader perubahan sikit yang dibuat...
    gimiknya mula-mula.... "BOOMMM" bunti meriam.... berdetup bunyi jantung....
    2 orang flying dari atas menara lampu ke hujung sana..... Disusuli Terjunan Payung Terjun..... membawa Bendera ...berkibar di angkasa.... Seterusnya pentomin kejadian sebenar semasa operasi....Pertunjukan Anjing Perang..... Dalam masa sama kelihatan 2-4 buah kereta perisai memasuki padang.... memasang dan membuka meriam..... siap ja pasang... "BOOOMMM" letupan kedengaran lagi.... kecut perut sekali lagi..... hu hu.. Aksi paling best dan syok menonton... Adegan penahanan ahli VIP dan seterusnya operasi menyelamat oleh KOMANDO (banyak aksi dan letupan kedengaran)....Lompatan motor.... pertunjukan kawad senyap.... demo pertahanan diri... pertunjukan brassband... pertunjukan akrobat motor....
    Tu la sedikit sebanyak yang berlaku pada malam tu... habis ja semua pertunjukan.... ditutupi dengan percikan bunga api...... fu yooo.... itu la yang dapat digambarkan masa tu....
    Tahniah buat para ASKAR sekalian... jasamu .... akan kami kenang.... pertunjukan mu sungguh mencuit hati.... diharap para belia dapat mencontohi.... jika perlu memasuki Tentera Darat ... Silakanlah .... Taburkan kanlah jasamu untuk dirimu... keluarga dan tanahairmu.... Ambillah sebanyak mana pengetahuan dan ilmu..... untuk kegunaan masa kecemasan.....
    Jika takut untuk kekal dalam Tentera Darat... Askar Wataniah (simpanan/sukarela)sedia untuk berkhidmat....
    Walau
    Apa
    Terjadi
    Anak
    Negeri
    Ini
    Akan
    Hadapi
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    klik tengah

    Lazada : Kedai Online Top

    Popular Posts

    Harimau Malaya

    harimau malaya 728x90 Banner

    WMA Masterclass

    Lazada : Kedai Online

    Wordlinx - Klik Bayaran Anda

    WordLinx - Get Paid To Click

    'Traffic' Percuma

    The Best Traffic Exchange

    Anak Pintar cerdas

    Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

    Best of The Best Blog

    leaderboard2 denaihati Banner

    Lazada : Kedai Online