Cerita ni agak panjang.. Baca lah sehingga habis... Share jika ia membuatkan air mata anda mengalir..
"Apa nak jadi dengan
kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni?
Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?"
Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau
tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi
kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan
Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter
ibu lagi.
Suaranya kali ini
sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada
sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu
bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di
tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati
agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap,
kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap
Along, cakap!" Jerkah ibu.
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat
berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga
tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin
bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka
sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along
berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya
lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu
lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang
kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along
bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan
pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada
ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.
Along hanya mampu
berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana
sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya
setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap
mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu.
Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan
ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along
berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan.
Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang
berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat
memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah
tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah
untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along
sempat menjeling ibu di sebelah..Namun,dia tidak diberi kesempatan untuk
bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.
Si Malik anak pengetua
itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia
berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas
luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia
menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa
dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along merebahkan
badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia
gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa
dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada
mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana
mendapat keputusan yang corot dalam SPM.
Tetapi Along tidak
pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua
itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu
yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu
meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu
cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam
kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas
peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya,
hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari
sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu
kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum
memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan
kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu
menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.
Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu.
Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil
memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak
buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat
ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya
enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum
melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along di
sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.
"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu
tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti
kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu
bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya
perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil
Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih
masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.
Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah
ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila
Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar
soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along
kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan
duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu
tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.
Dia mengakui kebenaran
kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau
marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu,
pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang
dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu
kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga
tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along
anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak
pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah.
Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana
marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia
menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya.
Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya
terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan
tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia
bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Sedang dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia
segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa
kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan
Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?"
soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni.
Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur.
"Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga
50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.
"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.
"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas
Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup
duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk
bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar
sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak
setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia
dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang
ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet
berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun
Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju
ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat.
Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan
Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak
berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika
kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak
pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan
diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama
sepinggan nasi di atas meja.
Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei,
kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa
lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba
membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.
"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah"
Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan
membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba
Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi
ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana
Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya
yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati,
mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu
yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along!
Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang
berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya
yang menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya
benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka
semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya
memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan
lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi
kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan
kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan
semakin membencinya.
Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia
akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu
bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh,
Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian,
Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar
menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program
sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa
hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan
tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar
untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia
diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki
motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat
bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat
membelikan jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu
sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga
berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak
tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan
kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang
lain.
Seperti hari-hari yang
sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sudah
lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan
kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik.
Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya
dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang
Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya,
kau lari dari rumah kan?"
Along tersedak
mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur
keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan
Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah?
Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan
Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan
diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia
cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa
ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang
selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi
apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam
aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma
satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli
ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu.
"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu
saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja
suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe
tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana
mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah
bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu
menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu
rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu,
petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan
soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik
rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap
Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang
mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak
muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum berlalu, Along
memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak
sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal
kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along
lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah
aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along
menyalah-anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum
memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih
banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya
doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali
lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan
pergi jauh.
Berbekalkan upahnya,
Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang
diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke
tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu
mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.
"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak
kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak
nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!"
"Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu
aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong
kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
"Aku nak beli jubah ni
Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!"
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No
problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin
tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along.
"Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah
kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar.
Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laĆ¢.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.
"Hari ni laĆ¢.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada
kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu
untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along
membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.
Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan
lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba
mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di
depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan
yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang
tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran
yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan
yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya
mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya
perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa
kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya
itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak
itu.
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya
juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya
semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang
yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya
terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.
Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.
Along gembira. Itu
kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan
Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat
dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu.
"Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu"
Itu saja yang termampu diucapnya
sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang
sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along
terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang
dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di
gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang
mungkin.
Along sudah kelihatan
hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan
sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air
matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along
semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat
yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu
dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Along di bawa ke
hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis
semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut
nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan
penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik
pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah,
Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian
seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani
perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati
wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya
selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah
langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya
sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari
pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas
tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang
pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang
perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik
menghina ibu dan ayahnya"
Cerita Fariz dengan
nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya
pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi,
kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu
sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa
itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke
hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana
dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Siibu terdiam
mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi.
Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan
mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu
dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.
Dengan lemah, wanita
itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya.
Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya
lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap
Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta
kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu
marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu
dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak
menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"
Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi
melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis
semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan
marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama,
siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku
mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini.
Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh..
Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal
abadi!"
Mereka terus
terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata,
berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum
melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along
berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya.....
Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan
yang sebenarnya di alam sana...
Share jika anda menangis Membaca kisah ini... anime4nz.blogspot.my
No comments:
Post a Comment